31 August 2010

::Selamat Hari Merdeka::


31 haribulan 8 lima puluh tujuh...
Hari mulia Negaraku Merdeka..MERDEKA!!!
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Sedar tak sedar dah 53 tahun Negara kita merdeka..
Alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 yang jatuh pada bulan Ramadhan neh..
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan aku ucapkan kepada semua..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

27 August 2010

::Berbuka @ Malee Classic Seafood::

Alhamdulillah...menjadi jugak perancangan untuk berbuka puasa bersama Geng Sepaku[dot]Net...Perancangan asal bagi majlis berbuka neh tidak menjadi atas sebab² yang tertentu..aku ingatkan memang dah tak jadi la nak berbuka bersama, tup² dapat panggilan dari salah seorang user dari Taiping bagitau dia and family ada kat Kajang n terus ajak kitaorang berbuka sama²...Last minit punya kerja la neh.. Aku pada mulanyer memang tak confirm la dapat pergi ke tak.. Al-maklum ajer la takde transport kan...sob3 T__T
*Menu sebelum masuk waktu berbuka*
Then dapat call lak dari salah sorang user yang mau pergi dan ajak pergi sama²...So, dorang jemput aku kat opis..Masa dah hampir kul 7 petang dah.. Masa on da way ke Kajang, nasib jalan tak sibuk..dan..dan..dan...Nasib baik la aku berjaya menunjukkan jalan yang lurus tanpa bengkok² lagi ke destinasi yang dituju..Tapi sampai ke sate Hj. Samuri jer la, kat sana tunggu dorang jemput coz aku tak tau kat mana restoran yang dimaksudkan...HIHIHI
*Pose dari Top 3 peserta Ratu Tak Mandi..agagaga*

*licin semuanya setelah tiba waktu berbuka*
Seronok...seronok...seronok...Sebab dapat jumpa lagi Kak M a.k.a mama sekeluarga buat kali kedua.. Dan terima kasih jugak untuk gift yang cute itu... Dua kali jumpa dua kali jugak dapat gift yang cute... Bertambah-tambah la seronok beronok-ronoknya... HAHAHA
*bergambar kenangan setelah selesai berbuka*

*bergambar kenangan sebelum pulang*


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

25 August 2010

::Award From Cik Lisa::

yeaahaaa...Aku dapat Award Blogger Cun. HIkHIkHIk Tak sangka lak cun jugakk rupanyer aku neh.. Tapi aku sememangnyer cun pon. *sesi perah santan bermula* MIAHAHAHA Owh...Jangan la kamu menyampah, sekali sekala mahu perasan tidak salah rasanya. HIHIHI

Okess... Award neh telah diberikan oleh Cik Lisa yang shomell... Thanks yer coz senaraikan me as a penerima Award neh... Musti susah nak buat pilihan neh.. ngeh3... Lepas tuh Cik Lisa suruh Tag lagi 10 orang blogger untuk dimajukan award neh...huhuhu Yang ini susah sikit, saya mahu tag siapa yer sampai 10 orang..hurmmm i'll try la kalo cukop, kalo tak cukop pun kira ok jugak la kan? HIHIHI

Award ini dimajukan kepada :-

Nota jari: Ader 8 penerima jer yang termampu untuk disenaraikan.. Takpe kan?


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

22 August 2010

::Happy Birthday::

♫Happy Birthday To YOU♫
♫Happy Birthday To YOU♫
♫Happy Birthday To Mr.F♫
♫Happy Birthday To YOU♫
On 20 August 2010
*******************************
Not Happy Birthday to me la.... It's my Mr.F Besday. HIHIHI Selamat menjalani hari² tua yang saban tahun ianya mencemburui dirimu. Dan yang pastinya saya tetap muda dari kamu dan sila kamu jangan menjeles dengan saya kerana ianya adalah kenyataan yang sukar diterima oleh kamu. Sungguh kejam ayat itu..HAHAHA
pic credit to mr. google

Saya tiada kek untuk kamu.. Tapi kek yang saya dapat darik pokcik google neh kira boleh jugak la yer. Tidak dapat kek pun tak mengapa sebab saya telah mengenyangkan dan membuncitkan perut kamu dengan Secret Recipe.. Pastinya kamu sangat gumbira dapat makan free kan? kan? kan?dan saya pula berduka melihat duit² saya telah pergi meninggalkan saya begitu saja. Dan kamu bertambah-tambah gumbira lagi bila mendapat hadiah telefon bimbit dari saya.. Sungguh besar bajet yang telah dikeluarkan sempena besday kamu yang ke-tettt...Biarlah rahsia...MIAHAHAHA

Tapi tidak mengapa, saya yang rela hati untuk berbuat demikian.. HIHIHI Setahun sekali tidak mengapa berbelanja besar sedikit untuk kamu..Bulan November nanti saya balas dendam balik la yer..Nak request itu dan ini, jadi harap kamu bersedia la dari segi mental dan juga wang ringgit..lallalala
Nota jari: Tiada gambar untuk ditepek didada belog ini..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

19 August 2010

::Larangan Penggunaan Broadband & Pendrive::

Larangan? Larangan apakah itu? Ianya berkuatkuasa serta-merta. Mahu tau? --> Larangan penggunaan Broadband dan Pendrive di office!! Jadi mulai sekarang "Say No To Broadband & Pendrive @ Office". HAHAHA Larangan neh tak beri aper² kesan pun pada aku coz aku tidak pernah sekali pun terlintas untuk membawa broadband aku ke opis. Takde maknanyer aku nak abiskan limit broadband aku hanya semata-mata nak bukak laman web yang tidak dibenarkan di opis neh.

Haa...musti korang tertanya-tanya kenapa ianya dilarang sama sekali kan. Begini al-kisahnya...tersebutlah kisah Sekarang kan ramai yang menggunakan jaringan sosial Muka Buku dan jugak Tweet...Tweet...dan penggunaannya begitu meluas sekali. Disebabkan itu, laman² sosial ini tak boleh diakses di opis aku kerana ianya telah di blocked menggunakan besi campuran aluminium. lalalala Oleh kerana pihak opis telah mem'blocked' laman sosial ini, maka ramai la yang membawa broadband sendiri semata-mata untuk melayari laman itu. Bukan setakat bawak broadband jer, siap bawak lappy skali. Hoh..sungguh semangat deme² neh yer. Tapi aku takde la nak bawak jugak coz nanti susah untuk buat kerja coz nanti takleh nak connect ngan network lak. haishooo....

Setelah pihak opis dapat detect ader yang berbuat demikian, maka....ini la yang terjadi, dimana penggunaan broadband dan pendrive dilarang sama sekali di bangunan opis aku. Jika didapati ada yang ingkar perintah, tindakan akan diambil!!! Owh..berkenaan pendrive lak, ianya dilarang coz takut kebocoran maklumat akan berlaku. Al-maklum la kan, jabatan aku neh tempat sensitif. Nak masuk opis pon kena lalui scanner...tettt...tettt...adess... Dimanakah itu? Jeng..jeng..jeng.. Biarlah rahsia...poyosss...huhuhu T__T

Nota jari: nasib baik blog masih lagi dapat dibuka.. ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

17 August 2010

::Dapat Jugak Akhirnya::

Setelah berpusing mencarik tiket bas untuk pulang raya nanti, akhirnya dapat jugak dibeli tengahari semalam. Tuh la, padan muka aku...saper suruh cari tiket last minit. Kan dah tak pasal² semua tiket dah abis. Nasib baik la ader satu bas tuh pembelian tiket untuk Hari Raya dibuka pada 16/8/2010 bersamaan semalam. hihihi So, dapat la aku sekeping tiket untuk pulang beraya nanti.

Tak pasal² aku kena dengar leteran coz last minit baru nak carik tiket. Kakak aku lak dah dekat waktu berbuka semalam baru bagitau suruh aku balik ngan husband dia coz husband dia ader datang KL nanti. Ala...tiket sudah beli la kakak, membazir lak. Bukan murah ok, almost RM50. Hoh!! Mahalnya tiket sekarang kan? Tetiba lak rasa macam dah lama tak naik bas balik kampung. Last skali balik naik bas pada bulan Februari lepas. Wah.. Sudah lama tuh! Musti korang ingat aku dah tak balik kampung kan lepas tuh. Aku bukan tak balik kampung, tapi balik dengan kenderaan sendirik orang lain.

Hari neh ngan semalam sangat² mengantoks. *hekk..kau tuh hari² ngantoks* Penat hari minggu belum hilang lagi. Macam bz sangat jer bunyinya kan, padahal bukan keje pun hari minggu. Tapi penuh ngan aktiviti lain, sampai tak sempat nak ngadap game² aku. T__T *saya seorang yang sgt crazy bermain game* Kalau boleh, tak nak keluar kemana-mana sebab nak main game. Hahaha

Eh...kenapa pulak tetiba keluar cerita pasal game neh. Ok, sudah...sudah...aku kena berhenti menaip sekarang. Nanti segala cerita dalam gua aku keluarkan semua. lalalalla Tata......


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

13 August 2010

::Bisingnya Kamu::

Ingat nak taip entri neh semalam tapi macam biasa la kemalasan dalam diri neh sangat tebal kalau nak dibandingkan dengan kerajinan. Kenapa saya sangat MALAS? T__T

Begini ceritanya, pada suatu hari petang semalam turun surau dalam kul 3 lebey. Lewatnyer solat zuhur!! Semalam ader banyak keje cket..huhuhu *asalan..padahal nak mengelakkan dari traffic jammed kat surau* ^__^ Okess...Sesudah ambil wuduk, aku pun bentang la sejadah n siap² nak pakai telekung. Then ada la 2 orang budak pompuan kat depan aku tuh baru siap solat. *aku masih lagik dalam proses memakai telekung* Dah siap solat tuh, tetiba..ehh² main bertepuk tampar pulak korang. Haish..bukan nak bertasbih ke berdoa ke hape ke. *berapa banyak "ke" daaa* Neh korang main bersuka ria tepuk² sambil gaduh² macam budak² berebutkan gula² yang berharga 10 sen. Marahnya aku time tuh, rasa mau sekeh jer kepala budak 2 orang neh. Tapi...aku sabar...then budak 2 orang neh senyap.
Dah siap pakai telekung, aku pun get ready nak menunaikan solat zuhur. Setelah selesai solat 4 rakaat dan siap mengaminkan doa, aku pun lipat kain telekung ngan sejadah. Sedang aku dalam melipat kain telekung dan bersiap-siap memakai tudung. Dorang dah start balik buat bising. Macam la kau sorang jer yang ader mulut dan suara yang lantang kat situ yer. Mengeluarkan suara tanpa menghiraukan orang lain yang tengah solat. Mak aihhh...kuat tau tak, macam kau tengah bercakap masa kat cafeteria pulak. Hoh!! Sungguh kurang kesopanan disitu.

Rasa macam nak sound jer, tapi disebabkan aku neh kan seorang gadis yang sopan dan tak reti nak marah². So, aku blah jer la naik ke opis aku. lalallalla Aku tengok gak muka budak 2 orang tuh kot² kenal ker kan. Tapi aku tak perasan lak muka² dorang. Mesti dorang tak glamer macam aku sebab tuh aku tak kenal. MIAHAHAHAHA


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

11 August 2010

::Addicted to Blogging::

Tadi aku jenjalan kat blog Cik Yatie n terjumpa la satu entri dia yang bertajuk Addicted To Blogging. Owhh...kuiz rupanyer, aku pun dengan rajinnyer mengeliks link ke website tersebut dan menjawab soalan² "How Addicted To Blogging Are You?" dengan sejujurnya. Mau tau aper result yang aku dapat.hikhikhik Memang sesuai la result tuh ngan aku coz aku jarang jer berbelog kecuali idea datang mencurah² bagaikan hujan baru la ader 2 3 entri satu hari. Kalau tak, hareemmm...seminggu nak taip satu entri pun sangat malas. HAHAHA

Okesss...Now see da result.... Tadaaaaa....

.....
....
...
..
.
.


So sangat² sesuai la kan? kan? kan? Sila iyerkan coz ia memang betul. lalalalla


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

::1 Ramadhan::

Satu Ramadhan sudah tiba. Yeayy...dah start puasa....Tapi kenapa gembira sangat nak sambut puasa neh? Ehh...kan lepas sambut puasa kita akan menyambut hari raya. Sebab tuh la sangat seronok...lallalalla Statement yang membuatkan korang rasa nak lempang aku kan. HAHAHA *sila la jangan lempang* haishh...Hari neh kan puasa mana leh nak marah² nanti batal puasa...OMG!! Batal?? *pekakhuntaks ang batal* kehkehkeh

Tetiba lak aku teringat ceramah kat opis aku semalam berkenaan perlakuan di Bulan Ramadhan neh. Ustaz yang bagi ceramah tuh mang kelakar gilerr gilerr pun tak kelakar macam tuh. Dari awal ceramah sampai la ke akhirnya asyik gelak jer tak hengat dunia. Macam tengah tengok citer Adnan Sempit pun ada. Owhh..hilang sekejap kesopanan aku disitu.hahaha Memang rugi la saper² yang tak pergi ceramah tuh. Nasib baik kerajinan aku datang nak pergi dengar. Mula² dah terasa tak nak pergi. hehehe Ceramah semalam bertajuk "Ramadhan Dinanti Tanggungjawab Dipatuhi" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mustafa. Korang kenal kan Ustaz Fauzi tuh. Ala...yang kendalikan Program Al-Kuliyyah tuh. hihihi Dia memang best kan?

Okess...sudah..Aku sangat mengantoks sekarang neh!! Jam baru jer kul 11 pagi, tapi aku mengantoks yang amat neh. T__T Mesti hari neh ngantoks sebab pagi neh takde dah nak minum "ayer neskepi". Naper tak minum? heyy..Hari neh kan puasa, aii puasa tau. The moon is not coming yet lor... Apakah itu? *pengsan* lalallala Terasa mau letak tongkat lak kat kelopak mata neh.huhuhu hah!! Semalam Ustaz Fauzi ader cakap, kalau ngantoks leh la kita basuhkan kepala kat opis. Nak mandi pon boley jugekkk...miahahaha Sanggupkah? Kalau basuhkan kepala tuh ok lagi, tapi MANDI?? ohh noo...buatnyer ader cctv, terus aii ternoda nyahh...Langsung hilang kesucian disitu...lalallalala *ko neh sememangnyer sengal kan?* wakakakakaka

Aku kena berhenti dulu sebelum makin banyak aku merapu meraban tak tentu pasal hanya kerana melayan perasaan yang mengantoks neh. Sekarang, marilah sama² kita menghitung waktu untuk pulang. Sengalll~~ MIAHAHAHAHAHA


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

09 August 2010

::Cepatnya Masa Berlalu::

Lagi satu hari bulan Ramadhan bakal menjelma. Sungguh cepat masa berlalu kan? Lepas puasa kita akan beraya pulak. Haishh..puasa pun belum dah sebokk nak cakap pasal raya. ^__^ Kira sinonim la tuh, bila puasa tiba maka ramai la yang duk sebokk buat preparation untuk raya. Bukankah bulan puasa itu bulan untuk beribadat? Tapi ramai yang lupa tentang itu termasuk la jugak diri ini.Hehehe Kalau ikutkan, bulan² lain pun kena beribadat jugak bukan setakat buat ibadat pada bulan puasa sahaja. Tapi ibadat pada bulan puasa lebih tinggi ganjarannya. Janganlah kita terlalu leka mengejar dunia semata-mata. Marilah sama² kita meluangkan sedikit masa untuk lebih mendekatkan diri pada Yang Maha Esa. Kalau lusa jadi puasa maknanya malam esok dah start Solat Tarawikh. Jomm kita pakat pergi Solat Tarawikh ramai² malam esok.

Tahun neh berpuasa di rumah baru. Maknanya kena rajin masak la. OMG!!! Aku kena masak nasik sendiri? *masak nasi pun nak kecoh* HAHAHA Bukan aper, kalo sebelum² neh balik keje jer nasik dah siap ditanak oleh rakan serumah. Tapi berlainan la untuk kali ini, terpaksa masak nasik sendiri la. Lauk?? macam biasa la, ready made punya. *beli kat kedai la tuh* Apa punya malas la nak masak. T___T
Di kesempatan neh aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Ampun dan maaf dipinta atas segala salah dan silap. ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

::Award Persahabatan::


tadaaa..... Aku dapat award!!! Hehehe Award Persahabatan neh telah diberikan oleh ChupChintap. Thanks senaraikan nama me sebagai salah seorang penerima award neh. i'm lovin' it *cam iklan mekdi lak* ^__^

Dengan ikhlas hati aku nak bagi award neh pada:-
Semoga persahabatan kita yang terjalin di Sepaku[dot]net berkekalan hendaknya... ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

02 August 2010

::Lama Menyepi::

wahh...sudah lama tidak menhapdet blog. Kemalasan kembali melanda. Haishhh...selalu jer kemalasan neh datang menguasai diri. Sangat tidak suka okess... T__T Sebenarnya banyak aktiviti yang berjalan sepanjang minggu² sebelumnya. Tapi ntah ke mana idea aku lari untuk menconteng arang dalam blog neh. Sudahnya...bermaharajalela la sawang menguasai blog aku neh. Korang semua, sila jangan bersin yer.... HAHAHAHA *gelak yang tak berapa nak jahat*

pic credit to mr. google

Itu saja la yang mampu terluah setakat neh...ngeh3...daaaa....


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::