Showing posts with label ♫Besday. Show all posts
Showing posts with label ♫Besday. Show all posts

11 December 2012

Selamat Hari Lahir Sayang

 
 Hari nie 11/12/12 jam 11.04 pagi genaplah setahun hero aku yang comel itu mengenali dunia... terasa cepat masa berlalu... anak ibu dah besar...hehehehe di usia setahun dah boleh berjalan dan mula mengikut tindak tanduk perbuatan orang-orang dewasa... kelakar pulak... nampak selipar sibuk nak pakai selipar orang...pegang telefon kalau kita cakap hello nanti dia letak kat telinga... jumpa jam dia pakai kat tangan... kalau nampak kita pegang stokin nak pakaikan kat dia, dia dah siap bagi kaki...hohohoho kesimpulannya tak boleh buat benda yang tak elok yer depan anak aku... nanti dia mengikut sekali perbuatan itu...hoiii anak-anak jaman sekarang nie cepat sungguh...
Teringat pulak saat-saat mahu melahirkan si kecil nie... berhari-hari duk dalam wad tapi tak nak jugak dia keluar dari perut ibu... sudahnya keluar ikut tingkap... tak kisah lah kan janji anak ibu selamat dilahirkan ke dunia... macam rindu pulak saat pertama kali menyusukan si kecil... bila teringat saat itu rasa sangat...sangat...syahdu la pulak... comelnya kamu waktu itu... hanya tahu merengek bila lapar... alhamdulillah kamu tidak banyak ragam di saat ibu susah untuk bergerak kerana operation...
Seawal umur empat bulan kamu dah mula meniarap...
Lima bulan pula mula nak merangkak...
Lapan bulan dah mula boleh berpegang pada sofa...
Sembilan bulan dah mula nak memanjat sofa...
Sepuluh bulan alhamdulillah dah mula berjalan...
Tapi...giginya belum tumbuh lagi...hehehehe
Ntah bila giginya mahu tumbuh yer... takpe lah nanti lambat sikit gigi tu nak rosak... Ibu akan cuba jaga pemakanan kamu... setakat ini alhamdulillah mampu lagi menyediakan bubur kamu sebagai bekal ke rumah pengasuh... no sugar no salt yer... takpe lah kalau orang nak kata bubur kamu tiada rasa... tapi tetap ada rasa sebab dah di olah buburnya dicampur bersama sedikit  kismis atau kurma...dengan aku boleh lah lagi aku tak bagi makan makanan yang tak sepatutnya... tapi bila balik kampung...abisss langgar pantang...huhuhu tapi setakat ini my mom takde lagi bagi makanan yang ntah apa-apa yang si kecil aku sebab dia tau aku jaga makanan dia...hihihihi
Kalau nak cerita tentang si kecil nie memang tak habis... ada-ada saja telatah dia yang comel tu buat aku geram dan kekadang tu kelakar pun ada...

okeh la... tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

23 November 2011

::Happy Besday::

wahh...tahun neh hari besday aku jatuh pada tarikh yang sangat cantik iaitu pada 20.11.2011..bagi aku lagi cantik la dari tarikh 11.11.11 kan...ekekekeke nak jugak lebih tuh...ramai yang berebut² nak jadikan tarikh itu sebagai tarikh istimewa contohnya macam pernikahan, pertunangan dan jugak apa² jer la yang berkaitan...tapi bagi aku tak perlu la nak berebut tarikh itu untuk diraikan supaya menjadi satu kenangan yang terindah kan...tapi memang dah jadi hari terindah dalam hidup aku...tak perlu pergi cari dan cop awal² aku nak tarikh tuh...hahahaha berlagak la kunun ehhh..agagagaga nasib jer lah kan terkena tarikh cantik...sekali dalam seumur hidup tuh...

harijadi aku tahun neh aku sambut bersama encik suami tercinta...first time lah sambut besday bersama insan yang bergelar suami kan dan jugak bersama baby yang masih dalam kandungan neh...kebetulan pulak pada tarikh harijadi aku encik suami punya sedara kahwin...so, sambut la harijadi kat kenduri kahwin...hahahaha tak sempat la nak makan² macam biasa...dah makan kat umah orang kenduri haruslah perut pun mula mengenyangkan diri...huhuhu tapi tidak mengapalah kan...tak semestinya pada harijadi kita tuh nak kena sambut meriah bagai kan..cukup la sekadar ingatan dari orang yang tersayang... ^__^

malamnya tuh baru la encik suami bawak aku pergi makan² macam biasa lah kan...dah banyak kali makan kat secret recepi pun tetap nak makan kat situ jugak...tapi tetiba pulak nak makan kat secret recepi kan..so, pergi jer lah menuju ke alamanda...macam biasa lah menu aku...malas nak tukar menu² lain sebab memang tekak aku nak makan makanan itu jer...apa lagi kalau bukan chicken cordon bleu bersama kek coklat indulgance dan encik suami pulak makan chicken black pepper dengan air coklat with whipered cream lah..aku kali neh tukar selera lak nak minum air fresh oren...hehehehe

dah siap makan² mengenyangkan perut...then pergi beli barang kejap pastuh terus lah balik ke umah...hehehe

entri yang tiada gambar sebab malas nak transfer gambar from telefon ke dalam komputer... ^.*


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

20 November 2011

::20.11.2011::

Today is my birthday
Happy Birthday To Me!!
^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

09 April 2011

::seperais besday celebration::

hajat dihati nak buat tajuk seperais besday party...tapi bukan buat parti sangat pon..just celebrate jer...tapi..tapi..tapi..ehhh bertapi-tapi lagik...huhuhu bukan sambut besday aku..besday aku lambat lagi nak tiba...nak kena tunggu sampai hujung baru lah kita sambut ramai-ramai my besday kan..kan..kan.. ;p

nak dijadikan cerita pagi semalam duk kecok² dah pasal besday timbalan pengarah aku...aku pun tak tahu la kenapa tiba² pulak nak sibuk pasal besday² timbalan pengarah neh..sebelum² neh takde pulak kan...lepas tuh takde aper² pun yang berlaku..just kecoh² macam tuh jer la..then buat la kerja macam biasa...al-maklum la ari jumaat neh macam malas pulak nak kerja...hihihihi

dah sampai waktu rehat macam biasa lah..tiap² minggu pergi menapak kat jualan yang ader dekat bangunan opis sebelah..kalau dulu jualan tuh hanya ader selepas gaji saje...tapi ntah macam mana pulak skang neh tiap² minggu ader...sajer la tuh nak menghabiskan duit orang² macam aku yang suka sangat dengan shoppinggg....hikhikhik

dah abes waktu rehat dalam pukul 3 petang macam tuh...semua dipanggil ke bilik mesyuarat...mmmmm aku dah agak mesti nak buat sambutan besday untuk timbalan pengarah kan..kan..kan...haaa betul la sebab dah nampak dua bijik kek kat atas meja..satu coklat kek (my favorit..hehehe) dan kek mangga....tapi kek jer la sebab tak buat preparation kan...just buat on da dot terus..tuh pon sebab ader salah sorang big boss yang sponsor...hehehe dapat la makan kek secret recipe dengan free...nyummyyy tummyyyy...sedapnyerr...

*gambar sumbangan pokcik gugel sebab malas nak tangkap*

lepas tuh bagi ucapan keterharuan serba sedikit dan bacaan doa...it's time to makannnnn....hihihihi 
macam tuh la ceritanyer serba sedikit tentang seperais besday celebration neh... ^__^

tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

22 November 2010

::Happy Belated Besday::

wahhh...lama gilerr tak menaip entri baru...hahaha Tak tau kenapa kemalasan itu begitu menebal dalam diri...nak kata aku sibuk takde la sibuk sangat pun...sedangkan game pun boleh main (?) Inikan pula nak hapdet belog buruk neh kan...sampai nak taip entri untuk besday sendiri pun takde masa ker?? huhuhu takde masa la sangat kan...kehkehkeh

Anyway...thanks to all yang wish besday aku melalui phone dan jugak MukaBuku...melalui media elektronik jer takde orang nak wish...lallalalala Orang lain ingat jer nak wish aku punya besday..tapi Mr.F boleh lupa pulak aku punya besday...waaaaaa sedihnyer...huh!! Terlalu sibuk katanyer menguruskan itu dan ini...adiah aku pun kena la postpone dulu...huhuhu

Takpe la mari kita nyanyi ramai²..hahaha

♫Happy Birthday To Me♫
♫Happy Birthday To Me♫
♫Happy Birthday Happy Birthday♫
♫Happy Birthday To Me♫


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

22 August 2010

::Happy Birthday::

♫Happy Birthday To YOU♫
♫Happy Birthday To YOU♫
♫Happy Birthday To Mr.F♫
♫Happy Birthday To YOU♫
On 20 August 2010
*******************************
Not Happy Birthday to me la.... It's my Mr.F Besday. HIHIHI Selamat menjalani hari² tua yang saban tahun ianya mencemburui dirimu. Dan yang pastinya saya tetap muda dari kamu dan sila kamu jangan menjeles dengan saya kerana ianya adalah kenyataan yang sukar diterima oleh kamu. Sungguh kejam ayat itu..HAHAHA
pic credit to mr. google

Saya tiada kek untuk kamu.. Tapi kek yang saya dapat darik pokcik google neh kira boleh jugak la yer. Tidak dapat kek pun tak mengapa sebab saya telah mengenyangkan dan membuncitkan perut kamu dengan Secret Recipe.. Pastinya kamu sangat gumbira dapat makan free kan? kan? kan?dan saya pula berduka melihat duit² saya telah pergi meninggalkan saya begitu saja. Dan kamu bertambah-tambah gumbira lagi bila mendapat hadiah telefon bimbit dari saya.. Sungguh besar bajet yang telah dikeluarkan sempena besday kamu yang ke-tettt...Biarlah rahsia...MIAHAHAHA

Tapi tidak mengapa, saya yang rela hati untuk berbuat demikian.. HIHIHI Setahun sekali tidak mengapa berbelanja besar sedikit untuk kamu..Bulan November nanti saya balas dendam balik la yer..Nak request itu dan ini, jadi harap kamu bersedia la dari segi mental dan juga wang ringgit..lallalala
Nota jari: Tiada gambar untuk ditepek didada belog ini..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::