05 July 2011

::jalan-jalan menyibukkan diri::

Tarikh : 2 & 3 Julai 2011
Lokasi : Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang

wahhh...pada minggu lalu aku telah menyibbukan diri ini dengan mengada-ngada nak ikut en.suami pergi kursus dekat BGRC tuh...nasib la tempat kerjanya boleh kalau nak bawak famili ke aper kan..tapi ader caj la sikit yang dikenakan pada para keluarga yang mahu ikut serta...ikutkan hati memang aku tak nak ikut tapi memandangkan aku tak berapa nak sihat dan duk sorang² kat umah jadi aku pun tanya la nak ikut boleh ker tak...then dia kata boleh coz ader yang bawak famili jugak..aku apa lagi haruslah mengambil kesempatan ini kan sesambil feeling mood bercuti...kehkehkeh

pagi sabtu seawal jam 7.30 pagi lagi kami dah bertolak menuju ke desnitasi yang telah pun dijanjikan...dalam pukul 10.30 macam tuh lah kami pun sampai lah ke tempat yang dituju...sesampai sana en.suami menguruskan kerja²nya sebagai ajk dan menguruskan bilik² bagi peserta² yang masih belum tiba lagi...dalam pukul doblas tengahari jugak lah peserta² yang datang dengan bas sampai...aku pulak hanya menunggu jer la kat ruang lobby tuh sementara dapat kunci bilik...dah dapat kunci bilik duk lepak² dulu then tunggu en.suami untuk lunch sesama..sesudah itu aku landing la sementara en.suami meneruskan aktivitinya pergi main paintball bersama peserta² yang ado..
petangnya gi jalan² cuci² mata kat kedai gift shop..aku takde beli apa pon..just beli baju n fridge magnet jer...malam tuh ada BBQ tapi aku tak join sebab skang neh aku kurang cket makan malam..aku just beli roti jer nak wat alas perut...kalau tak makan langsung kan nanti masuk angin pulak..biasa malam² aku makan bubur tapi mana la nak cari bubur kat situ kan..ehehehe
esoknya sesudah majlis penutup kursus en.suami, haruslah makan tengahari dulu sebelum check out...sesudah check out kami menuju ke water park pulak..mana² yang datang dengan transport sendiri tuh pergi la hari ahad ke water park coz boleh balik lambat...mana yang naik bas tuh pergi hari sabtu sebab ahadnya dah nak balik kan pada waktu yang telah ditetapkan..nak dijadikan cerita en.suami terjumpa kawan sekolah dia yang keje dekat situ..apa lagi kami dapat makan free plus pelampung free...takyah nak beli², takyah nak sewa²...semua kawan en.suami yang sponsor...barang² pun tumpang kat dia punya bilik jer...takde lah terbang nak sewa locker sampai berbelas-belas ringgit...dah jimat kos kat situ...ehehehe
dah penat bergelak guling bergumbira...dalam kul 6.30 petang kami pun bertolak pulang...hohoho sangat lah penat kepala pun sudah mula kepening-peningan...sampai umah pun dalam kul 1 pagi...balik jer jumpa katil terus bummmmm....ketidorannn...

okehhh...Tata!!.

aku tengok kursus opis en.suami neh dah macam family day pulak...feeling² honeymoon pun yer jugak sebab tak sempat lagi mahu honeymoon lah katakan...huahuahuahua


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

01 July 2011

::masa paling sesuai minum air::


Sememangnya semua sudah tahu akan kebaikan dan kepentingan minum air masak yang sangat bagus untuk kesihatan kita. Tapi adakah kita semua tahu waktu bila yang sesuai dan paling baik untuk kita minum air?



Air yang di maksudkan disini bukan lah air kopi, air teh atau minuman yang berperisa, tetapi yang dimaksudkan ialah air masak atau pun air kosong.

Jadi, Bilakah masa yang paling bagus untuk kita minum air?

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut merupakan masa yang paling bagus untuk kita minum air dan di syorkan oleh pakar pakar perubatan.

  • Minum dua  gelas (2) air masak
  •  – SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. Ianya akan membantu mengaktifkan organ dalaman.
  • Minum  segelas (1)  air masak
  • -  30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya akan membantu penghadaman dan menjadikan perut lebih memberi ruang untuk kemasukan makanan.
  • Minum segelas (1) air masak
  •  - SEBELUM MANDI. Ianya akan Membantu sewaktu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah.
  • Minum segelas (1) air masak
  • - SEBELUM TIDUR.  Ianya dapat mengelakkan terkena strok /ahmar atau serangan jantung sewaktu tidur.
Secara kesimpulannya, memang kita sangat digalakkan minum air masak secukupnya untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita. Dan masa yang dinyatakan diatas merupakan masa yang efektif untuk kita minum air.


**aku cedok dari emel jer.. ^___^
Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::