18 February 2011

::dipukul bapa kerana tudung::

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Business man yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. 

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

dikutip dari emel rasmi aku...kahkahkah


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

16 February 2011

::arrgghhh...terdelete current template pulak::

wuwuwuwu...nak nangeh dalam iman jap...sob..sob..sob...tadi sedikit kerajinan nak mencuba dan menukar template baru...dengan lajunya tangan ini  mengeliks edit kat dashboard itu...mata dah tengok itu adalah yang aku punya tester belog...dengan confidentnya aku dengan jari yang laju mengeliks ini telah menghapload dan terus menekan button delete untuk proses seterusnya bagi melihat hasil sesuai dengan jiwa aku atau tidak....sesudah sahaja aku tekan delete itu terus mata aku terpandang pada tajuk belog kat atas...owhhh.... tidakk... tidakk... tidakkkkkk....demmmm...aku terdelete dekat aku punya current belog rupanyer terus la mendownkan mood aku yang tengah rajin nak try and error neh...

tapi takpe lah dah memang nasib nak jadik begitu kan..kena la terima dengan hati yang tak berapa nak terbuka neh...dah la aku lupa nak simpan atau save template tuh...teraba-raba la aku mencarik template yang lama tapi hampa sekali sebab dah banyak yang aku delete...wuwuwuwu pastuh dalam kesedihan mencarik dan meneropong kuman² dilautan itu akhirnya aku jumpa jugak satu template yang aku simpan...tapi semua aku punya blog list terdelete sudaa...

memang saja lah kan nak suruh aku merajinkan dan menserabutkan otak aku neh untuk mengedit belog yang baru kan...haishhh....disaat-saat kerajinan yang hilang neh memang la sahaja nak bagi dugaan sebegini pada aku...owhh...takde lah berat pon dugaannyer sajer jer nak mengada-ngada dengan berlebih-lebihan...lalallalala sebab terdelete template lah ader jugak isi aku nak menulis kat belog comey neh *haishhh...perasannyer nyahhh...wekkk* 

ok..tata!!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

14 February 2011

::apa ader pada tarikh hari ini ~14 februari~::

ececece...hengat  nak tulis hari ini dalam sejarah tapi hagak² macam tidak berkaitan lah pulak kan...apa ader pada tarikh hari  neh yer? 14 februari ~ hahh..mestilah korang semua akan terus ingat pada hari valentine kan? kan? kan? tipu ahh kalu u ols kata tak ingat hari itu...tapi aku bukannya nak bercerita sakan pasal nak sambut valentine bagai...sebagai umat islam kita memang diharamkan untuk menyambut hari itu...

tapi kalau aku nak sambut jugak boleh tak? hahaha bukan nak sambut hari valentine tapi sambut hari ulangtahun pertunangankus..alolololo ngegada pulak nak sambut kan walhal dah selamat diijabkabulkan pon..kahkahkah elok sangat la tuh..tunang raya cina tahun lepas..kahwin pon time raya cina jugak...haishh orang cina sibuk nak beraya haku sibuk nak berkenduri-kendara...lalalalalla

sebenarnyer memang aku terlupa tarikh itu..tuh pun semalam la en.suami tanya ingat tak hari neh tarikh aper..aku wat muka blurr jer..pastuh dia pon cakap la kan ulangtahun pertunangan kami...hekkk...aku pon sambung la..eleh dah kahwin pon nak sambut ulangtahun haper bagainyer...gelak la mak mertua haku..kahkahkah satu lagi hari neh tarikh besday dia punya anak buah kesayangans lorr...sama la pulak ehh tarikhnyer...

sajer jer nak menaip itu la wat cerita merapu-meraban neh..tapi ini adalah kisah benar...aku tak pernah sekali pun buat entri pasal pertunangan aku..konon² rahsia la kan...hahaha memang semua orang tak tahu kecuali orang² terdekat jer..ramai yang tahu pun bila hari untuk langsung dah dekat...maap la yer kawan² semua, takde niat pun nak main hide and seek..tapi sajer jer nak low profile kan....hahahaha

siyes tak pernah sekali pon aku sambut hari valentine a.k.a hari kekasih neh sebab hari² adalah hari kasih sayang... ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

::Cerita Kahwin::

Dah bersawang habis aku punya belog neh..sudah lama tidak mencoret-coret segala perkara yang berlaku dalam kehidupan aku sejak akhir² neh..diri neh sangat sibuk dalam menguruskan persiapan kahwin aku yang dah selamat belangsung pada 5 Februari 2011..terima kasih kepada ahli keluarga yang terlibat yang bersusah payah menguruskan urusan kenduri..Alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah..cuma aku la sedikit kelam kabut masa pagi nak akad nikah tuh...dah la sampai lambat boleh pulak alas nikah tertinggal kat umah..nasib baik umah aku dengan masjid tak jauh..aper lagi anak buah aku memecut balik la pergi amik alas nikah tuh..hehehe

Aku memang tak cukup tidur sebab malam tuh tido kul 3 pagi...esoknya nak kena bangun awal lagi coz nikah kul 9 pagi...neh semua gara² orang pelamin datang pasang pelamin lambat...dah dekat kul satu pagi baru nak datang pasang...memang la berlaku sedikit ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan yang diberikan..dah tau pelamin tuh dah ditempah dulu kenapa lak leh nak bagi dekat orang yang ader majlis yang dekat² tarikhnya...kan dan menyusahkan namanyer..boleh pulak datang lambat sebab g bukak pelamin kat umah orang dulu baru datang pasang kat umah aku..ari tuh beria cakap nak kena datang pasang awal...

Satu hal lagi tentang mak andam terlampau dah tau dia amik job neh patutnya dia kena la tunggu sampai majlis sanding tuh abis..setahu aku la kan..tapi dia tak datang masa belah sandingnyer sebab aku amik mekap ngan orang lain untuk sanding..boleh pulak suruh pak andam tuh yang handlekan semuanya..masalahnyer pak andam tuh ader nak g mekapkan orang tempat lain pulak..sebabnyer dia tukang mekap jer bukan tukang uruskan persandingan acara renjis menrenjis dipilis neh..bukan aper la kan..aku amik ngan orang lain pun sebab dengan dia kena pergi mekap kat kedai, so aku decide yang dalam pakej tuh mekap sekali aku amik untuk mekap nikah..dah la time kenduri masing² sibuk..mana nak g mekap kedai lagi nak layan tetamu lagi...pagi tuh takpe la boleh aku pergi...sudahnya aku lambat sampai kat masjid...

Aper pun semuanyer dah selamat...pendek kata tentang perkhidmatan aku amik dengan butik pengantin tuh memang hancuss la...highly not recommended pada sesiapa yang nak amik kat situ...hahaha giler jahat aku..tapi kira aku baik lagi la tak sebut nama butik tuh kat sini...okess sedikit gambar pada hari tersebut... ^__^
 


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

28 January 2011

::lawak ke tak lawak::

ketika mood tengah rajin untuk menghapdet belog ini...aku pun rajin nak kongsi emel yang aku dapat dari rakan sekerja...boleh lah menceriakan dan membuatkan kita tersenyum pada pagi yang sudah nak masuk tengahari dah pun...kalau nak gelak sambil terguling-guling pun sangat-sangat la dialu-alukan...tapi sila pastikan anda memakai seluar dan bukannya memakai kain kerana dikhuatiri akan menimbulkan satu kejadian aneh yang akan berlaku pada diri anda nanti dan membuatkan anda tetiba jer jadik glamer(?) ehh..mana glamer dalam keadaan yang anda tidak ingini...agagaga

ececece...panjang melebar la pulak intro neh...itu lah kalau mood nak hapdet datang kan jadi macam-²  la nak taip..tapi kalau tiada mood nak hapdet langsung kaku jari nak memulakan tariannya di dada keyboard yang hitam legam neh... +.+

okehh..jomm la baca dan kalau nak gelak sila lah gelak..kalau nak menangis pun boleh... ^__^


Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata, katanya.

Lelaki kena kahwin 3 baru OK?
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!
Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”.
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.
Suami : Contohnya?
Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. Kalau 2 kereta, jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan?
Isteri : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.


Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. huhuhu

tak tahulah nak kesian ker nak gelak...okehh mula-mula kita gelak dulu pastuh baru kita kesian ekk...hahahaha huhuhu
cerita neh diambil dari emel yang dihantar oleh rakan sepejabat jadi ianya tiada kaitan dengan pemilik belog ini yer... ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::