hoh..Tajuk sangat tabuleblah langsung...hahaha Tetiba hari neh 'ter'rajin pulak nak hapdet belog di pagi² hari neh... Sampaikan tak bukak lagi emel yang boss hantar.. Kena boss tanya dulu baru perasan emel belum bukak..kahkahkah Padan muka boss aku kan?? Nasib baik boss sangat baik dan tidak garang dan dalam mood yang ok dan kenapa banyak sangat dan aku pun tidak tahu...hohoho
Ehh..tetiba pulak cerita tiada kaitan ngan tajuk di atas.. Okehh..okehh.. Mari kita menyanyi dan menari..ehh bukan la...mari kita berfikir sejenak.. Betulkah aku sudah kurus? Kalau la betul, ehh...haruslah gumbira sangatt..sangat..dan sangatt la gumbira yang tidak terkata okehh...kihkihkih
Alkisahnya, pagi tadi macam biasa la, sampai sajer kat opis, terus pergi cafe mahu beli sarapan pagi.. Pagi tadi bantai Nasi Lemak plus ayer neskopi...Alhamdulillah..kenyang sudaa...hihihi Hari neh akak yang jual kat kedai yang selalu aku beli makanan tuh cakap..
K: "awak jugak tak perlu risau mahu makan apa yer, tetap slim jer" *sila baca banyak kali* hahaha Aku pun cakap kat akak tuh
ME: "saya sudah gemocks la akak" boleh pulak akak tuh tanya
K: "gemocks kah? gemocks cket jer kan takpe"..
ME: "bukan gemocks cket tapi dah gemocks banyak neh?" T__T
Tapi haruslah aku kena gumbira kan...sebab akak tuh kata aku tak gemocks² pun..kenapa akak tuh cakap cenggitu?? mau tau?? sebab..almost everyday aku beli sarapan pagi kat kedai dia sebab kedai orang lain kurang kesedapannya...hihihi Tapi aku tetap merasakan aku gemocks!! T__T Owhh...mungkin sudah terbiasa dengan kekurusan dulu lalu aku tidak dapat menerima kegemockans aku sekarang walaupun orang lain cakap ok dengan ketinggian aku.. Tapi aku nak menafikan jugakk!! Sebab berat dah terLEBIH!! huhuhu
Berat Berlebihan Panjangkan Umur Manusia
Selama ini kita diberi peringatan tentang bahaya memiliki berat badan berlebihan. Sebuah kajian yang dijalankan di Australia sebaliknya mendapati golongan yang berumur 70 tahun ke atas yang memiliki berat badan berlebihan memperoleh jangka hayat tambahan sehingga 10 tahun lebih lama berbanding mereka yang sebaya dengan berat badan normal. kajian di dalam Journal of the american Geriatrics Society itu bertentangan dengan kajian asal yang mencadangkan memiliki berat badan berlebihan mengundang pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit jantung. “kajian kami mencadangkan mereka yang berumur 70 tahun dan memiliki kesihatan yang baik berdepan dengan set risiko dan kebaikan yang berbeza mengikut jumlah lemak dalam tubuh berbanding golongan yang lebih muda,” kata ketua pengkaji di Universiti australia barat, Leon Flicker. Flicker dan pasukannya menghabiskan masa selama sedekad untuk mengumpul data kesihatan lebih 9,200 warga australia berumur antara 70 hingga 75 tahun pada 1996 ketika kajian itu dimulakan.
Ok..itu sajer nak membebel pagi neh.. Tata!!
::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::