29 January 2013

Intro ~ Baju-Baju Comel Untuk Baby

Okeh...intro jer dulu... Sebenarnya dah lama buat kecil-kecilan nie sejak dua tiga empat menjak ada baby sendiri kan...jadi teruslah berminat untuk jualan barangan baby nie... mula start buat pertengahan tahun lepas tapi sekadar gitu-gitu jer...sebab masa tak berapa nak mengizinkan... jadi customer pun yang gitu-gitu jer lah kan...hewhewhew Nie baru start nak war-warkan dekat belog... tapi kalau nak laju haruslah dekat FB kan... nanti-nantilah dulu dekat FB tuh..sebab memang ada buat FB khas untuk meniaga nie tapi belum nak launch bebetul lagi...ecececece so nak intro lah dekat belog nie dulu...kalau ada...ada lah...kalau takde..rezeki masing-masing kan...

ADIDAS 10 BLUE JUMPER
RM35
SAIZ: 6-12M / 12-18M / 18-24M
KOREAN STYLE BOY SET
RM40
SAIZ: 100 (3Y) / 110 (4Y) / 120 (5Y) / 130 (6Y) / 140 (Y)
BOY 2 PCS SET GREY LONG JEANS
RM56
SAIZ: 80 / 90 / 100

KOREAN STYLE BOY STRIPE SET
AVAILABLE IN TWO COLORS : GREEN / BROWN
RM37
SAIZ: 100 / 110 / 120 / 130 / 140
SAMGAMI EMBRODARY BOY JUMPER
AVAILABLE IN TWO COLOR : WHITE / NAVY BLUE
RM42
SAIZ: 80 / 90 / 95

KOREAN AUTUMN LONG SLEEVED
SHIRT+LEGGING+HAIRBAND
RM40
SAIZ: 100 / 110 / 120 / 130 / 140
FLOWER SHORT SLEEVE JUMPER
WITHOUT HEADBAND
RM35
SAIZ: 80 / 90 / 100
BLACK & WHITE STRIPE ROMPER
RM37
SAIZ: 80 / 90 / 95
 
SAMGAMI SUMMER RED BLOUSE + SHORT PANT
RM47
SAIZ : 80 / 90 / 100 / 110 / 120

Berminat boleh emel saya di nickindajungle@gmail.com okeh...


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

25 January 2013

Futsal

gambar ini adalah di cilok dari pokcik gugel...

Hari rabu lepas ada dapat emel daripada Kelab Bahagian opis aku,,,ada dianjurkan kejohanan futsal untuk kakitangan bahagian sahaja... mungkin untuk mencari pemain bagi wakil bahagian untuk kejohanan futsal antara bahagian pulak kot...pada anggapa aku la sebab belum pernah dibuat kejohanan futsal kalau  main dalam bahagian sahaja...yang ada pun bowling jer la... emmmm aku agak gementar jugak sebab memang berhajat untuk aktif kembali bersukan setelah dua tahun aku stop terus hokayyy...no jogging no training between two years tuh...hoihhh sangat lah kan mencabar stamina diri aku nie nanti... dah la sekarang nie badan bagaikan dipam-pam...dah nak jadi tong gas dah nie...hewhewhew

Memang aku ada bercakap-cakap dengan kawan-kawan aku nie pasal nak main futsal semua bagai...tup..tup... pagi nie datang kerja ada la seorang Hamba Allah datang pada aku dan bagitahu suruh aku handle pasukan futsal untuk wanita bagi seksyen aku...okehh...setakat cari orang kan senang jer pun walaupun agak payah untuk memujuk kawan-kawan untuk main nie...hahahha tapi aku dah lali dengan itu semua...memang dari dulu sampai sekarang akan aku dengar jawapan yang sama... "ala...saya tak pandai la main...saya dah lama la tak bersukan.." dan macam-macam lagi lah yang akan keluar dari mulut mereka...aku just...okayyy...takpe nanti kalau nak main sila bagi nama kat saya yer...hewhewhew

Tadi pergilah aku menanya mereka-mereka ini untuk pasuka futsal wanita bagi bahagian bahagian aku nie...dan seperti yang kau jangka jawapan mereka itu...hahahaha tapi dapat jugak aku kumpul tujuh orang...ala main cukup syarat jer...nanti nak masuk dalam SKT hujung tahun nie kan...hikhikhik aku pun bukanlah pandai sangat pun nak sepak bola bagai nie...tapi hentam jer lah labu...memang dah minat kot sejak kali pertama terjebak dengan sukan futsal dari tahun 2008 dulu...then 2011 terus stop dampai lah sekarang baru nak bermula balik...semoga stamina aku masih lagi mampu untuk berlari bagai...hahahaha haruslah semput nie...tapi buat-buat jer la tak semput...hihihihi

Rasanya ini saja yang mampu untuk dicoretkan...Tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

03 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Harap tak terlambat la nak wish happy new year kepada semua umat manusia kat muka bumi ini... Okeh mood malas sudah kembali dan 30 days blog challenge adalah tidak dapt disiapkan...huhuhuhu ini adalah kerana penulis belog yang sedang mengalami kemalasan berganda ini sedang bercuti di Perak pada masa masa dan ketika itu... hewhewhew bukan lama pun perginya tapi entah lah dengan kelam kabut kerja di hujung tahun membuatkan mood untuk berbelog terus hilang dengan kesibukan kerja... Jadi sampai hari ke-24 jer challenge yang mampu aku siapkan...huhuhu

pic from gugel


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

24 December 2012

Day 24 - A photo of something that means a lot to you

Banyak gambar yang memberi seribu makna dalam hidup aku... Suka duka kehidupan semuanya ada dalam gambar yang menceritakan seribu kisah...

 
Rindu nak bersukan seperti dulu-dulu kala masa sebelum melangkah ke alam perkahwinan... bukan disebabkan aku dah kahwin jadi tak boleh nak main dah suka semua bagai... tapi masa ada sukan tu aku dah pun berisi... jadi stop dulu sementara sampai lah sekarang.. my baby pun dah 0ne year...huhuhu 

 Disaat sah bergelar seorang isteri...huhuhu dah ada tanggungjawab sebagai seorang isteri dah....macam tak percaya pulaks....hihihihihi

 
Alhamdulillah aku dikurniakan zuriat yang comel lagi hensem pada awal perkahwinan... rezeki datang cepat syukur sangat-sangat walaupun tak sempat nak ber madu bulan bagai... ehh...ayat apakah?? tengok bulan kat langit jer lah sambil makan madu boleh?? ngeee~~~
 
Kawan-Kawan alam maya aku..yang aku kenal dekat forum sepaku suatu ketika dulu..tak sangka jadi serapat ini... still sampai sekarang dan sampai bila-bila...kenal dari bujang sampai lah dah kahwin dah beranak-pinak...masih lagi berhubung rapat dan saling kunjung-mengujungi melawat anak-anak yang baru dilahirkan ke muka bumi Allah ini...semoga akan sentiasa kekal persahabatan ini..

Tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

23 December 2012

Day 23 - 15 facts about you

Nak describe pasal diri sendiri sangatlah macam bajet hot...ehh tak lah kot...lebih macam masuk bakul angkat sendiri lah jugak... tapi aku masuk lif nak suruh orang yang tolong tekan..boleh?? hewhewhew

Okeh... mari kita mulakan dengan 15 perkara itu...

  1. Aku seorang perempuan
  2. Aku seorang perempuan yang cantik...lalalala
  3. Aku seorang yang sudah berkahwin
  4. Aku seorang yang sudah mempunyai seorang hero yang hensem
  5. Aku seorang kakitangan kerajaan
  6. Aku seorang yang sayangkan keluarga aku
  7. Aku seorang yang kelakar..maybe!
  8. Aku seorang yang suka makan...
  9. Aku seorang yang sudah menggemoks
  10. Aku seorang yang malas..hewhewhew
  11. Aku seorang yang tak suka nak masak tapi kena masak
  12. Aku seorang yang tinggi
  13. Aku seorang yang sukakan benda comel-comel
  14. Aku seorang yang bawak kereta manual
  15. Aku Adalah AKU

Okeh itu sajalah yang aku dapat mengarut... aku hentam jer lah apa yang berkaitan dengan aku tuh yer...
Tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::