Showing posts with label ♫Lawak. Show all posts
Showing posts with label ♫Lawak. Show all posts

14 March 2011

::mari kita buat senaman mulot::

hello!!
petang² isnin neh memang agak mengantuk...mood hari isnin sememangnyer tak berapa nak ceria la bagi orang² macam aku kan...sebab masih lagi terasa dalam mood berweekend...owhh bestnyer kalau dapat bermalas-malasan dirumah pada saat dan ketika ini...lalallalala

sememangnyer hari neh agak kekurangan kerja..jadi sifat kemalasan yang ader dalam diri itu semakin la menjadi-jadi manjanyer...huh **boleh bagi saya kerja banyak² tak sampai pengsan.....grrrrr...apakah?? kononlah nak tunjuk rajin sangat...wekkk...tipu..tipu...saya memang seorang yang pemalas. titik. noktah. jangan tanya lagi kenapa(?) sebab aku pun tak tau aper yang dah aku taip neh..tapi malas lah nak tekan backspace balik... kan dah cakap tadi aku seorang yang pemalas..jadi nak buat aper semua pun malas...kehkehkeh

okeh..okeh..berbalik kepada tajuk kita tadi...tadi kata nak ajak wat senaman mulot kan...sekarang kita mulakan yer...
satu...dua...tiga...go!!! baca laju-laju dan jangan tekan brek!!
catu cenje, ciput cia-cia came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cia-cia came copot cebab copot cahabat ciput. cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot. ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot...". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...".celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot..." ciput cenyum cambil chow came copot...


okehh...itu sajer senaman kita untuk petang ini...
tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

18 February 2011

::dipukul bapa kerana tudung::

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Business man yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. 

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

dikutip dari emel rasmi aku...kahkahkah


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

28 January 2011

::lawak ke tak lawak::

ketika mood tengah rajin untuk menghapdet belog ini...aku pun rajin nak kongsi emel yang aku dapat dari rakan sekerja...boleh lah menceriakan dan membuatkan kita tersenyum pada pagi yang sudah nak masuk tengahari dah pun...kalau nak gelak sambil terguling-guling pun sangat-sangat la dialu-alukan...tapi sila pastikan anda memakai seluar dan bukannya memakai kain kerana dikhuatiri akan menimbulkan satu kejadian aneh yang akan berlaku pada diri anda nanti dan membuatkan anda tetiba jer jadik glamer(?) ehh..mana glamer dalam keadaan yang anda tidak ingini...agagaga

ececece...panjang melebar la pulak intro neh...itu lah kalau mood nak hapdet datang kan jadi macam-²  la nak taip..tapi kalau tiada mood nak hapdet langsung kaku jari nak memulakan tariannya di dada keyboard yang hitam legam neh... +.+

okehh..jomm la baca dan kalau nak gelak sila lah gelak..kalau nak menangis pun boleh... ^__^


Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata, katanya.

Lelaki kena kahwin 3 baru OK?
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!
Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”.
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.
Suami : Contohnya?
Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. Kalau 2 kereta, jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan?
Isteri : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.


Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. huhuhu

tak tahulah nak kesian ker nak gelak...okehh mula-mula kita gelak dulu pastuh baru kita kesian ekk...hahahaha huhuhu
cerita neh diambil dari emel yang dihantar oleh rakan sepejabat jadi ianya tiada kaitan dengan pemilik belog ini yer... ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

12 July 2009

Story Of [k]EnTu[T]

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut."

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap. Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah,"Saya tak tau pil apa yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya...walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat, sekarang,mari saya periksa telinga makcik."

post signature


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::