14 February 2011
::Cerita Kahwin::
28 January 2011
::lawak ke tak lawak::
ketika mood tengah rajin untuk menghapdet belog ini...aku pun rajin nak kongsi emel yang aku dapat dari rakan sekerja...boleh lah menceriakan dan membuatkan kita tersenyum pada pagi yang sudah nak masuk tengahari dah pun...kalau nak gelak sambil terguling-guling pun sangat-sangat la dialu-alukan...tapi sila pastikan anda memakai seluar dan bukannya memakai kain kerana dikhuatiri akan menimbulkan satu kejadian aneh yang akan berlaku pada diri anda nanti dan membuatkan anda tetiba jer jadik glamer(?) ehh..mana glamer dalam keadaan yang anda tidak ingini...agagaga
ececece...panjang melebar la pulak intro neh...itu lah kalau mood nak hapdet datang kan jadi macam-² la nak taip..tapi kalau tiada mood nak hapdet langsung kaku jari nak memulakan tariannya di dada keyboard yang hitam legam neh... +.+
okehh..jomm la baca dan kalau nak gelak sila lah gelak..kalau nak menangis pun boleh... ^__^
Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata, katanya.
Lelaki kena kahwin 3 baru OK?
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!
Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”.
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.
Suami : Contohnya?
Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. Kalau 2 kereta, jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan?
Isteri : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.
Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. huhuhu
tak tahulah nak kesian ker nak gelak...okehh mula-mula kita gelak dulu pastuh baru kita kesian ekk...hahahaha huhuhu
cerita neh diambil dari emel yang dihantar oleh rakan sepejabat jadi ianya tiada kaitan dengan pemilik belog ini yer... ^__^
27 January 2011
::hutang yang perlu dibayar::
| JUMLAH PINJAMAN : RM 1xxxx.00 |
| JUMLAH BAYARAN DITERIMA : RM 5xxx.00 |
BAKI PINJAMAN : RM 6xxx.00 hurmmm....masih lagi berbaki banyak hutang aku...setelah mendapat surat amaran menyatakan aku perlu membayar tunggakan almost 5riban, aku mula la rasa macam takut la konon²nya.. ;p aku pun hairan lah jugak kan sebab aku bayar tiap² bulan tapi tetap jugak sampai surat menyatakan aku tak bayar dan perlu membayar tunggakan itu...hekkk...terus lah aku nak marah kan... call pihak yang berwajib bertanya tentang kes itu..aku bertanya la kenapa pulak sampai surat amaran sedangkan aku bayar setiap bulan walaupun ader jugak bulan yang tak terbayar disebabkan mempunyai lain-lain perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan...tapi takde lah sampai 2 3 bulan tak bayar...sekadar miss sebulan jer..uhuhuhu then pihak berwajib itu cakap aku tak bayar ikut rate yang ditetapkan...haisshhh aku pun memang terlupa rate setiap tahun itu akan berubah...jadual pembayaran diberi ketika kontrak perjanjian pinjaman diberikan...masalahnya cik kak oii...kontrak itu sudah lama masa zaman pembelajaran dulu...sudah lupa kat mana ianya berada...mungkin sudah dihanyutkan banjir... T___T sepatutnya la kan pihak berwajib itu kena la bagi balik surat nyatakan sekali rate bayaran bulanan mengikut tahun semasa...kalau boleh bagi pada setiap tahun mungkin untuk mengingatkan peminjam itu... tapi sedikit ketidakpuasan hati la bila mana aku yang buat bayaran ini mendapat surat amaran itu kan..ader sesetengah kawan aku yang membuat pinjaman yang sama pun takde pulak kena..sedangkan dia belum membuat bayaran balik pun...tapi tidak mengapa lah kan..saya redha jer la..dah nasib aku kan...ehh...sekejap saya sekejap aku...takpe lah malas nak tekan backspace...hahahaha setelah berunding dengan pihak berwajib, aku mintak la nak bayar dalam 1riban dulu sebab aku memang sedang memerlukan duit sekarang untuk urusan yang perlu diselesaikan...tapi pihak berwajib menyuruh aku bayar separuh daripada tunggakan itu...takpe lah aku pun bayar jer lah kan daripada sampai surat saman kan baik lah bayar dengan segera... T__T mungkin la jugak ader hikmah disebalik semua yang terjadi ini... sebenarnya kejadian ini sudah lama berlaku..kira² pada penghujung tahun lepas...tapi sajer jer nak buat cerita jugak kan....lalallalala |
24 January 2011
::98% sudah siap::
17 January 2011
::Kepenatan Mencari Cincin Untuk Lelaki::
ader saper² tau tak kat mana nak cari kedai yang jual cincin platinum?





