Showing posts with label ♫Renungan. Show all posts
Showing posts with label ♫Renungan. Show all posts

15 June 2011

::gegar...gegarkan..gegar...gegar::

semua orang dah siap mentaip entri bagi cerita ini semalam selepas kejadian itu berlaku..tapi aku macam biasalah kan..sekarang neh kalau tengok dekat kalendar tepi tuh...seminggu sekali pun susah dah nak update entri...bukan sahaja belog yang terabai...mukabuku pun sudah aku abaikan juga...hanya layan sekejap² jer dalam waktu pejabat...haiyaaaa...kant0iii!!! hahahaha kat umah pulak memang langsung dah tak layan si mukabuku itu...kalau dulu hari² online tak boleh nak miss walau sedetik...sibuk duk layan game itu game ini....sampai setiap bulan pasti limit si begukband itu akan melebihi had dan aku tanpa segan silunya akan menambah extra limit bila ianya berlaku....tapi sekarang rasanyer dah hampir 2 bulan aku hanya bayar bulanan jer untuk si begukband itu tapi aku langsung tak menggunakannya...membazir kan??? hope kesihatan kembali seperti biasa dan aku mampu untuk mengadap cik lappy aku yang sudah lama terabai itu.... T___T

okehhh....memang aku suka mengarut bila start intro jer...nak cerita benda lain..benda lain pulak aku duk mengomel tak tentu hala...sebenarnya nak bercerita tentang gegaran yang berlaku semalam yang terkena la tempiasnya dekat kompleks opis aku ini di putrajaya...pagi² lagi aku dah dengar cerita semasa turun ke cafe untuk membeli sarapan pagi..dengar la dorang duk sok sek sok sek pasal gegaran...tapi aku memang tak tahu menahu lagi lah waktu itu...naik opis dengar la dorang duk cakap² pulak yang staf² JPA semua dah keluar...itu masa gegaran pertama la di awal pagi itu...tapi kitaorang cool jer buat kerja macam takde apa² berlaku kan...
dalam kul 10 lebih macam tuh...seksyen aku memang ader sediakan minuman pagi...gilir² la buat setiap minggu...duk la lepak² kat pantri sambil minum air sambil menganyam ketupat palas bersembang...dah agak lama jugak kitaorang duk sembang² hingga lah pegawai dari bahagian admin datang tanya ada berlaku keretakan tak akibat gegaran...kitaorang cakap la takde...pegawai tersebut cakap kat tingkat yang atas² ader la berlaku keretakan sikit pada siling...kitaorang memang tak rasa apa² pun...mungkin juga kitaorang duk kat tingkat dua jadi gegaran itu tak berapa nak terasa lah...tengah sembang², opismate nampak staf² MOSTI sudah berkumpul kat luar bangunan dari pandangan tingkap pantri yang kami tengah duk sembang²...hmmm...apa lagi..teruslah keluar dan pegawai admin tadi suruh turun...aku and da geng turun la tapi ada jugak beberapa staff tak mahu turun lagi sebab takde pengumuman apa pun...
bila dah turun tengok² orang dah ramai berkumpul kat tengah² laman tuh...kitaorang la yang otai degil tak nak keluar dari bangunan...then baru la ada dorang buat pengumuman suruh kosongkan bangunan...rasanya ada yang pengsan kot kat bangunan pejabat sebelah sebab dengar ambulans duk neno..neno..neno...mungkin dia rasa sesak nafas kot dah kalut² bagai macam tuh...sampai kul 12 lebih jugak la duk berjemur kat tengah panas tuh...ingatkan dah boleh balik ker apa...tapi bomba cakap bangunan selamat untuk diduduki...betapa memang malas nak bekerja kan....ingat nak balikk jerr....hahahaha tapi memang lah..dalam keadaan aku sekarang memang nafsu untuk bekerja itu sudah hilang...kekadang terfikir nak amik cuti tanpa gaji jer selama sebulan...huhuhuhu

okehh la...itu saja nak cerita...Tata!!

ingat nak snap gambar banyak² tapi segan pulak nak amik...sempat snap dari jauh jer...nak zoom tak boleh sebab pakai henpon murah kan... ;p


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

15 April 2011

::yang pergi takkan kembali::

tadi baru jer bergelak ketawa dan bercerita tentang hal duniawi bersama rakan sekerja...dan selepas itu aku sibuk mengadap internet dan belog buruk neh...lelaki² muslim sudah mula memenuhi ruang opis menandakan mereka sudah pulang dari solat jumaat...baru jer siap satu entri aku konon² berkongsi sedikit petua untuk kelihatan sentiasa muda remaja...aku didatangi oleh salah seorang rakan sekerja yang kami gelarkan ustaz memaklumkan bahawa rakan sekerja kami telah kembali ke rahmatullah..aku sedikit terkejut walaupun tahu dia sudah berkeadaan nazak sejak beberapa bulan yang lalu...tapi aku tak pernah memikirkan yang dia akan pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya...

walaupun aku tidak berapa rapat dengan arwah tapi kami seringkali jugak bergurau-senda dan makan bersama-sama...bercerita tentang itu dan ini...arwah seorang yang sangat ceria dan baik budi pekerti..dia antara pekerja yang agak lama disini...pemergian dia membuatkan aku sedikit tergamam...menyedarkan aku betapa singkatnya hidup kita di dunia ini..dia meninggal di usia yang muda manakala anaknya masih lagi kecil...tak sempat untuk bermanja dengan ibu yang dikasihi...semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...aminnn...
AL-FATIHAH

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa

Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa



Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata



Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya



Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana



Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim



Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi



Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

terasa ingin menitik airmata saat menulis entri ini... T___T


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

28 January 2011

::lawak ke tak lawak::

ketika mood tengah rajin untuk menghapdet belog ini...aku pun rajin nak kongsi emel yang aku dapat dari rakan sekerja...boleh lah menceriakan dan membuatkan kita tersenyum pada pagi yang sudah nak masuk tengahari dah pun...kalau nak gelak sambil terguling-guling pun sangat-sangat la dialu-alukan...tapi sila pastikan anda memakai seluar dan bukannya memakai kain kerana dikhuatiri akan menimbulkan satu kejadian aneh yang akan berlaku pada diri anda nanti dan membuatkan anda tetiba jer jadik glamer(?) ehh..mana glamer dalam keadaan yang anda tidak ingini...agagaga

ececece...panjang melebar la pulak intro neh...itu lah kalau mood nak hapdet datang kan jadi macam-²  la nak taip..tapi kalau tiada mood nak hapdet langsung kaku jari nak memulakan tariannya di dada keyboard yang hitam legam neh... +.+

okehh..jomm la baca dan kalau nak gelak sila lah gelak..kalau nak menangis pun boleh... ^__^


Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata, katanya.

Lelaki kena kahwin 3 baru OK?
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!
Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”.
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.
Suami : Contohnya?
Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. Kalau 2 kereta, jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan?
Isteri : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.


Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. huhuhu

tak tahulah nak kesian ker nak gelak...okehh mula-mula kita gelak dulu pastuh baru kita kesian ekk...hahahaha huhuhu
cerita neh diambil dari emel yang dihantar oleh rakan sepejabat jadi ianya tiada kaitan dengan pemilik belog ini yer... ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

07 October 2010

::Hakikat Pernikahan::

Hai...morning semua yang datang singgah di belog ini..Okeh pagi neh aku nak kongsi satu artikel neh kat korang semua...Jom sama² kita renung² tenung².. ^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???   
  •  Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
  •  Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal buabar jika bangkrup.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.


Renung²kanlah dan Selamat Beramal..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

09 September 2009

~[T]ake A Brea[k]~

Just For Fun [09.09.09]
::BARBIE DOLL has her 50th birthday::

::Tweety Bird is 60 years old!::

And what about all our other ....
CHILDHOOD SUPERHEROES???

::Superman::
::Thor::

::Wonder Woman::

::Batman & Robin::

::Spiderman::
"Life is short, break the rules, forgive sooner, love with true love, laugh without control and always keep smiling. Maybe life is not the party that we were expecting, but in the mean time, we're here and we can still dance....."


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

24 August 2009

~[J]angan Ucap Takzia[H]~

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.

Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

21 August 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430H

Hanya untuk ingatan kita semua…..



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:



* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);



*Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; dan



* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.



Maka Rasulullah pun mengatakan Amin!Amin!Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.



Oleh itu, saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

29 May 2009

Salty Coffee

He met her on a party, she was so outstanding, many guys were chasing after her, while he was so normal, nobody paid attention to him. At the end of the party, he invited her to have coffee with him. she was surprised, but as he was polite, she promised.They sat in a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, She felt uncomfortable, she thought, "please, let me back home".

Suddenly he asked the waiter: would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee. Everybody stared at him, so strange! His face turned red, but still, he put the salt in his coffee and drank it. She asked him curiously: why you have this hobby? He replied: when I was a little boy, I was living near the sea, I liked playing in the sea, I could feel the taste of the sea, salty and bite, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so much, I miss my parents who are still living there.

While saying that, tears filled his eyes. She was deeply touched. That's his true feeling,from the bottom of hisheart. A man who can tell out his homesick, he must be a man who loves home, cares about home, has responsibility of home.. Then she also started to speak, spoke about her far away hometown, her childhood, her family. That was a really nice talk, also a beautiful beginning of their story.

They continued to date. She found actually he was a man who meets all her demands: he had tolerance,was kind hearted, warm, careful...he was such a good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee! Then the story was just like every beautiful love story: the princess married to the prince, then they were living the happy life... And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew that's the way he liked it.

After 40 years, he passed away, left her a letter which said:" My dearest, please forgive me, forgive my whole life lie. This was the only lie I said to you----the salty coffee. Remember the first time we dated? I was so nervous at that time, actually I wanted some sugar, but I said salt. It was hard for me to change so I just went ahead. I never thought that could be the start of our communication! I tried to tell you the truth many times in my life, but I was too afraid to do that, as I have promised not to lie to you for anything. Now I'm dying, I afraid of nothing so I tell you the truth: I don't like the salty coffee, what a strange bad taste. But I have the salty coffee for my whole life since I knew you, I never feel sorry for anything I do for you. Having you with me is my biggest happiness for my whole life. If I can live for the second time, I still want to know you and have you for my whole life, even though I have to drink the salty coffee again." Her tears made the letter totally wet.
Someday, someone asked her: what's the taste of salty coffee? She replied... It's sweet.

"SOMETIMES YOU FEEL YOU KNOW THE PERSON MORE THAN ANYBODY ELSE... BUT ONLY TO REALISE THAT YOUR OPINION ABOUT THE PERSON WERE NOT AS YOU DESCRIBED. JUST LIKE THE INCIDENT OF THE SALTY COFFEE... LOVE MORE AND HATE LESSER CAUSE' SOMETIMES SALT TASTES BETTER THAN SUGAR"


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

22 October 2008

Hati Dan Perasaan

Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita Berjumpa Dengan Orang Yang Salah Sebelum Menemui Insan Yang Betul Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui Insan Yang Betul Kita Akan Tahu Bagaimana Untuk Bersyukur Dengan Nikmat Pemberian Dan Hikmah Di Sebalik Pemberian Tersebut

Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan Tertutup Yang Lain Akan Terbuka Tapi Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu Yang Telah Tertutup Itu Terlalu Lama Hinggakan Kita Tidak Nampak
Pintu Yang Telah pun Dibukakan Untuk Kita

Kawan Yang Paling Baik Ialah Seseorang Yang Anda Boleh Duduk Di Dalam Buaian Dan Berbuai Bersama Tanpa Berkata Apa-Apa Dan Kemudian Berjalan Pulang Dengan Perasaan Bahawa Itulah Perbualan Yang Paling Hebat Yang Pernah Dialami Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah Kita Kehilangannya Dan Juga Benar Bahawa Kita Tidak Tahu Apa Yang Kita Rindukan Sehinggalah'Ia' Datang

Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda Bukanlah Satu Kepastian Yang Mereka Akan Menyintai Anda Kembali! Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan. Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di Dalam Hati Mereka Tapi Sekiranya Ia Tidak, Pastikanlah Ia Terus Mekar Di Dalam Hati Anda

Ia Cuma Mengambil Masa Seminit Untuk Jatuh Hati Pada Seseorang, Satu Jam Untuk Menyukai Seseorang, Satu Hari Untuk Menyintai Seseorang Tetapi Ia Mengambil Masa Sepanjang HidupUntuk Melupakan Seseorang

Jangan Pandang Kepada Kecantikan Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu. Jangan Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan Susut. Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda Tersenyum Kerana Ia Cuma Memerlukan Sekuntum Senyuman Untuk Mencerahkan Hari Yang Suram. Carilah Yang Membuatkan Hati Anda Tersenyum

Akan Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan Apabila Anda Teramat Rindukan Seseorang Sehingga Anda Ingin Menggapainya Dari Mimpi Anda Dan Memeluknya Dengan Sebenar.Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan, Pergilah Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda TujuiDan Jadilah Apa Yang Anda Inginkan Kerana Anda Hanya Memiliki Satu Kehidupan Dan Satu Peluang Untuk Melakukan Semua Perkara Yang Ingin Anda Lakukan

Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang Cukup Untuk Membuatkan Diri Anda Menarik, Percubaan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Kuat, Kesedihan Yang Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah Seorang Insan Dan Harapan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Bahagia. Selalu Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut Seseorang.Jika Anda Rasa Ianya Menyakitkan Anda, Fikirlah Ia Mungkin Menyakitkan Orang Lain Juga. Kebahagiaan Seseorang Manusia Tidak Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang Terbaik. Mereka Hanya Membuat Yang Terbaik Dalam Hampir Apa Saja Yang Datang Di Dalam Perjalanan Hidup Mereka

Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka Yang Menangis, Mereka Yang Terluka, Mereka Yang Telah Mencari Dan Mereka Yang Telah Mencuba. Hanya Mereka Yang Boleh Menghargai Kepentingan Manusia Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka. Cinta Bermula Dengan Senyuman, Mekar Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan Tangisan. Masa Depan Yang Cerah Sentiasa Berteraskan Kehidupan Yang Lalu Yang Telah Dilupakan. Anda Tidak Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan Sempurna Sehingga Anda Melupakan Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam

Semasa Anda Dilahirkan, Anda Menangis Dan Orang Di Sekeliling Anda Tersenyum. Teruskanlah Hidup Anda Supaya Apabila Anda Mati Nanti, Andalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang Sekeliling Anda Pula Yang Akan Menangis


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

13 August 2007

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, ditangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil.Kitabegitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu,dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika."Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternat if dengan tongkat,dan lain-lain.Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. .. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... ""Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya PerangSalib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.""Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar"."Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiranmasing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.
MARILAH KITA SAMA2 SEDARBAHAWAAGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKANDENGANKEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DANHARGADIRI!!JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYABILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBATTAPIKITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. ..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

07 July 2007

Sebuah Puisi Untukmu Wanita Solehah....

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan
paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas
kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandai dari segala aspek,

Hati menyatakan kecantikan wanita
hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan
kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikandalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa
mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan
ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih
berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita
atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya
kerana kecantikannya,

Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,
bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasanadalah wanita solehah"


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::