28 January 2011

::lawak ke tak lawak::

ketika mood tengah rajin untuk menghapdet belog ini...aku pun rajin nak kongsi emel yang aku dapat dari rakan sekerja...boleh lah menceriakan dan membuatkan kita tersenyum pada pagi yang sudah nak masuk tengahari dah pun...kalau nak gelak sambil terguling-guling pun sangat-sangat la dialu-alukan...tapi sila pastikan anda memakai seluar dan bukannya memakai kain kerana dikhuatiri akan menimbulkan satu kejadian aneh yang akan berlaku pada diri anda nanti dan membuatkan anda tetiba jer jadik glamer(?) ehh..mana glamer dalam keadaan yang anda tidak ingini...agagaga

ececece...panjang melebar la pulak intro neh...itu lah kalau mood nak hapdet datang kan jadi macam-²  la nak taip..tapi kalau tiada mood nak hapdet langsung kaku jari nak memulakan tariannya di dada keyboard yang hitam legam neh... +.+

okehh..jomm la baca dan kalau nak gelak sila lah gelak..kalau nak menangis pun boleh... ^__^


Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata, katanya.

Lelaki kena kahwin 3 baru OK?
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!
Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”.
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.
Suami : Contohnya?
Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. Kalau 2 kereta, jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan?
Isteri : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.


Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. huhuhu

tak tahulah nak kesian ker nak gelak...okehh mula-mula kita gelak dulu pastuh baru kita kesian ekk...hahahaha huhuhu
cerita neh diambil dari emel yang dihantar oleh rakan sepejabat jadi ianya tiada kaitan dengan pemilik belog ini yer... ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

27 January 2011

::hutang yang perlu dibayar::

JUMLAH PINJAMAN : RM 1xxxx.00
JUMLAH BAYARAN DITERIMA : RM 5xxx.00
BAKI PINJAMAN : RM 6xxx.00

hurmmm....masih lagi berbaki banyak hutang aku...setelah mendapat surat amaran menyatakan aku perlu membayar tunggakan almost 5riban, aku mula la rasa macam takut la konon²nya.. ;p aku pun hairan lah jugak kan sebab aku bayar tiap² bulan tapi tetap jugak sampai surat menyatakan aku tak bayar dan perlu membayar tunggakan itu...hekkk...terus lah aku nak marah kan...

call pihak yang berwajib bertanya tentang kes itu..aku bertanya la kenapa pulak sampai surat amaran sedangkan aku bayar setiap bulan walaupun ader jugak bulan yang tak terbayar disebabkan mempunyai lain-lain perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan...tapi takde lah sampai 2 3 bulan tak bayar...sekadar miss sebulan jer..uhuhuhu then pihak berwajib itu cakap aku tak bayar ikut rate yang ditetapkan...haisshhh aku pun memang terlupa rate setiap tahun itu akan berubah...jadual pembayaran diberi ketika kontrak perjanjian pinjaman diberikan...masalahnya cik kak oii...kontrak itu sudah lama masa zaman pembelajaran dulu...sudah lupa kat mana ianya berada...mungkin sudah dihanyutkan banjir... T___T sepatutnya la kan pihak berwajib itu kena la bagi balik surat nyatakan sekali rate bayaran bulanan mengikut tahun semasa...kalau boleh bagi pada setiap tahun mungkin untuk mengingatkan peminjam itu...

tapi sedikit ketidakpuasan hati la bila mana aku yang buat bayaran ini mendapat surat amaran itu kan..ader sesetengah kawan aku yang membuat pinjaman yang sama pun takde pulak kena..sedangkan dia belum membuat bayaran balik pun...tapi tidak mengapa lah kan..saya redha jer la..dah nasib aku kan...ehh...sekejap saya sekejap aku...takpe lah malas nak tekan backspace...hahahaha setelah berunding dengan pihak berwajib, aku mintak la nak bayar dalam 1riban dulu sebab aku memang sedang memerlukan duit sekarang untuk urusan yang perlu diselesaikan...tapi pihak berwajib menyuruh aku bayar separuh daripada tunggakan itu...takpe lah aku pun bayar jer lah kan daripada sampai surat saman kan baik lah bayar dengan segera... T__T mungkin la jugak ader hikmah disebalik semua yang terjadi ini...

sebenarnya kejadian ini sudah lama berlaku..kira² pada penghujung tahun lepas...tapi sajer jer nak buat cerita jugak kan....lalallalala


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

24 January 2011

::98% sudah siap::

sembilan puluh lapan peratus sudah pun siap..tinggal lagi dua peratus la...yer ker dua peratus..rasa macam lebih kurang lima peratus jer tapi takpe lah nak kata jugak lagi dua peratus yang belum siap..kahkahkah penat rasanyer tenaga dalam membuat persiapan untuk hari bahagia yang bakal tiba...semalam setelah siap berpusing mencari kasut akhrinya jumpa jugak...simple and nice..harga pun sangatlah murah...hihihi

bila aku cakap kasut aku beli sendiri mesti tanya..ehh, kasut kena guna yang sendiri jugak ke?? sebenarnya pakej yang aku amik tuh memang la semua sekali termasuk kasut..tapi kasut dia mak aihh...tinggi yang amat...dah la aku tak biasa nak pakai kasut tumit tinggi bagai neh...kalau setakat 2 inci ok lagi..tapi kalau dah 3 inci tambah pulak tumit dia runcing dan halusss gitu..tak berani la..silap aribulan tertangkap katak pula aku..hahaha apapun semalam dah selamat beli dua pasang kasut...yang memang harga dia kalau aku cakap pun korang tak percaya tapi aku tak nak lah bagitau harga dia berapa..biar lah rahsia...cheeewaaah!!!

*pic from pokcik google*

esok tinggal nak cari tudung jer lagi..tudung memang suda diberitahu oleh mak andam itu kena guna tudung sendiri...actually aku dah beli tapi bila sampai umah try test balik..satu itu sangat la ketat...dan satu lagi sangat la longgar...huhuhu esok nak g cari kat pasar malam jer...lalalalla harap² jumpa la tudung tuh esok...huhuhu minggu neh jer yang ader untuk beli tudung...dah balik kampung nanti macam susah dah nak keluar mencari barang...
Ok...Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

17 January 2011

::Kepenatan Mencari Cincin Untuk Lelaki::

wahh...sangat penat berpusing-pusing satu KL dengan Seremban setengah pusing jer semata-mata nak mencari cincin untuk sang lelaki...waduhh..waduhh...payah amat yer ditambah lagi dengan saiz Mr.F yang agak besar...wuwuwu actually bukan agak besar dah tapi memang sangat membesarkan diri la dia ponya jarik...satu kali ganda ngan aku punya saiz....wawawa

pergi kedai emas pun banyak cincin suasa...tapi lelaki boleh pakai ker suasa? aku ader terbaca yang suasa dan emas putih adalah HARAM bagi lelaki muslim sebab ianya ader sedikit campuran emas...sebenarnya aku nak cari cincin platinum tapi biarlah masih didalam bajet kan...takde la nak beli yang harga dia sampai beribu-ribu lemon..homak aiii...tak mampu der aku nak membelinya..cukup la sekadar cukup² makan jer...aku ader jumpa satu kedai yang jual platinum neh kat The Mines...tapi saiznya pulak memang takde...kalu nak kena tempah yang memakan masa lebih kurang 3 bulan...makk aihhh lamanya...kami nak guna time raya cina la amoii... T___T

puas meronda area KL pada hari sabtu...kitaorang merayau lak ke Seremban..sesambil mau pergi tanya dan diskus ngan tukang jahit aku nak amik baju dalam minggu depan..takut dia tak sempat nak siapkan..alang² tuh pusing² jer la dulu kat Seremban kan...tapi non hado jugak...yang ader pun saiz dia macam biasa la kecik² punya...haishhh bapak la besar tangan Mr.F neh sampai nak cari saiz cincin pun takde neh...takpe² minggu neh pergi cari lagi kat mana² kedai yang belum disinggah lagi...kalau takde jugak maka aku akan sambar cincin silver jer la untuk Mr.F...lalalallalala

ok stop dulu disni..
Tata!!

ader saper² tau tak kat mana nak cari kedai yang jual cincin platinum?


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

06 January 2011

::Baru Boleh Berjoget Dengan Gembira::

tajuk sangat lah tak boleh nak belah..kalau nak belah sangat sila belah sendiri dengan menggunakan pisau cukur(?) apakah??? hahaha okeh...sekarang baru jer selesai menyiapkan kerja-kerja untuk tahun 2010...hoyehhh!! mari kita bergumbira berjoget ke kiri dan ke kanan tak lupa juga ke depan dan ke belakang...nanti diaorang merajuk... ^__^

sangat lah bergembira kan padahal kerja masih lagi menimbun...kekalutan di awal tahun memang tak dapat nak disangkal lagi la...sajer jer berlagak macam kerja sudah selesai untuk menyedapkan hati dan meringankan beban yang seberat batu belah batu bertangkup yang ader di dalam kepala wutakss aku ini...kahkahkah

aku jugak sedang pening kepala memikirkan hal-hal peribadi yang perlu diuruskan dalam masa terdekat neh...adoyaiii....sangat..sangat..sangat...sakit kepala bila semua itu belum lagi selesai(?) masa yang ader sudah agak singkat...cemana boleh jadik macam neh aku pon tak tau nak cakap cemana...salah siapa? harus ditanya..masing-masing semua salah...aku pon ader salah jugak...bila jadi begini masih bolehkah berjoget dengan gumbira?? okehh..kalo gitu kita berjoget dengan gumbira yang ala-ala jer la....lalalallalala~~

okeh itu sajer...
Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

05 January 2011

::Selamat Tahun Baru 2011::

wahh...dah 4 hari tahun 2010 telah meninggalkan kita...rasanyer masih belum terlewat kot aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua...lama jugak belog aku neh tak berhapdet...kebizian hujung tahun masih belum reda...aku masih lagi bertungkus lumus meng'clear'kan kerja-kerja untuk tahun 2010...

Alhamdulillah....tinggal sedikit sajer lagi nak siap...memang agak memenatkan coz banyak sangat nak disiapkan dalam masa terdekat neh...dengan kerja lagi...dengan hal personal lagi...fuhh....kekadang terasa keserabutan itu macam dah tak tertanggung rasanya...tapi aku cuba bersabar...bersabarlah...lalalalalla~~

Azam tahun baru?? nanti la kot...azam sebelum² neh pon tak tercapai lagi...okehh, aku amik azam tahun lepas la jadikan azam untuk tahun ini..boleh gitu?? ngee~~

ok itu sajer la kot yang terlintas kat kepala wotakss wat masa skang...
Tata!!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::