Pagi-pagi macam biasa aku turun nak pergi hantar anak dulu ke rumah perngasuh sebelum bergerak ke tempat kerja... Nak dijadikan cerita pagi tadi turun agak awal la sikit dari biasa... Letak anak dalam car seat dia... kunci macam biasa aku letak kat dashboard dan handbag aku letak kat bawah seat dulu sementara... Al-kisahnya ada kereta nak lalu dan aku pun tutupkan sedikit pintu untuk memberi laluan pada kereta tersebut sebab aku parking kat tepi kan....Nak bukak balik pintu boleh pulak papppp!!! Pintu terlepas!!! Haishhhh....terus zapppp.... darah naik ke muka berdebar-debar bagai nak luruh jantung....anak aku kat dalam macam mana nie??? huhuhuhu dah masa tu masih lagi di awal pagi orang pun tak ramai mana...
Kemuadian ada la pasangan suami isteri "A" lalu aku pun mintak la tolong....Abang tu tak pandai pulak nak bukak...Dia pun panggil orang yang duduk kat atas motor di blok sebelah blok rumah aku...Orang tu pun tak dapat jugak membantu sebab tak pandai...Disuruhnya aku telefon bomba...Masalahnya telefon aku pun kat dalam kereta... Nak bagi pinjam telefon dia pun tak bawak telefon....Then ada pulak pasangan "B" lain datang kebetulan dia nak pergi kerja (aku parking depan tempat parking motor...jadinya semua la penunggah motor yang tolong)..Abang tu boleh buat tapi tak ada bahan yang membolehkan dia membukak pintu tu...dia cuba pakai kunci motor dia pun tak dapat...
Kemudian ada lagi yang datang bantu tetap tak dapat jugak nak tolong bukak...Disebabkan nak hantar anak ke sekolah dan nak pergi kerja so, tak dapat la nak tolong lama-lama kan...Abang (Pasangan B) nie yang sangat berusaha membantu... Siap telefon kawan dia tanya nak bukak pintu tu macam mana... Dan isteri dia siap suruh abang tu cakap kat kawan dia suruh datang sebab ada baby kat dalam kereta...tapi orang tu nak kena hantar anak ke sekolah...yer lah kan pagi-pagi semua orang tengah sibuk kan...Last sekali aku mintak telefonkan bomba jer la sebab kesian kat dorang dah lambat nanti nak pergi kerja...isteri dia yang tolong telefonkan...Punya la lama bercakap dengan operatornya sementara menunggu sambungan ke bomba...nak telefon direct nombor bomba putrajaya tak tahu pulak...nombor ada dekat telefon tapi telefon pun dalam kereta macam mana kan...
Tengah aku duk bercakap dengan operator bomba tu ada la seorang lagi abang motor datang tolong...try jugak guna kunci motor dia...tak tau la macam mana masa tu dia buat sebab aku tengah bercakap kat telefon ... Sedang elok jer talian bomba dapat disambungkan tup bonet kereta berjaya dibukak....Abang (Pasangan B) tu masuk ikut belakang dan bukak kunci belakang...Aku pun cakap la kat encik bomba tu yang kereta baru saja berjaya dibukak atas bantuan orang ramai...sorry la pihak bomba bukan buat panggilan palsu tau...memang sangat-sangat cemas sebab takut anak aku lemas kat dalam tu...huhuhuhu
Terima kasih banyak-banyak la kat Pasangan B sebab banyak sangat membantu dari awal hingga ke akhir... Juga kepada yang lain-lain yang membantu...aku faham pagi-pagi nie orang semua sibuk dengan urusan masing-masing jadi tak boleh mengharapkan mereka sepenuhnya... Atas bantuan yang diberikan pun aku sangat-sangat berterima kasih kerana cuba jugak membantu tapi tak dapat jugak diselesaikan...
Peringatan untuk aku dan jugak yang lain supaya lebih berhati-hati lagi selepas ini terutamanya mereka yang menggunakan kereta "autolock"....
Tata!!
0 kata-kata dari kam0o yang sweet/macho:
Post a Comment