23 November 2011

::Happy Besday::

wahh...tahun neh hari besday aku jatuh pada tarikh yang sangat cantik iaitu pada 20.11.2011..bagi aku lagi cantik la dari tarikh 11.11.11 kan...ekekekeke nak jugak lebih tuh...ramai yang berebut² nak jadikan tarikh itu sebagai tarikh istimewa contohnya macam pernikahan, pertunangan dan jugak apa² jer la yang berkaitan...tapi bagi aku tak perlu la nak berebut tarikh itu untuk diraikan supaya menjadi satu kenangan yang terindah kan...tapi memang dah jadi hari terindah dalam hidup aku...tak perlu pergi cari dan cop awal² aku nak tarikh tuh...hahahaha berlagak la kunun ehhh..agagagaga nasib jer lah kan terkena tarikh cantik...sekali dalam seumur hidup tuh...

harijadi aku tahun neh aku sambut bersama encik suami tercinta...first time lah sambut besday bersama insan yang bergelar suami kan dan jugak bersama baby yang masih dalam kandungan neh...kebetulan pulak pada tarikh harijadi aku encik suami punya sedara kahwin...so, sambut la harijadi kat kenduri kahwin...hahahaha tak sempat la nak makan² macam biasa...dah makan kat umah orang kenduri haruslah perut pun mula mengenyangkan diri...huhuhu tapi tidak mengapalah kan...tak semestinya pada harijadi kita tuh nak kena sambut meriah bagai kan..cukup la sekadar ingatan dari orang yang tersayang... ^__^

malamnya tuh baru la encik suami bawak aku pergi makan² macam biasa lah kan...dah banyak kali makan kat secret recepi pun tetap nak makan kat situ jugak...tapi tetiba pulak nak makan kat secret recepi kan..so, pergi jer lah menuju ke alamanda...macam biasa lah menu aku...malas nak tukar menu² lain sebab memang tekak aku nak makan makanan itu jer...apa lagi kalau bukan chicken cordon bleu bersama kek coklat indulgance dan encik suami pulak makan chicken black pepper dengan air coklat with whipered cream lah..aku kali neh tukar selera lak nak minum air fresh oren...hehehehe

dah siap makan² mengenyangkan perut...then pergi beli barang kejap pastuh terus lah balik ke umah...hehehe

entri yang tiada gambar sebab malas nak transfer gambar from telefon ke dalam komputer... ^.*


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

20 November 2011

::20.11.2011::

Today is my birthday
Happy Birthday To Me!!
^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

21 October 2011

::kembali menaip???::

hmmmm...tetiba terasa jari neh rajin pulak nak menaip pada pagi yang tak berapa nak indah neh...al-maklum la...terkurung dalam opis jadi tak berapa nak indah lah kan...kalau menyedut udara pagi kat luar tuh baru lah indah...hihihihi dah berbulan-bulan belog aku neh dibiarkan sepi tanpa cerita..kalau ader cerita pun ader ker orang nak baca? hahahaha hari neh tak tau kenapa jari neh tersangat rajin nak menaip tapi tak tahu apa yang nak ditaipkan atau untuk dicoretkan disini...sekarang neh idea sangat tidak ada untuk bercerita...bukan kata takde cerita tapi bila mahu saja mencoretkan sesuatu penceritaan itu idea mula la lari bertempiaran meninggalkan kepala wutaksku yang sangat bijak ini...

semalam pergi check-up ibu mengandung macam biasa...hari sebelumnya macam biasa jugak kena buat BSP untuk check paras gula dalam darah sebab aku sangkut ada kencing manis semasa mengandung waktu minum air gula pada bulan puasa yang lepas...time tuh jugak aku punya HB low...banyak dugaan yang dihadapi pada bulan puasa yang lalu...banyak cerita tapi itu lah macam aku cakap tadi bila nak menaip idea mula melarikan diri...kehkehkeh so far semalam semuanya ok...now dah 33 minggu, sudah tidak lama mahu menerima orang baru dalam hidup aku sekeluarga...hope semuanya berjalan dengan lancar...tidak sabar jugak menantikan saat itu...al-maklum jer la ini adalah pengalaman pertama melalui saat² sebegini...

baby sekarang sudah semakin aktif bergerak...jadi agak senang la nak buat carta pergerakan setiap hari berbanding diawal2 hari tuh coz nak menunggu dia gerak punyalah lama..tapi bila waktu malam mula la aktif bergendang gendut tali kecapi...hehehehe semalam time check-up nurse check la kepala baby ok dah ada kat bawah..then nurse tuh bagitahu time nurse sentuh nak check tuh cepat² baby pusingkan kepalanya...kepala dia bergerak la coz ader orang sentuh..hehehe teringat lak masa pergi scan dulu nak tengok jantina..bila doktor scan jer kat kawasan tuttt...doktor dapat tengok sekejap jer coz dia dah tutup kaki dia...malu lah kot...hihihihi itu yang doktor tak pasti...plus pulak aku pergi scan time dah 32 minggu...doktor kata baby dah besar so agak sukar lah cket nak nampak...seeloknya dalam 20 - 25 minggu dah leh tengok coz masa tuh dia kecik lagi...tapi tak kisah lah lelaki ker perempuan ker, janji baby kat dalam neh sihat walafiat bila keluar nanti...tapi macam biasa la kalau dapat perempuan seronok sikit nak beli barang coz barang perempuan semua cantik²...aku kan suka pada benda² yang cantik and opkozz la pink kalerr....ahahahaha

nak cerita pasal apa ek lagi...macam dah takde yang nak ditaip...tapi macam nak teruskan menaip pulak..meroyan lak aku neh pepagi buta...mentang² la big boss takde kan pergi kursus...jadi enjoy sakan la kiranyer....tapi enjoy lah sangat kan...macam lah aku neh takde keje...keje tuh menanti untuk dibuat...pasneh aku  buat la...nak menaip dulu sampai lebam...tapi tak lebam² jugakk...sengallll~~~

ok lah nak stop dah sampai sini...kang meroyann sampai subuh lak tak publish² pulak ini entri...
Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

04 August 2011

::kembali ke pangkal jalan::

hohoho...rasa tajuk tiada kaitan pun dengan aper yang kau nak taip di sini...ngee~~ cuma dah lama sangat belog aku sepi tanpa cerita..kemalasan semakin menjadi-jadi sejak dua tiga empat lima enam menjak neh....hoii banyak sungguh nombornyer.. ngee~~ en.sawang pong sudah mula menyukai belog aku neh untuk membuat corak² yang cantekkk itu...canteekkk ker?? lalalallala
hari neh pun dah masuk hari ke-empat umat islam di seluruh dunia berpuasa...dan aku pun alhamdulillah dapat berpuasa penuh lagi setakat neh walaupun sering mengalami masalah perut kembung sejak mula berpuasa...selepas berbuka dan sebelum bersahur pulak aku akan muntah²..may be sebab angin dalam badan neh la kot...ader jugak tanya pokcik gugel bagaimana nak mengatasi perut kembung bagi ibu² hamil neh..tapi tak berapa nak menepati pertanyaanku...hihihihi tanya budak opis pun memang ader yang jadik macam tuh...then dia suruh sapu minyak yuyee kat tapak kaki jer...aku pon tak berani nak letak minyak sebab ader terbaca tak elok sapu minyak panas kat perut masa tengah mengandung...tapi kawan opis cakap sapu kat tapak kaki takpe tapi jangan guna minyak panas...just guna minyak yuyee cap limau tuh...itu memang la minyak kegemaranku...memang aku takde minyak panas kat umah coz aku hanya guna minyak tuh saja..jadi kira ok la kan..hehehe

cuma tak rasa tak berapa selesa la bila perut neh masuk angin...rasa loya dan pening² pun akan menyusul sekali...tapi selagi tak memudaratkan aku dan kandunganku..aku akan teruskan jugak berpuasa...en.suami pun ader pesan kalau tak larat sangat, dia suruh aku berbuka jer...aku pun macam tuh jugak, kalau memang aku rasa dah tak tertahan kang aku akan berbuka lah kan...

okeh...Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

05 July 2011

::jalan-jalan menyibukkan diri::

Tarikh : 2 & 3 Julai 2011
Lokasi : Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang

wahhh...pada minggu lalu aku telah menyibbukan diri ini dengan mengada-ngada nak ikut en.suami pergi kursus dekat BGRC tuh...nasib la tempat kerjanya boleh kalau nak bawak famili ke aper kan..tapi ader caj la sikit yang dikenakan pada para keluarga yang mahu ikut serta...ikutkan hati memang aku tak nak ikut tapi memandangkan aku tak berapa nak sihat dan duk sorang² kat umah jadi aku pun tanya la nak ikut boleh ker tak...then dia kata boleh coz ader yang bawak famili jugak..aku apa lagi haruslah mengambil kesempatan ini kan sesambil feeling mood bercuti...kehkehkeh

pagi sabtu seawal jam 7.30 pagi lagi kami dah bertolak menuju ke desnitasi yang telah pun dijanjikan...dalam pukul 10.30 macam tuh lah kami pun sampai lah ke tempat yang dituju...sesampai sana en.suami menguruskan kerja²nya sebagai ajk dan menguruskan bilik² bagi peserta² yang masih belum tiba lagi...dalam pukul doblas tengahari jugak lah peserta² yang datang dengan bas sampai...aku pulak hanya menunggu jer la kat ruang lobby tuh sementara dapat kunci bilik...dah dapat kunci bilik duk lepak² dulu then tunggu en.suami untuk lunch sesama..sesudah itu aku landing la sementara en.suami meneruskan aktivitinya pergi main paintball bersama peserta² yang ado..
petangnya gi jalan² cuci² mata kat kedai gift shop..aku takde beli apa pon..just beli baju n fridge magnet jer...malam tuh ada BBQ tapi aku tak join sebab skang neh aku kurang cket makan malam..aku just beli roti jer nak wat alas perut...kalau tak makan langsung kan nanti masuk angin pulak..biasa malam² aku makan bubur tapi mana la nak cari bubur kat situ kan..ehehehe
esoknya sesudah majlis penutup kursus en.suami, haruslah makan tengahari dulu sebelum check out...sesudah check out kami menuju ke water park pulak..mana² yang datang dengan transport sendiri tuh pergi la hari ahad ke water park coz boleh balik lambat...mana yang naik bas tuh pergi hari sabtu sebab ahadnya dah nak balik kan pada waktu yang telah ditetapkan..nak dijadikan cerita en.suami terjumpa kawan sekolah dia yang keje dekat situ..apa lagi kami dapat makan free plus pelampung free...takyah nak beli², takyah nak sewa²...semua kawan en.suami yang sponsor...barang² pun tumpang kat dia punya bilik jer...takde lah terbang nak sewa locker sampai berbelas-belas ringgit...dah jimat kos kat situ...ehehehe
dah penat bergelak guling bergumbira...dalam kul 6.30 petang kami pun bertolak pulang...hohoho sangat lah penat kepala pun sudah mula kepening-peningan...sampai umah pun dalam kul 1 pagi...balik jer jumpa katil terus bummmmm....ketidorannn...

okehhh...Tata!!.

aku tengok kursus opis en.suami neh dah macam family day pulak...feeling² honeymoon pun yer jugak sebab tak sempat lagi mahu honeymoon lah katakan...huahuahuahua


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::