24 December 2012

Day 24 - A photo of something that means a lot to you

Banyak gambar yang memberi seribu makna dalam hidup aku... Suka duka kehidupan semuanya ada dalam gambar yang menceritakan seribu kisah...

 
Rindu nak bersukan seperti dulu-dulu kala masa sebelum melangkah ke alam perkahwinan... bukan disebabkan aku dah kahwin jadi tak boleh nak main dah suka semua bagai... tapi masa ada sukan tu aku dah pun berisi... jadi stop dulu sementara sampai lah sekarang.. my baby pun dah 0ne year...huhuhu 

 Disaat sah bergelar seorang isteri...huhuhu dah ada tanggungjawab sebagai seorang isteri dah....macam tak percaya pulaks....hihihihihi

 
Alhamdulillah aku dikurniakan zuriat yang comel lagi hensem pada awal perkahwinan... rezeki datang cepat syukur sangat-sangat walaupun tak sempat nak ber madu bulan bagai... ehh...ayat apakah?? tengok bulan kat langit jer lah sambil makan madu boleh?? ngeee~~~
 
Kawan-Kawan alam maya aku..yang aku kenal dekat forum sepaku suatu ketika dulu..tak sangka jadi serapat ini... still sampai sekarang dan sampai bila-bila...kenal dari bujang sampai lah dah kahwin dah beranak-pinak...masih lagi berhubung rapat dan saling kunjung-mengujungi melawat anak-anak yang baru dilahirkan ke muka bumi Allah ini...semoga akan sentiasa kekal persahabatan ini..

Tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

23 December 2012

Day 23 - 15 facts about you

Nak describe pasal diri sendiri sangatlah macam bajet hot...ehh tak lah kot...lebih macam masuk bakul angkat sendiri lah jugak... tapi aku masuk lif nak suruh orang yang tolong tekan..boleh?? hewhewhew

Okeh... mari kita mulakan dengan 15 perkara itu...

  1. Aku seorang perempuan
  2. Aku seorang perempuan yang cantik...lalalala
  3. Aku seorang yang sudah berkahwin
  4. Aku seorang yang sudah mempunyai seorang hero yang hensem
  5. Aku seorang kakitangan kerajaan
  6. Aku seorang yang sayangkan keluarga aku
  7. Aku seorang yang kelakar..maybe!
  8. Aku seorang yang suka makan...
  9. Aku seorang yang sudah menggemoks
  10. Aku seorang yang malas..hewhewhew
  11. Aku seorang yang tak suka nak masak tapi kena masak
  12. Aku seorang yang tinggi
  13. Aku seorang yang sukakan benda comel-comel
  14. Aku seorang yang bawak kereta manual
  15. Aku Adalah AKU

Okeh itu sajalah yang aku dapat mengarut... aku hentam jer lah apa yang berkaitan dengan aku tuh yer...
Tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

22 December 2012

Day 22 - A letter to someone who has hurt you recently

Macam tak nak lah jawab soalan yang macam ini...sebabnya memang takde lah... setakat emel-emel tu ada la...tapi takde la feeling semacam sampai macam dalam drama tuh...huhuhu jadi kesimpulannya.....





TAK ADA


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

21 December 2012

Day 21 - A photo of something that makes you happy


Mesti pelik kan kenapa gambar di atas yang boleh membuatkan aku happy...hahahaha dengan meja kerja yang bersepah..macam lah orang lain tak sibuk...hohoho kerja yang 'sangat' digemari di hujung tahun dimana orang sedang bergembira cuti sehingga tahun baru....huhuhu

Nak tau tak kenapa?? Kalau tak nak tahu pun tak apa..aku nak bagitau jugak... kesibukan kerja dihujung tahun memang tidak dapat di elak lagi lah oleh aku selagi alu membuat kerja-kerja ini... aku hsppy bila semua kerja-kerja ini selesai hokeyy...

Itu saja..hahahaha tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

20 December 2012

Day 20 - The meaning behind your blog name

http://sunflowerindajungle.blogspot.com

Nama sunflower adalah disebabkan aku sangat menyukai bunga sakura...ehhh... bukan..bukan...sakura... tapi bunga sunflower lah... kalau sakura mestilah nama dia sakuraindajungle kan...ngee~~ apa lah yang aku merepek nie...
cantik kan?? berseri-seri gitu...macam aku lah...

"Indajungle" pulak adalah suka-suka hati aku lah nak letak apa kat belakang nama itu...saja rasa macam unik jer sunflower di dalam hutan... ada ker?? sebab tak ada lah aku letakkan begitu... barulah jadi unik gitu...hewhewhew
takde kan sunflower kat dalam hutan tu?? ngee~~

Okeh lah itu saja penerangan aku... tata

semua gambar adalah ehsan pokcik gugel


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

19 December 2012

Day 19 - Another picture of yourself

Ini adalah gambar aku pada 35 tahun akan datang... okehh jangan gelak... tetap menten cunnn kauu... hahahaha

Cantik kan?? Okehhh sila jangan menggelak dekat nenek di atas itu ok..nanti dia akan menangis tak berlagu...hewhewhew

Aku jumpa apps dalam henpong aku ini menjadikan diri aku mentuakan diri...


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

18 December 2012

Day 18 - Something you crave a lot

saya sangat sukakan gadjet hokeyy... kalau boleh setiap bulan nak bertukar henpong baru....tapi nak buat macam mana sebab saya tidak mengkaya kan..jadi pakailah apa yang ada...hohoho

Dulu kini dan selamanya tetap menggilakan laptop vaio ini...huhuhu sampai sekarang masih belum mendapat...walaupun si acer hitamku sudah nazak..tak tau lah dah arwah ke belum sebab tak antar masuk wad ICU lagi sejak dia nazak nie...kalau ikutkan sekarang memang dia koma...huhuhuhu aku hampir mendapat laptop ini pada harijadi tahun yang sudah lepas...bila encik suami mentanya nak ker laptop tu? kalau nak jom kita pergi beli... hoii bagaikan orang yang mengantuk di sorongkan bantal...tapi aku tak amik bantal tu dan tidur...aku tolak tepi ada la si bantal itu...sebabnya aku nie berpikir masa tu aku dah menunggu hari jer untuk melahirkan hero hensem aku tu...nanti nak pakai banyak duit lagi...jadi aku batalkan niat aku tu...aku kata tidak mengapalah...nanti ada duit kita beli la lain kali...tapi tak tahu lah model ini masih ada lagi ke tidak...sampai sekarang aku masih mengimpikan kamu wahai si pinky vaio....

Satu lagi pun laptop jugak... tapi Macbook Air... hanya berangan jer lah untuk memiliki sebabnya memang tak mampu lah haiii... kalau ada duit pun akan disimpan untuk kegunaan masa hadapan...tapi kalau ada yang nak hadiahkan sangatlah dialu-alukan...hihihihi

Okeh itu saja...henpong tidak termasuk yer sejak dua tiga empat menjak mendapat cik putih gabak itu untuk besday ini tahun...ngee~~~~ tahun depan harus berfikir nak ngepow apa pulak untuk besday....hewhewhew...
 
Tata

Gambar adalah semua ehsan pokcik gugel


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

17 December 2012

Day 17 - A photo of you and your family

Me with my lovely family...

Gambar ini masa aku kahwin...
Yang nie masa kenduri sebelah lelaki...
Okeh.. Semua adik beradik aku dan mak ayah aku dan anak buah aku ada..
Yang tak adanya adalah kakak sulung aku sebab dia tengah pening....
Pening kepala sebab duduk kat orang kompang..
hewhewhew...sian kat kakak....


Okeh...inilah kakak aku yang cantik tu...
Yang pakai baju MALAYSIA lagi kauu...
Semangat gitu...tapi bukan masa gi tengok bola pun..

Okeh...itu sajalah..
Tata...



::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

16 December 2012

Day 16 - Your celebrity crush

Siapa?
My Celebrity Crush?
Siapa? Siapa? Siapa?


Siapakah dia? hewhewhew...
Jawapan dia TAK ADA la....

Memang tak ada pun....
Setakat suka-suka gitu-gitu jer...
Tak ada like crazy la...
huhuhuhu..

Tata...

Gambar pokcik gugel hokey...


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

15 December 2012

Day 15 - Something you don't leave the house without

Semestinya adalah....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Kunci Rumah....

Yer tuan-tuan dan puan-puan...ianya adalah kunci rumah... kalau mentiada kunci rumah macam mana lah nak mengeluarkan diri dari gate rumahku syurgaku itu kan.... betul tak? betul tak? betul tak? ehehehehe


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

14 December 2012

Day 14 - A TV show you're currently addicted to

Kalau ikutkan banyak lah yang aku suka tengok... cuma masa jer sempat dengan tidak nak mentengoknya....huhuhu

Antara yang menarik menjadi pilihan mata aku untuk mentengok tanpa gagal....hamboiii kemain lagi kau tanpa gagal gitu...hikhikhik

Maharaja Lawak Mega 2012

Betul Bohong?

Merlin
Okeh...Betul Bohong dan Merlin adalah bertembung waktu siarannya... kesimpulannya yang menjadi pilihan adalah Merlin sebab ditayang di TV3 tiada ulangan rasanya kot... Kalau Betul Bohong ada ulangan pada keesokkan harinya...hihihihi


Itu jer lah kot buat masa sekarang yang memang betul-betul menjadi keminatan aku...huhuhu keminatan?? Tata

Gambar semua adalah dari ehsan pokcik gugel


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

13 December 2012

Day13 - Your favourite musician and why?

gambar from pokcik gugel
 
Aku tak ada favourite musician.. hanya suka dengar lagu yang memang telinga aku boleh terima.. tak kira lah genre muzik apa pun...selagi gegendang telinga aku boleh terima makanya aku suka lah... Jadi jangan tanya kenapa? why? Sebab memanga tak ada. Titik. Noktah. Full Stop.

Tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

12 December 2012

Day 12 - A photograph of the town you live in

Ini adalah kampung halaman aku... Dilahirkan dan dibesarkan ditempat  ini...


Ini pula adalah tempat  aku tinggal sekarang... Mencari rezeki di tempat orang....


 Semua gambar adalah di ambil dari pokcik gugel..

Sekian... tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

11 December 2012

Day 11 - What's in your makeup bag?


Ini adalah apa yang ada dalam beg mekap aku...hewhewhew...bukan banyak sangat pun barangannya sebab aku bukan jenis yang suka mekap...yang ada pun tak terpakai kot....kalau rajin pakai lah..kalau malas takde lah nak memakainya...

Antaranya adalah....jeng..jeng..jeng..
  1. Bedak johnson - wajib ada...
  2. Cover Face Naturactor
  3. Magical Lipstick Naturactor
  4. Make up Remover Naturactor
  5. Lip gloss Silky Girl
  6. Eye shadow Avon
  7. Blusher Avon
  8. Eye Liner Avon
  9. Mascara Avon
  10. Purse Perfume Woman Of Earth
  11. Deodorant Nivea
  12. Moisturizer Garnier
Itu jer lah...takde lah banyak pun kan...dua belas barang jer pun...tapi yang aku selalu pakai adalah yang bernombor 1,2,10 dan 11...hihihi itu adalah barang yang kena pakai lah kalau pergi keluar dating ker kan...eh.... dating??? Jeng...jeng...jeng...

Okeh lah... tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

Selamat Hari Lahir Sayang

 
 Hari nie 11/12/12 jam 11.04 pagi genaplah setahun hero aku yang comel itu mengenali dunia... terasa cepat masa berlalu... anak ibu dah besar...hehehehe di usia setahun dah boleh berjalan dan mula mengikut tindak tanduk perbuatan orang-orang dewasa... kelakar pulak... nampak selipar sibuk nak pakai selipar orang...pegang telefon kalau kita cakap hello nanti dia letak kat telinga... jumpa jam dia pakai kat tangan... kalau nampak kita pegang stokin nak pakaikan kat dia, dia dah siap bagi kaki...hohohoho kesimpulannya tak boleh buat benda yang tak elok yer depan anak aku... nanti dia mengikut sekali perbuatan itu...hoiii anak-anak jaman sekarang nie cepat sungguh...
Teringat pulak saat-saat mahu melahirkan si kecil nie... berhari-hari duk dalam wad tapi tak nak jugak dia keluar dari perut ibu... sudahnya keluar ikut tingkap... tak kisah lah kan janji anak ibu selamat dilahirkan ke dunia... macam rindu pulak saat pertama kali menyusukan si kecil... bila teringat saat itu rasa sangat...sangat...syahdu la pulak... comelnya kamu waktu itu... hanya tahu merengek bila lapar... alhamdulillah kamu tidak banyak ragam di saat ibu susah untuk bergerak kerana operation...
Seawal umur empat bulan kamu dah mula meniarap...
Lima bulan pula mula nak merangkak...
Lapan bulan dah mula boleh berpegang pada sofa...
Sembilan bulan dah mula nak memanjat sofa...
Sepuluh bulan alhamdulillah dah mula berjalan...
Tapi...giginya belum tumbuh lagi...hehehehe
Ntah bila giginya mahu tumbuh yer... takpe lah nanti lambat sikit gigi tu nak rosak... Ibu akan cuba jaga pemakanan kamu... setakat ini alhamdulillah mampu lagi menyediakan bubur kamu sebagai bekal ke rumah pengasuh... no sugar no salt yer... takpe lah kalau orang nak kata bubur kamu tiada rasa... tapi tetap ada rasa sebab dah di olah buburnya dicampur bersama sedikit  kismis atau kurma...dengan aku boleh lah lagi aku tak bagi makan makanan yang tak sepatutnya... tapi bila balik kampung...abisss langgar pantang...huhuhu tapi setakat ini my mom takde lagi bagi makanan yang ntah apa-apa yang si kecil aku sebab dia tau aku jaga makanan dia...hihihihi
Kalau nak cerita tentang si kecil nie memang tak habis... ada-ada saja telatah dia yang comel tu buat aku geram dan kekadang tu kelakar pun ada...

okeh la... tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

10 December 2012

Day 10 : A photo of your favourite place to eat



Haa..... Aku suka makan dekat sini... kedai makan biasa jer... Tapi sangat kena dengan selera aku tau... kekadang kalau keluar di hujung minggu dan kebetulan melalui arah ini aku mesti lah nak makan tengahari kat sini... Rasa lauk-pauk itu sangat kena dengan selera pantai timur aku nie...hihihihihi

Jarang aku makan nasi goreng kat sini... Biasanya encik suami lah yang suka makan nasik goreng...dia tu bagi lah apa pun semuanya dia bedal tak kira la sedap ker tidak...mungkin tekak orang lelaki nie dia tak banyak cerewet kot...atau encik suami aku nie memang tak ada deria rasa yang sangat bagus....hohohoho


 
Menu kegemaran aku adalah tomyam... sangat lah menyelerakan tomyam dia.. pada aku lah memang sangat...sangat...sangat...lah menyelerakan anak tekak aku yang sangat menyukai tomyam ini...susah lah nak cari tomyam yang kena dengan selera kalau area Selangor atau KL nie...dah la aku nie memang hantu tomyam...kadang-kadang asyik makan menu yang sama jer macam dah tak ada makanan lain untuk dicuba...hihihihi

Owh yer...kedai nie nama dia Chaiyo Bistro yer...terletak dekat Sungai Merab nak pergi ke Bangi...

Okehh.. tata

p/s : gambar semua adalah dicilok dari pokcik gugel


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

09 December 2012

Day 9 : A photo of the item you last purchased

Semangat kau membeli jersi untuk si kecilku yang comel lagi hensem ...hihihi hari nie kan separuh akhir pertama Malaysia vs Thailand... sebelum ke kenduri kahwin kawan encik suami tadi pergi menyinggah sebentar kat stadium...memang nak mencari baju untuk si kecil pun... baju agak sedikit besar dan siap letak nama lagi...hamboiii bukan main lagi siap nama... baju ibu dan babah pun takde nama kau...hewhewhew

Okeh...tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

08 December 2012

Day 8 : A song to match your mood

Mempersembahkan lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Saloma....hihihihi Mood kawen-kawen gitu sebab hari nie ada kenduri kawen sedara encik suami....

Itu saja... tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

07 December 2012

Day 7 : Your dream wedding

Skip boleh tak?? Tak nak jawab soalan ini sebab dah kawennn.... Jadi dah takde lah dream dream wedding bagai nie... Tapi nanti tak besh pulak kan sebab tak menyahut cabaran untuk membuat ini tajuk....hewhewhew cabaran lah sangat kan... Kalau macam tu aku tak nak buat tentang dream wedding  lah.. Tapi tentang wedding aku yang tak berapa nak dream tu yang sudah lama berlalu itu... Lagipun masih belum lagi aku letak kat belog ini sebab kemalasan yang melampau katakan...huhuhuhu

Dah jadi kebiasaan lah kan setiap wanita mahukan majlis yang sempurna untuk hari bersejarah itu... Tapi biasa lah kan kalau semuanya mencari last minit jadinya yang glam-glam semua dah di tempah orang lah...dah la kawen time tarikh yang memang ramai manusia tengah mengkawenkan diri pada masa dan ketika itu...

Tema pilihan Aku : Hitam-Merah-Putih

Baju untuk akad nikah adalah dibeli iaitu baju kurung moden yang berwarna putih dah baju encik suami pula adalah ditempah.... Mekap lak dari mak andam terlampau butik pengantin yang aku amik pakej pelamin lah kan...berkejaran aku paginya sebab nak kena pergi mekap kat kedai...sudahnya aku amik mekap untuk sanding dengan orang lain...huhuhuhuu dan sesungguhnya sangatlah tidak aku berkenan dengan mekap akad nikah ku itu...dream yang tak kesampaian disitu....
Lepas dah selamat akad nikah
Baju merah plus hitam adalah menjadi pilihan tapi last minit katanya baju takde... masa mula-mula pergi kata ada dan bila aku balik pulak untuk fitting katanya takde pulak...dah ada yang amik katanya....hadoiii dah lah jauh...apa salahnya kalau mesej atau call bagitau kata takde kan..nie tak mesej apa pun...bila pergi jumpa kata butiknya barulah di beritahu....sudahlah baj encik suami pulak terkecik saiznya...dah pulak leher takleh nak butang...haiyaaaa....satu lagi dream yang tak kesampaian...ending tema warna baju adalah maroon dan grey...dua persalinan lah kiranya... Satu lagi adalah warna grey dan warna baju ku dengan encik suami sangatlah nampak perbezaannaya...huhuhuhu
Baju kaler maroon hokayyy...

Lihat perbezaannya....
Aku takde masalah dengan pelamin... Pelamin adalah aku suka... Seperti yang aku nakkan...
Pelamin bersama dayang cilik...
Kek pun adalah OK! Aku takde masalah dengan itu sebab aku tempah kek sekali harung dengan butik itu...
Kek tiga tingkat hokayyy...

Tema Pilihan En.Suami : Oren-Putih

Kenduri sebelah encik suami adalah semua aku suka...Mekap cantik! Pelamin simple - OK! Baju sangat puas hati dan OK! Baju lelaki sangat segak dan bergaya siap dengan aksesori lagi... Kiranya dream wedding kat sebelah lelaki lagi berjaya lah kan seperti yang aku dan encik suami nak...

Photographer adalah OK! Aku amik yang murah jer tapi kira ok lah dengan bajet yang ada... Cover di kedua-dua belah pihak...

Okehh...habis tentang dream wedding yang  tak berapa nak dream sangat lah... tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

06 December 2012

Day 6 : A photo of an animal you'd love to keep as a pet



Okeh... tak nak cerita banyak-banyak... Ini adalah haiwan peliharaan yang menjadi pilihan aku jika aku nak menyimpannya di rumahku syurgaku itu... (menyimpan?) hohohoho kenapa? Sebabnya semua haiwan-haiwan di atas adalah pernah di bela di rumah ibu bapa aku di kampung... walaupun bukan aku yang menjadi tuan empunya kan... tapi kira boleh la....

Okeh la... tata

***semua gambar diatas adalah ehsan pokcik gugel...


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

05 December 2012

Day 5 : A photo of yourself two years ago

Gambar ini adalah rupa diri aku pada dua tahun yang lepas....

baikk ponya posing....
Kenangan sungguh gambar ini...hokeyyy gambar ini di ambil sewaktu majlis anugerah perkhidmatan cemerlang...yer tuan-tuan dan puan-puan...aku dapat anugerah ini pada tahun tersebut....sangat gembira lah kan...setelah berpenat dan berlelah tapi aii takde asma tau u olss...hihihihi akhirnya berjaya jugaklah mendapatkannya...bohong lah kalau takde siapa pun yang teringin memilikinya....memang dah rezeki aku untuk tahun itu...

Tapi sedikit kecewalah kan...nak tau kecewa apa?? kecewa sebab masa ini aku telah menggemokkans diri..hoiii terus tak nampak cantiks u olss....hoii dah tau diri menggemoks tapi takde pulak usaha untuk mengkruskan diri yang semakin memontel ini...huahuahuahua sekarang aku sudah mula sayangkan lemak-lemak yang semakin berleluasa menguasai diri aku...owhhhh sadisss tauuu....

Okeh lahh....tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

04 December 2012

Day 4 : Your favourite photograph of your best friend

Banyak sebenarnya photo yang sangat..sangat....sangat...aku sukai...tapi aku nak letakkan photo ini...


you all sangat ohsemmm.....rindunya saat beronggeng bersama kamu wahai kesayangan semua....bilalah lagi mahu berjimba together-gether...sekarang masing-masing dah ada yang berkeluarga semestinya menjadikan sangat sukar lah untuk berjimba-jimba seperti jaman-jaman anak mendara kennnn.... hewhewhew...tapi sekarang boleh lah pergi berjimba-jimba ditepi pantai sambil bermain riang-ria seperti kanak-kanak riang bersama kelaurga kan...mesti lagi sangat happening dengan telatah anak-anak u ols dan i ols yang semakin membesar bagaikan johan...owhh bukan johan johera hokeyyy....ngeee~~~


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

03 December 2012

Day 3 : Your idea of the perfect first date

Hari ketiga nie macam susah jer sebab aku bukanlah seorang yang kreatif... ditambah lagi aku bukan lagi single and avalaible dan bukan lagi hidup solo menyolo... jadi tajuk ini bukanlah menjadi kegemaran untuk dibuat...hohohoho tapi kalau tak buat takpe kan.. ke nak kena buat jugak? terpaksalah aku menggunakan daya imaginasi aku yang terlampau ini untuk menyiapkan tajuk ini...huhuhuhu

Okeh...konon lah kan idea aku untuk perfect first date nie.. aku nak si dia datang jemput aku dengan kereta mewah dengan pakaian yang segak macam prince charming gitu...aku pulak haruslah berpakaian macam pricess kan...hewhewhew dah namanya imaginasi kan...

kereta ini.. mampu???

Bila dah sampai tuh haruslah membawa sejambak bunga diringi dengan hadiah yang seperaiss kan... ala macam biasalah agan-angan mat jenin...huhuhu


Sesudah itu haruslah membawa sang puteri untuk menikmati makan malam dengan suasana yang sangat indah dan nyaman... owhhh sudah semestinya lah dalam suasana yang sangat romantis gitu...diiringi dengan muzik yang sangat mendamaikan halwa telinga....

tengah laut u... kau hado??
wahhh gitu...sangat berimaginasi kau nicki.... tapi semuanya pun non-hadooo... ehh kau hado ker?? huahuahuahua berangan la kau bersama mat jenin..

okeh la.. tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

02 December 2012

Day 2 : A photo of something you ate today

Hari kedua cabaran untuk diri aku...lagi dua puluh lapan hari yang perlu dilalui... hamboiii bukan main lagi menghitung hari...walhal baru jer dua hari bermula.... huahuahua macam tak sabar-sabar mahu menghabiskan cabaran ini... hamikk kau gataii sangat nak membuatnya kan...

Okehh...mari kita menuju terus kepada maksud yang hendak disampaikan...

Inilah yang menjadi bahan makanan aku pada tengahari tadi... nasi putih berlaukkan ayam goreng dan sedikit daging goreng berkuahkan asam pedas...bukan main lagi kau melantak bagai nak rabakkk...

Menu di atas sudah semestinya bukan datangnya dari air tangan aku..tapi telah menghabiskan sisa-sisa duit gaji di kedai makan yang berhampiran...sungguh malas memasak sampai pergi mencari makanan di luar rumah...hihihi

Okehh....siap untuk hari kedua...hari esok menanti lagi...tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

01 December 2012

Day 1 : A photo of yourself and a description of how your day was

Okey...hari nie bermulalah episod baru dalam belog aku nie....espisod barulah sangat..huhuhu 30 days blog challenge akan bermula starts from today...lagi 29 hari untuk aku habiskan challenge ini... hewhewhew semoga aku berjaya gitu...

Okey...hari pertama aku nak share gambar ini....
Gambar bersama si comel aku yang tersayang... di ambil di rumahku syurgaku sementara menunggu encik suami pulang dari bengkel kereta...why?? Aku telah merosakkan brek tangan kereta comel yang aku bawa itu...huahuahua rosakkk brek tangann...ngeee...

Plan hari nie ingat nak pergi stadium...hari nie kan malaysia vs indonesia..konon nak pergi la stadium tapi bukan nak pergi tengok bola...sekadar nak pergi dan menghabiskan duit mencari baju bola untuk si comel aku nie...semangat kau...kalau si comel aku nie dah besar boleh la tengok bola jugak...tapi takpe lah..aku tengok berdua jer dengan si comel aku nie kat umah...encik suami pi tengok kat stadium dengan kawannya...

Jadi aktiviti hari nie adalah kemas rumah...masak...basuh kain...lipat kain...dan bermacam-macam lagi lah...sesambil melayan keletah si comel aku nie yang sangat la aktif...hoiiii penatlah ibu tapi tak mengkurus jugak ibumu ini...huhuhuhu 

Okehh..itu saja untuk hari ini...tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::