07 December 2012

Day 7 : Your dream wedding

Skip boleh tak?? Tak nak jawab soalan ini sebab dah kawennn.... Jadi dah takde lah dream dream wedding bagai nie... Tapi nanti tak besh pulak kan sebab tak menyahut cabaran untuk membuat ini tajuk....hewhewhew cabaran lah sangat kan... Kalau macam tu aku tak nak buat tentang dream wedding  lah.. Tapi tentang wedding aku yang tak berapa nak dream tu yang sudah lama berlalu itu... Lagipun masih belum lagi aku letak kat belog ini sebab kemalasan yang melampau katakan...huhuhuhu

Dah jadi kebiasaan lah kan setiap wanita mahukan majlis yang sempurna untuk hari bersejarah itu... Tapi biasa lah kan kalau semuanya mencari last minit jadinya yang glam-glam semua dah di tempah orang lah...dah la kawen time tarikh yang memang ramai manusia tengah mengkawenkan diri pada masa dan ketika itu...

Tema pilihan Aku : Hitam-Merah-Putih

Baju untuk akad nikah adalah dibeli iaitu baju kurung moden yang berwarna putih dah baju encik suami pula adalah ditempah.... Mekap lak dari mak andam terlampau butik pengantin yang aku amik pakej pelamin lah kan...berkejaran aku paginya sebab nak kena pergi mekap kat kedai...sudahnya aku amik mekap untuk sanding dengan orang lain...huhuhuhuu dan sesungguhnya sangatlah tidak aku berkenan dengan mekap akad nikah ku itu...dream yang tak kesampaian disitu....
Lepas dah selamat akad nikah
Baju merah plus hitam adalah menjadi pilihan tapi last minit katanya baju takde... masa mula-mula pergi kata ada dan bila aku balik pulak untuk fitting katanya takde pulak...dah ada yang amik katanya....hadoiii dah lah jauh...apa salahnya kalau mesej atau call bagitau kata takde kan..nie tak mesej apa pun...bila pergi jumpa kata butiknya barulah di beritahu....sudahlah baj encik suami pulak terkecik saiznya...dah pulak leher takleh nak butang...haiyaaaa....satu lagi dream yang tak kesampaian...ending tema warna baju adalah maroon dan grey...dua persalinan lah kiranya... Satu lagi adalah warna grey dan warna baju ku dengan encik suami sangatlah nampak perbezaannaya...huhuhuhu
Baju kaler maroon hokayyy...

Lihat perbezaannya....
Aku takde masalah dengan pelamin... Pelamin adalah aku suka... Seperti yang aku nakkan...
Pelamin bersama dayang cilik...
Kek pun adalah OK! Aku takde masalah dengan itu sebab aku tempah kek sekali harung dengan butik itu...
Kek tiga tingkat hokayyy...

Tema Pilihan En.Suami : Oren-Putih

Kenduri sebelah encik suami adalah semua aku suka...Mekap cantik! Pelamin simple - OK! Baju sangat puas hati dan OK! Baju lelaki sangat segak dan bergaya siap dengan aksesori lagi... Kiranya dream wedding kat sebelah lelaki lagi berjaya lah kan seperti yang aku dan encik suami nak...

Photographer adalah OK! Aku amik yang murah jer tapi kira ok lah dengan bajet yang ada... Cover di kedua-dua belah pihak...

Okehh...habis tentang dream wedding yang  tak berapa nak dream sangat lah... tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

0 kata-kata dari kam0o yang sweet/macho: