25 April 2011

::masuk tandas jangan la lupa nak kunci pintu::

pagi tadi selepas selesai membeli sarapan aku menuju ke tandas sebentar bagi membuat proses pembuangan sisa-sisa toksik yang ada didalam badan...oh ya, aku bukan masuk bersama makanan yang telah dibeli yer...aku simpan lah dulu makanan itu, takde selera nanti hoii nak makan bila dibawa masuk ke tandas...grrr.... nak dijadikan cerita seperti biasa la..aku akan menuju ke tandas yang pertama iaitu satu-satunya tanda cangkung yang ader..yang lain semua tandas duduk..aku malas sikit nak layan tandas duduk sebab kekadang tuh bersepah basah tempat duduk itu dengan air...kencing berdirikah???

haishh sudah macam melalut pulak cerita tandas ini...bukan nak cerita pasal kebersihan tandas pun...okeh sambung balik, pagi tadi aku masuk tandas terus menuju ke tandas nombor satu kan..tengok pintu tak tertutup rapat sah² la takde orang kan...kalau orang lain tengok pun macam itu jugak rasanya..aku pun terus tolak pintu dengan sopan...pastuh tetiba terdengar suara, ehh ader orang..orang didalam itu menjengukkan sikit kepalanya sesambil menahan pintu dari dibuka rakus oleh aku...aku pun ala² terkejut la..bukan lah ala² lagi tapi memanglah terkejut..hoiii akak cleaner rupanyer (sebab dia dah tunjukkan muka dia sikit kan itu yang aku tau akak cleaner)...

adoyaii aku tergamam dan terpaku sebentar terus tercakap opss sori...sebenarnya aku nak cakap lain kali kunci la pintu tuh ahkakkk oiii....nasib baik mata aku neh tak ternoda dan tak sempat berbuat dosa mengintai ahkak sedang membuat proses pembuangan besar atau kecik tidak dapat la dipastikan dicelah² pintu tandas itu...grrrrrr....saya sangat GERAM la dengan ahkakk tauu...saya pulak yang jadik malu, nasib baik takde orang...macam budak kecik jer ahkak neh tak kunci pintu...takut terkunci dari dalam ker ahkakk oiii...haishhhh...geramm lah aku...

okehh.. Tata!!

jangan lupa kunci pintu selepas masuk tandas okehh..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

20 April 2011

::tag from miss ieyza::

1.  Berikan sebanyak mungkin ciri2 pemberi tag ini yang anda tahu.
  • berjantina perempuan
  • berketinggian lebih kurang dalam 160cm barangkali
  • berat 50kg barangkali
  • boleh dikategorikan sebagai kurus jugaklah
  • lingkungan umur 20-an
  • berambut lurus dan panjang melepasi bahu
  • dari segi perwatakan..seorang yang agak manja
  • seorang setiausaha di jabatan kerajaan
  • kurang lebih begitu lah seba sedikit ciri² nya..dia mintak ciri² yer bukan sifat jadi itulah ciri² yang saya cuba kupaskan tentang pemberi tag ini... ^___^
2. Jika dalam bumi ini hanya boleh diduduki anda dan sahabat, siapa sahabat yg akan anda pilih???
  • haruslah sahabat saya yang ada diwaktu senang dan susah...terima kasih sahabat kerana menjadi sahabatku yang paling bermakna sepanjang perkenalan kita...banyak suka duka kita lalui bersama..tentang peristiwa eksiden itu...walaupun takut tapi bila diingatkan kembali kelakar pulak rasanya..dan terima kasih jugak kerana menjagaku disaat diri ini diserang demam yang agak teruk...rindunya saat 3 tahun kita berhempas pulas mengerah tenaga untuk berjaya dalam pelajaran masing²..dan kini masing² sudah berjaya walaupun diriku takdelah berjaya mana pun berbanding dengan kalian..tapi kita masih lagi tetap menjadi sahabat yang baik...dan tak lupa jugak sahabat saya di soalan nombor 6...terima kasih sahabatku.. saya nak letaklah gambar sahabat saya..^__^
*gambar 6 tahun yang lalu..hihihi*

3. Apakah makanan yang ‘least’  andai nak makan andai terpaksa?
  • rumput (?) 
4. Sms terakhir yang anda terima.
  • duk watpe tuh...
5. Iklan paling bes…….
  • iklan makan²...macma pizza, kepci, mekdi..kerana itu membuatkan saya akan cakap...ehh harus cuba makanan ini...kahkahkah..giler kuat makan sebab tuh badan makin gem0ks... ;p
6. Upload gambar anda dan sahabat anda paling chantek…
~sewaktu kami sama² menerima APC~
  • saya nak haplod gambar saya dan sahabat saya yang ini...kerana ada sebab² nya...begini ceritanya...saya mengenali beliau ketika kami sama² bekursus semasa lapor diri bagi jawatan sekarang...berkenalan seround dua..owhh dia pun orang terengganu...cukup seminggu bekursus kami diberikan surat penempatan pada hari terakhir kursus..yess!!saya dapat satu jabatan dengan orang yang saya kenal iaitu beliau...esoknya pergi lapor diri dekat jabatan tersebut dan sekali lagi..yess!! kami ditempatkan dibawah satu unit..lama kelamaan kami jadi makin rapat sehinggalah beliau minta untuk bertukar kerana penat untuk berulang alik ke terengganu memandangkan beliau menyambung pelajaran disana...tapi kami masih lagi berhubung sehingga sekarang walaupun beliau sudah meletakkan jawatan sebagai penjawat awam kerana memilih untuk menjadi pendidik di tempat beliau belajar dulu...dan beliau jugaklah bersusah-payah datang dari terengganu dan berletih-letih pulak menolong saya mencuci umah saya sekarang ini sebelum diduduki...panjangnyer cerita saya..saya nak cakap saya pilih gambar ini sebab dia selalu cakap saya cantik (sila muntah lah) dan dia selalu cakap dia tak cantik...tapi bagi saya semua orang ada kecantikan tersendiri...dan bagi saya dia adalah cantik dalam diri saya...terima kasih menjadi sahabat saya yang terbaik...
7. Hadiah paling murah pernah anda dapat
  • tak tahu sebab tak pernah pergi survey harga hadiah yang diterima...jadi tidak dapat dipastikan lah kemurahan hadiah tersebut...
8. Hadiah paling burok pernah anda dapat
  • tak pernah dapat hadiah burok sebab semua hadiah yang saya dapat baru dibeli jadi semuanya hadiah baru lah...tapi kalau orang tuh hadiahkan saya baju bundle barulah hadiah buruk sebab second hand kan...tapi setakat neh belum lagi dapat hadiah begitu....ngaaa~~
9. Komen paling bangang tentang anda
  • kenapa ko neh cantik sangat hah?? *kahkahkahkah...pengsanggggggggg* -nak bagi pelempang pong boley sebab saya reka cipta jer neh..lalalala..
10. 5 benda menarik tentang pasangan hidup anda
  • pasangan saya ada tali pinggang yang menarik
  • pasangan saya ada jam yang menarik
  • pasangan saya ada beg duit yang menarik
  • pasangan saya ada beg pinggang yang menarik
  • pasangan saya ada pakai baju dan seluar yang menarik
  • pemberi tag jangan marah saya jawab begini sebab kamu tanya benda menarik tentang pasangan saya..jadi saya jawab la benda yang menarik itu..kalau pemberi tag tanya perkara menarik tentang pasangan saya barulah saya nak jawab tentang sifat dia...agagagaga pemberi tag jangan pening yer... ^__^
11. Kenangan paling best bersama pasangan anda
  • semua kenangan bersama pasangan saya adalah best..jadi tak dapat nak diceritakan disini bagaimana bestnya kenangan itu...
12. Kenal spice girls? ‘match’kan mereka dgn sahabat baik anda…
  • kenal..mel b, mel c, posh spice, baby spice n ginger spice...saya suka lagu² dia...♫stop right now thank you very much..i need somebody with the human touch...hey you always on the run...gonna slow it down baby gonna have some fun...(nyanyi sambil menari-nari)♫..maaf lah pemberi tag ternyanyi pulaks...nak matchkan dengan sahabat saya...haishhh tak sesuai la...they all tuh semua seksi seksa tau...tapi kalau pemberi tag paksa jugak saya suruh matchkan..saya nak matchkan lah pemberi tag neh=ginger spice... boleh?? agagagaga
13. Adiah yang paling anda teringin utk miliki?
  • i-pad
  • laptop apple
  • laptop vaio
  • iphone 4
  • volkswagen kaler kuning
  • rumah bunggulo sebijik cukup
  • dan semua la gadget² yang termahal yang tak mampu saya beli
  • next besday saya boleh la hadiahkan salah satu dari senarai yang diberikan yer..
panjangnyer saya merapu kan...harap-haraplah saya dapat menang...penat saya memikirkan jawapan ini tau...sampai naik juling dah mata neh dan sampai dah muntah hijau....


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

15 April 2011

::yang pergi takkan kembali::

tadi baru jer bergelak ketawa dan bercerita tentang hal duniawi bersama rakan sekerja...dan selepas itu aku sibuk mengadap internet dan belog buruk neh...lelaki² muslim sudah mula memenuhi ruang opis menandakan mereka sudah pulang dari solat jumaat...baru jer siap satu entri aku konon² berkongsi sedikit petua untuk kelihatan sentiasa muda remaja...aku didatangi oleh salah seorang rakan sekerja yang kami gelarkan ustaz memaklumkan bahawa rakan sekerja kami telah kembali ke rahmatullah..aku sedikit terkejut walaupun tahu dia sudah berkeadaan nazak sejak beberapa bulan yang lalu...tapi aku tak pernah memikirkan yang dia akan pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya...

walaupun aku tidak berapa rapat dengan arwah tapi kami seringkali jugak bergurau-senda dan makan bersama-sama...bercerita tentang itu dan ini...arwah seorang yang sangat ceria dan baik budi pekerti..dia antara pekerja yang agak lama disini...pemergian dia membuatkan aku sedikit tergamam...menyedarkan aku betapa singkatnya hidup kita di dunia ini..dia meninggal di usia yang muda manakala anaknya masih lagi kecil...tak sempat untuk bermanja dengan ibu yang dikasihi...semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...aminnn...
AL-FATIHAH

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa

Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa



Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata



Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya



Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana



Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim



Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi



Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

terasa ingin menitik airmata saat menulis entri ini... T___T


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

::kalau nak sentiasa nampak awet muda::


hai semua!!

petang² jumaat neh macam biasa la..kat opis akan mulai rasa sunyi..almaklum ajer la...yang lelaki muslim pergi menunaikan kewajipan pada Yang Maha Esa...manakala yang perempuan pula? samada melayan mimpi disiang hari ataupun berkunjung ke jualan di sebelah opis aku neh (setiap hari jumaat ader jualan)...tapi rasanyer ramai yang berkunjung ke jualan itu...termasuk la aku sendiri..tapi aku bukan pergi shopping okehh..aku pergi mencari makanan la macam biasa kat cafe disitu...hurrmmm ramai jugak manusia² yang menyoppingkan diri mereka...aku?? dekat² hujung bulan neh mana ader gaji oii... *lambatnyer nak dapat gaji.. T____T *

ehh...melalut la pulak tentang jualan lah gaji lah...huhuhu disini nak kongsi artikel yang aku jumpa kat iluvislam neh...pada mereka² yang  ingin kelihatan awet muda sentiasa...bolehlah amalkan aper² yang patut yer...

  • Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
  • Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
  • Amalkan solat tahajud.
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif.
  • Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
Sumber : iluvislam.com



::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

14 April 2011

::BEN ASHAARI GEGAR LAGI::


nak join segmen gegar bersama enchek ben...
saper mau join sila klik banner tersebut yer..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::