ketika mood tengah rajin untuk menghapdet belog ini...aku pun rajin nak kongsi emel yang aku dapat dari rakan sekerja...boleh lah menceriakan dan membuatkan kita tersenyum pada pagi yang sudah nak masuk tengahari dah pun...kalau nak gelak sambil terguling-guling pun sangat-sangat la dialu-alukan...tapi sila pastikan anda memakai seluar dan bukannya memakai kain kerana dikhuatiri akan menimbulkan satu kejadian aneh yang akan berlaku pada diri anda nanti dan membuatkan anda tetiba jer jadik glamer(?) ehh..mana glamer dalam keadaan yang anda tidak ingini...agagaga
ececece...panjang melebar la pulak intro neh...itu lah kalau mood nak hapdet datang kan jadi macam-² la nak taip..tapi kalau tiada mood nak hapdet langsung kaku jari nak memulakan tariannya di dada keyboard yang hitam legam neh... +.+
okehh..jomm la baca dan kalau nak gelak sila lah gelak..kalau nak menangis pun boleh... ^__^
Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata, katanya.
Lelaki kena kahwin 3 baru OK?
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!
Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”.
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.
Suami : Contohnya?
Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. Kalau 2 kereta, jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan?
Isteri : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.
Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. huhuhu
tak tahulah nak kesian ker nak gelak...okehh mula-mula kita gelak dulu pastuh baru kita kesian ekk...hahahaha huhuhu
cerita neh diambil dari emel yang dihantar oleh rakan sepejabat jadi ianya tiada kaitan dengan pemilik belog ini yer... ^__^
1 kata-kata dari kam0o yang sweet/macho:
mulehla lawak dia tuh... hurmmm kekurengan tp still leh timer
Post a Comment