Sabtu - keluar ronda² survey tempat nak amik lesen kereta...jupe satu tempat kat serdang yang kira ok la n murah...tp kena pi sendirik la pulak...huhuhuhuhu tp dah deal ngan member opis nak amik gak kat situ...then pi klinik coz badan aku gatal² tak tau kena aper...abis naik bintat² merah....punyer la tak tahan gatal....doktor pun tak pasti jugak, dia kata may be allergy kot....ntah la setau aku..aku takde allergy....so, dia bagi la ubat sapu n ubat untuk allergy...alhamdulliah la kurang cket merah² n gatal² nie...malam lak pi open house umah kawan faiz...lamanyer dia nie duk berborak ngan member² dia....maklum la lama tak jupe...terlepas aku nak tengok sehati berdansa...huhuhuhu
Ahad - takde citer menarik...duk umah n tengok ulangan first episode sehati berdansa coz ari sabtu tak sempat nak tengok...basuh² kain yang sebakul...main game n tdo...zzzzzzzzzz......
Isnin - ari nie merupakan ari rajin sedunia aku....ekekekeke aku kemas umah n jemur karpet yang dah lama x berjemur la kot....tuh la sebab badan aku jadik gatal² kot.....siap semua sambung tengok tv.....
28 October 2008
Agenda Hari Minggu
24 October 2008
Cinta Antara Kita
Duta:
sejak dari dulu ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu
sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg….
Baizura Kahar:
setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg….
Duta:
sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu
Baizura Kahar:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu
Duta:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyinta dirimu
Baizura Kahar:
hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg….
Duta and Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg…
********************************************************
Cinta Antara Kita - OST dalam movie Dunia Baru....mula² aku dengar lagu nie aku pernah kata ntah aper² la lagu nie...tp bila makin lama aku dengar lagu nie, best la pulak....lagu nie membawa maksud yang amat menyentuh jiwa dan kalbu bagi pasangan yang bercinta...tambahan bila pasangan tersebut berjauhan antara satu sama lain....lagu nie gak telah mengalirkan airmata seseorang....siapa??? errmmmm.....bukan terjadi kat diri aku la...tp terjadi kat budak opis aku....aku slalu pasang lagu nie kat opis...so, dia citer kat aku yang semalam dia tujukan lagu nie kat pakwe dia....pakwe dia leh mengalirkan airmata dengar lagu nie...syahdunyer...maklum la masing² duk berjauhan....
22 October 2008
Hati Dan Perasaan
Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita Berjumpa Dengan Orang Yang Salah Sebelum Menemui Insan Yang Betul Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui Insan Yang Betul Kita Akan Tahu Bagaimana Untuk Bersyukur Dengan Nikmat Pemberian Dan Hikmah Di Sebalik Pemberian Tersebut
Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan Tertutup Yang Lain Akan Terbuka Tapi Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu Yang Telah Tertutup Itu Terlalu Lama Hinggakan Kita Tidak Nampak
Pintu Yang Telah pun Dibukakan Untuk Kita
Kawan Yang Paling Baik Ialah Seseorang Yang Anda Boleh Duduk Di Dalam Buaian Dan Berbuai Bersama Tanpa Berkata Apa-Apa Dan Kemudian Berjalan Pulang Dengan Perasaan Bahawa Itulah Perbualan Yang Paling Hebat Yang Pernah Dialami Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah Kita Kehilangannya Dan Juga Benar Bahawa Kita Tidak Tahu Apa Yang Kita Rindukan Sehinggalah'Ia' Datang
Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda Bukanlah Satu Kepastian Yang Mereka Akan Menyintai Anda Kembali! Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan. Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di Dalam Hati Mereka Tapi Sekiranya Ia Tidak, Pastikanlah Ia Terus Mekar Di Dalam Hati Anda
Ia Cuma Mengambil Masa Seminit Untuk Jatuh Hati Pada Seseorang, Satu Jam Untuk Menyukai Seseorang, Satu Hari Untuk Menyintai Seseorang Tetapi Ia Mengambil Masa Sepanjang HidupUntuk Melupakan Seseorang
Jangan Pandang Kepada Kecantikan Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu. Jangan Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan Susut. Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda Tersenyum Kerana Ia Cuma Memerlukan Sekuntum Senyuman Untuk Mencerahkan Hari Yang Suram. Carilah Yang Membuatkan Hati Anda Tersenyum
Akan Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan Apabila Anda Teramat Rindukan Seseorang Sehingga Anda Ingin Menggapainya Dari Mimpi Anda Dan Memeluknya Dengan Sebenar.Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan, Pergilah Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda TujuiDan Jadilah Apa Yang Anda Inginkan Kerana Anda Hanya Memiliki Satu Kehidupan Dan Satu Peluang Untuk Melakukan Semua Perkara Yang Ingin Anda Lakukan
Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang Cukup Untuk Membuatkan Diri Anda Menarik, Percubaan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Kuat, Kesedihan Yang Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah Seorang Insan Dan Harapan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Bahagia. Selalu Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut Seseorang.Jika Anda Rasa Ianya Menyakitkan Anda, Fikirlah Ia Mungkin Menyakitkan Orang Lain Juga. Kebahagiaan Seseorang Manusia Tidak Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang Terbaik. Mereka Hanya Membuat Yang Terbaik Dalam Hampir Apa Saja Yang Datang Di Dalam Perjalanan Hidup Mereka
Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka Yang Menangis, Mereka Yang Terluka, Mereka Yang Telah Mencari Dan Mereka Yang Telah Mencuba. Hanya Mereka Yang Boleh Menghargai Kepentingan Manusia Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka. Cinta Bermula Dengan Senyuman, Mekar Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan Tangisan. Masa Depan Yang Cerah Sentiasa Berteraskan Kehidupan Yang Lalu Yang Telah Dilupakan. Anda Tidak Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan Sempurna Sehingga Anda Melupakan Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam
Semasa Anda Dilahirkan, Anda Menangis Dan Orang Di Sekeliling Anda Tersenyum. Teruskanlah Hidup Anda Supaya Apabila Anda Mati Nanti, Andalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang Sekeliling Anda Pula Yang Akan Menangis
18 October 2008
Majlis Sambutan Hari Raya
Hari rabu n khamis...2 ari berturut² tempat keje aku aderkan sambutan majlis hari raya - satu sambutan ari raya jabatan n satu lagi sambutan ari raya bahagian aku....ermmm makan sakan la aku...bermula la aktiviti membesarkan body selepas sebulan berpuasa...suasana raya masih lagi terasa....ekekekekeke ok la tuh bukan ker bulan syawal lum mengundurkan diri lagi....
ader kawan masa kat unit lama aku tanya bila aku nak pi beraya umah dia....disuruhnya aku ajak faiz pi umah dia....almaklum ajer la nak suruh berkenalan ngan husband dia coz husband dia dulu study satu tempat ngan faiz...so, kiranyer nak suruh jumpa la mana tau kot² kenal ker....hehehehe nak pi ke tak???tengok la dulu macam mana....kalu takde hal insyaAllah malam neh aku pi la beraya umah dia tuh.....
*******************************************************************
keje??? still the same.....ader jer keje urgent yang datang mengundang ke meja aku neh...huhuhu aper nak buat dah namanyer keje mesti la kena siapkan jugak.....kira ok la ader keje daripada takde keje...hehehehe kalu takde keje terasa lambatnyer masa berlalu....aper lagik lambat tunggu waktu nak balik la....ekekekekeke
14 October 2008
hari² yang sibuk
ari neh banyak keje yang nak diselesaikan...ari² sibuk datang menjenguk aku...ekekekeke dari pagi sampai ke petang ngadap ngan kerja...neh baru berpeluang aku "dating" ngan blog aku neh...aper yang nak ditulis ari neh...
petang tadi masa pi solat zohor aku jupe ngan opismate aku masa kat Unit L dulu...dia bagitau aku yang sijil n surat induksi umum aku dah sampai....lepas solat aku pi amik kat dia....punya la lama aku tunggu ari neh baru la dapat....member² satu kursus yang kerja kat utara majoriti dah dapat seminggu lepas tuh...risau la gak, mana la tau kot² tak lulus ker....hehehe
*********************************************************
jumaat - abis kerja aku ikut budak opis balik umah dia kat seremban....aku tido kat sana coz esoknyer nak pi kenduri kawin bos aku kat temerloh....sampai umah dia lepas maghrib.....mandi² n solat, gosok baju untuk kenduri esok....lepas tuh kitaorang kuar nak pi carik adiah tp sampai² kedai semua dah tutup la...huhuhuhu tak jadik beli adiah bantai la main bowling satu game....hehehe then balik makan² pastu tido.....
sabtu - pagi² lagi dah bangun...maklum la ari neh nak pi kenduri kawin kan....hehehe konon nak gerak kul 9 pagi...tup² terlajak kul 10 pagi baru nak gerak...biasa la pompuan la katakan....pi kuala pilah dulu amik kawan liza sebagai pemandu pelancong...ekekekekeke sampai tempat kenduri dekat ngan kul 1 tengahari....siap makan, bergambar n jumpa ngan pengantin, kitaorang bertolak balik....tp tak balik terus....hehehe sempat lagi singgah 2 buah umah, pi beraya skali la umah kawan² liza...dalam kul 8 malam baru gerak balik ke seremban dari kuala pilah.....berjalan sakan la satu ari tuh....
malam tuh ngah syok² aku tido tiba² perut aku sakit lak...tengok jam baru kul 1.42 pagi....aku kena cirit-birit...huhuhu pastu perut aku meragam lagi kul 3.30 n 5.01 pagi....aiyooo kurus la aku kali neh....ingatkan abis la cirit birit aku tuh...tup² perut aku sambung lagi la ragam dia tuh....total aku melawat to*let = 5 kali....agak² la baper kilo dah turun berat aku ek...hehehehe ntah aper la yang aku makan.....maklum la makan kat banyak tempat.....huhuhuhu
ahad - balik putrajaya.....



