25 October 2010

::Mari Kita Berenang::

Hehehe... Sabtu lepas akhirnya berjaya jugak aku menjejakkan kaki ke kolam renang yang terletak di Pusat Kejiranan kat kawasan umah aku..sejak kerja kat sini lagi aku memang teringin mahu pergi swimming..tapi tiada teman yang mahu pergi...asal ader jer teman yang nak pergi aku pulak yang tak available...hihihi

Kejadian itu berlaku begini..pada suatu hari, ader seorang rakan opis aku (Si E) telah mengajak untuk pergi swimming..dan menyuruh aku mengajarnya berenang (?) hohoho...macam la terer sangat aku neh nak berenang..berenang pun tak sampai setengah dari kolam tuh pastuh terkapai² kelemasan kepenatan...hahaha Tapi sajer jer suka² sesambil leh buat senaman kan?

Seawal jam 9 pagi aku dan seorang lagi rakan opisku (Si L) telah menunggu Si E..aku dah 2 3 kali bagi mesej yang aku n Si L tunggu kat lobi kawasan pusat kejiranan itu..rumahnyer dekat jer..memang betul² didepan pusat kejiranan tuh..Setelah menunggu lebih dari sepuluh minit, Si E menelefonku dan bagitau yang kunci rumah dia telah diambil oleh rakan serumahnyer...haiyaa...boleh pulak kawan dia tuh terambil kuncinyer (?) Kesian kat Si E, dia la yang semangat berkobar-kobar nak pergi swimming...

At last hanya aku n Si L sajer yang bergumbira berenang sesuka hati buat kolam itu milik kami berdua..orang tak ramai pun ader 4 orang jer termasuk ngan kitaorang...tuh yang bantai semua jenis kuak...kauk lentang, kuak kupu².. kuak dada..kuak itik (?) kehkehkeh Siap lebam lagi lengan aku gara² tak sedar terhantuk kat tebing kolam tuh...semangat sangat menguak berenang...hahahaha

Kul 11 pagi tuh kami pun gerak pergi bekpes pulak..biasa la kan, sesudah bermain air perut semustinya la lapor kan...hihihi
Itu sajer ceritanyer.. Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

22 October 2010

::Kepenatan Yang Amat::

Setelah sekian lama tak main futsal..semalam turun main dengan budak² opis dan classmate kawan opis aku...sangat la memenatkan..sampai terbangun lambat pagi neh...nasib baik sempat sampai opis walaupon bangun sedikit lambat.. ^___^

Rasanya aku baru jer cakap mahu merehatkan diri untuk seketika dalam sukan..hihihi Tapi itu bukan la bermaksud berehat terus langsung tak nak main...maksud berehat disitu adalah berehat dari semua tournament yang akan diadakan sehingga hujung tahun neh..sekadar main suka² untuk menyihatkan badan takpe la..

Badan neh dah terasa sakit² dan rasa sangat tak bermaya ari neh..padan muka aku..hahaha semalam bukan main bersungguh-sungguh lagi balun bola tuh... kesian kat bola tuh asik kena sepak jer kan (?) ehh....tapi kenapa mesti nak kesiankan bola itu...dah namanyer bola kan...dan tujuannya adalah untuk disepak..dia yang merelakan diri..bukan aku yang bersalah nak sepak dia.. T___T

Ari neh kat opis tak banyak sangat kerja..ditambah pulak dengan hari jumaat...wahhh memang la sangat menyeronokkan diri...lalallalala Boleh la main landing² kat kerusi, letak² kepala kat meja..pusing ke kiri pusing ke kanan sesuka hati...hahaha sengall!! Kalau la tertangkap dengan big boss kompom kena bagi ceramah hari jumaat neh...hikhikhik

okehh..sampai sini jer la.. Tata!!!

Esok nak gi swimming pulak...hoyyehhh..hoyyehhh!!! bajet pandai sangat la neh swimming...kehkehkeh


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

20 October 2010

::Merehatkan Diri::

Hari isnin lepas aku didatangi oleh ex-boyfie ex-coach futsal team aku yang sudah dibubarkan itu...tujuannyer adalah untuk mengheret aku menjoinskan diri untuk wakil jabatan dalam sukan MAKSWIP..aku hengatkan dah lepas tapi rupanyer game tuh diadakan pada 21 dan 22 Oktober neh..hurrmmm...Aku cakap aku tak dapat main la buat masa sekarang kerana aku sangatt...sangatt...bizik dengan itu dan ini...then titik disitu...

Esoknya pula aku dapat panggilan telefon dari salah seorang rakan sepasukan aku sebelum neh...mau mintak confirmkan penyertaan aku sebab mau buat surat pelepasan pada hari tersebut...aku cakap memang aku nak sangat main coz futsal telah menggilakan aku setelah aku mengenali sukan ini sejak tahun 2008...tapi waktu sekarang kurang sesuai...aku sememangnya sedang berdepan dengan waktu² puncak keje aku..ditambah pula dengan agenda lain yang sedang aku uruskan buat masa sekarang...dan aku rasa aku patut berehat sehingga hujung tahun neh...boleh la bagi peluang dekat orang lain jadi wakil jabatan pulak...cehh..bajet macam diri bagus jer...kahkahkah padahal bukannyer terer sangat pon aku main...setakat sepak² bola yang tak tahu kemana hala tujunya itu jadi la.... T____T

Sekarang pun aku masih lagi duk terpikir nak join tapi diri kata jangan join...rehat dulu untuk tahun ini...tahun depan nanti start balik...arrgghhhh...okehhh...mari kita rehat dulu yer...lagipun lutut aku masih lagi terasa sakit² selepas game futsal Inter Division dan jugak game JPM beberapa bulan yang lepas...takut jugak kot² ader effect kan...tapi tak pergi pon check kat hospital...hahaha

hurmmm...baru aku perasan..tahun neh adalah sangat kurang aku sertai sukan...dan jugakk..koleksi hadiahnyer pun sudah berkurangan... T______T


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

11 October 2010

::Cukup Indah - Aliff Satar::

Pagi² lagi sudah layan lagu jiwang ala² berbunga-bunga neh...hihihi Lagu neh aku baru terdengar kat radio pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat.. Sekali dengar tang korus terus terjatuh hati pulak.. Tapi aku tak tahu lagu tuh tajuk aper.. Apa lagi terus menghafal tang korus tuh.. Sampai jer kat opis, sesudah sarapan terus meng'google' lirik tersebut dan nasib baik terjumpa...hahaha Begitu bersungguh-sungguh sekali yer nampaknya aku mencari lagu neh..

Lagu ini sangat² sweet.. Lagu neh dah lama jugak kot rasanya.. Cuma aku jer baru mendengarnya pagi tadi.. Meh kita layan lagu neh sama².. Sesambil tuh boleh berangan...kahkahkah


Lirik Lagu - Cukup Indah By Aliff Satar
Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah


Korus:
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi


Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu


Ulang Korus:
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

07 October 2010

::Header Baru Lagi::

Yeayyyy...Akhirnya aku berjaya jugak menyiapkan header baru yang tak seberapa neh..Sudah lama rasanya mahu mencipta header untuk belog aku yang sangat comeyy tak berapa nak comeyy sangat neh..Tapi macam biasa la, kemalasan dalam diri aku yang menebal neh tak pernah nak nipis²...Aku dah siap simbah ngan asid sulfurik (?) pun dia tak nak nipis² jugak...Makin tebal lagik ada la..

Okeh...mari kita tengok header aku kat atas tuh.. Cantik tak?? Cantik tak?? Sila la puji ianya cantik tertarik dia memang tak dab0ommm...hahaha
Ok dahh...itu sajer.. Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

::Hakikat Pernikahan::

Hai...morning semua yang datang singgah di belog ini..Okeh pagi neh aku nak kongsi satu artikel neh kat korang semua...Jom sama² kita renung² tenung².. ^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???   
  •  Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
  •  Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal buabar jika bangkrup.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.


Renung²kanlah dan Selamat Beramal..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

06 October 2010

::Ehh...Aku Dah Kurus?::

hoh..Tajuk sangat tabuleblah langsung...hahaha Tetiba hari neh 'ter'rajin pulak nak hapdet belog di pagi² hari neh... Sampaikan tak bukak lagi emel yang boss hantar.. Kena boss tanya dulu baru perasan emel belum bukak..kahkahkah Padan muka boss aku kan?? Nasib baik boss sangat baik dan tidak garang dan dalam mood yang ok dan kenapa banyak sangat dan aku pun tidak tahu...hohoho

Ehh..tetiba pulak cerita tiada kaitan ngan tajuk di atas.. Okehh..okehh.. Mari kita menyanyi dan menari..ehh  bukan la...mari kita berfikir sejenak.. Betulkah aku sudah kurus? Kalau la betul, ehh...haruslah gumbira sangatt..sangat..dan sangatt la gumbira yang tidak terkata okehh...kihkihkih

Alkisahnya, pagi tadi macam biasa la, sampai sajer kat opis, terus pergi cafe mahu beli sarapan pagi.. Pagi tadi bantai Nasi Lemak plus ayer neskopi...Alhamdulillah..kenyang sudaa...hihihi Hari neh akak yang jual kat kedai yang selalu aku beli makanan tuh cakap..

K: "awak jugak tak perlu risau mahu makan apa yer, tetap slim jer" *sila baca banyak kali* hahaha Aku pun cakap kat akak tuh
ME: "saya sudah gemocks la akak" boleh pulak akak tuh tanya
K: "gemocks kah? gemocks cket jer kan takpe"..
ME: "bukan gemocks cket tapi dah gemocks banyak neh?" T__T

Tapi haruslah aku kena gumbira kan...sebab akak tuh kata aku tak gemocks² pun..kenapa akak tuh cakap cenggitu?? mau tau?? sebab..almost everyday aku beli sarapan pagi kat kedai dia sebab kedai orang lain kurang kesedapannya...hihihi Tapi aku tetap merasakan aku gemocks!! T__T Owhh...mungkin sudah terbiasa dengan kekurusan dulu lalu aku tidak dapat menerima kegemockans aku sekarang walaupun orang lain cakap ok dengan ketinggian aku.. Tapi aku nak menafikan jugakk!! Sebab berat dah terLEBIH!! huhuhu

hurmm...cakap pasal berat berlebihan neh..aku ader dapat info dari Majalah Rapi Online :
Berat Berlebihan Panjangkan Umur Manusia
Selama ini kita diberi peringatan tentang bahaya memiliki berat badan berlebihan. Sebuah kajian yang dijalankan di Australia sebaliknya mendapati golongan yang berumur 70 tahun ke atas yang memiliki berat badan berlebihan memperoleh jangka hayat tambahan sehingga 10 tahun lebih lama berbanding mereka yang sebaya dengan berat badan normal. kajian di dalam Journal of the american Geriatrics Society itu bertentangan dengan kajian asal yang mencadangkan memiliki berat badan berlebihan mengundang pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit jantung. “kajian kami mencadangkan mereka yang berumur 70 tahun dan memiliki kesihatan yang baik berdepan dengan set risiko dan kebaikan yang berbeza mengikut jumlah lemak dalam tubuh berbanding golongan yang lebih muda,” kata ketua pengkaji di Universiti australia barat, Leon Flicker. Flicker dan pasukannya menghabiskan masa selama sedekad untuk mengumpul data kesihatan lebih 9,200 warga australia berumur antara 70 hingga 75 tahun pada 1996 ketika kajian itu dimulakan.

Ok..itu sajer nak membebel pagi neh.. Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::