07 October 2010

::Header Baru Lagi::

Yeayyyy...Akhirnya aku berjaya jugak menyiapkan header baru yang tak seberapa neh..Sudah lama rasanya mahu mencipta header untuk belog aku yang sangat comeyy tak berapa nak comeyy sangat neh..Tapi macam biasa la, kemalasan dalam diri aku yang menebal neh tak pernah nak nipis²...Aku dah siap simbah ngan asid sulfurik (?) pun dia tak nak nipis² jugak...Makin tebal lagik ada la..

Okeh...mari kita tengok header aku kat atas tuh.. Cantik tak?? Cantik tak?? Sila la puji ianya cantik tertarik dia memang tak dab0ommm...hahaha
Ok dahh...itu sajer.. Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

::Hakikat Pernikahan::

Hai...morning semua yang datang singgah di belog ini..Okeh pagi neh aku nak kongsi satu artikel neh kat korang semua...Jom sama² kita renung² tenung².. ^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???   
  •  Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
  •  Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal buabar jika bangkrup.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.


Renung²kanlah dan Selamat Beramal..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

06 October 2010

::Ehh...Aku Dah Kurus?::

hoh..Tajuk sangat tabuleblah langsung...hahaha Tetiba hari neh 'ter'rajin pulak nak hapdet belog di pagi² hari neh... Sampaikan tak bukak lagi emel yang boss hantar.. Kena boss tanya dulu baru perasan emel belum bukak..kahkahkah Padan muka boss aku kan?? Nasib baik boss sangat baik dan tidak garang dan dalam mood yang ok dan kenapa banyak sangat dan aku pun tidak tahu...hohoho

Ehh..tetiba pulak cerita tiada kaitan ngan tajuk di atas.. Okehh..okehh.. Mari kita menyanyi dan menari..ehh  bukan la...mari kita berfikir sejenak.. Betulkah aku sudah kurus? Kalau la betul, ehh...haruslah gumbira sangatt..sangat..dan sangatt la gumbira yang tidak terkata okehh...kihkihkih

Alkisahnya, pagi tadi macam biasa la, sampai sajer kat opis, terus pergi cafe mahu beli sarapan pagi.. Pagi tadi bantai Nasi Lemak plus ayer neskopi...Alhamdulillah..kenyang sudaa...hihihi Hari neh akak yang jual kat kedai yang selalu aku beli makanan tuh cakap..

K: "awak jugak tak perlu risau mahu makan apa yer, tetap slim jer" *sila baca banyak kali* hahaha Aku pun cakap kat akak tuh
ME: "saya sudah gemocks la akak" boleh pulak akak tuh tanya
K: "gemocks kah? gemocks cket jer kan takpe"..
ME: "bukan gemocks cket tapi dah gemocks banyak neh?" T__T

Tapi haruslah aku kena gumbira kan...sebab akak tuh kata aku tak gemocks² pun..kenapa akak tuh cakap cenggitu?? mau tau?? sebab..almost everyday aku beli sarapan pagi kat kedai dia sebab kedai orang lain kurang kesedapannya...hihihi Tapi aku tetap merasakan aku gemocks!! T__T Owhh...mungkin sudah terbiasa dengan kekurusan dulu lalu aku tidak dapat menerima kegemockans aku sekarang walaupun orang lain cakap ok dengan ketinggian aku.. Tapi aku nak menafikan jugakk!! Sebab berat dah terLEBIH!! huhuhu

hurmm...cakap pasal berat berlebihan neh..aku ader dapat info dari Majalah Rapi Online :
Berat Berlebihan Panjangkan Umur Manusia
Selama ini kita diberi peringatan tentang bahaya memiliki berat badan berlebihan. Sebuah kajian yang dijalankan di Australia sebaliknya mendapati golongan yang berumur 70 tahun ke atas yang memiliki berat badan berlebihan memperoleh jangka hayat tambahan sehingga 10 tahun lebih lama berbanding mereka yang sebaya dengan berat badan normal. kajian di dalam Journal of the american Geriatrics Society itu bertentangan dengan kajian asal yang mencadangkan memiliki berat badan berlebihan mengundang pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit jantung. “kajian kami mencadangkan mereka yang berumur 70 tahun dan memiliki kesihatan yang baik berdepan dengan set risiko dan kebaikan yang berbeza mengikut jumlah lemak dalam tubuh berbanding golongan yang lebih muda,” kata ketua pengkaji di Universiti australia barat, Leon Flicker. Flicker dan pasukannya menghabiskan masa selama sedekad untuk mengumpul data kesihatan lebih 9,200 warga australia berumur antara 70 hingga 75 tahun pada 1996 ketika kajian itu dimulakan.

Ok..itu sajer nak membebel pagi neh.. Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

30 September 2010

::Cacing ke Ulat?::

Semalam perut aku macam biasa menyanyi-nyanyi merayu aku untuk memberi makan..hahaha Aku dengan rajinnya pergi ke dapur dan bersedia untuk memasak semangkuk kuew teow sup.. Setelah siap menyediakan bahan² yang ingin aku campak ke dalam masakanku nanti, aku pun ambil la sayur kobis dan bunga kobis untuk dipotong..
Pic credit to mr. google
Disini la bermula kisahnya...ececece macam saspen la sangat kan!! Hoh!! langsung la takde maknanya nak saspen.. ;p Aku pun amik la sayur kubis dan bersedia untuk memotong.. Sekali aku tengok ader something yang kaler macam merah² gitu.. hoii..terus berdiri tegak bulu² roma aku.. Liang lahad roma aku pun turut terbuka dengan meluas sekali..hahaha *tetiba* Lepas tuh aku terus masukkan balik dalam plastik dan... Boommmm!! Dengan rakus aku campak ke dalam tong sampah... ♫♫Gelliiii Mattt..matttt....mattt...♫♫

Terus niat untuk masak aku tetiba mati disitu...Lalu aku pun terus tido..okess aku tipu... T__T Mood untuk masak sudah hilang.. Tapi memandangkan perut ini begitu asyik menyanyikan lagu keroncong.. Aku pun masak jer la.. Tapi aku tak letak kobis itu yer..Letak jer mana yang ada.. Tetiba lak aku teringat housemate aku dulu pernah kena jugak.. Aku yang sedang asyik ngadap FB kat bilik tetiba meluru keluar bila mendengar satu jeritan yang kuat.. Ingatkan haperr.. Rupanyer menjerit sebab terjumpang cacing dalam sayur kobis yang baru dibeli itu.. Cacing itu sangat la panjang..besarr...dan sihat.. Nampaknya ia mendapat khasiat yang cukup hingga membesar seperti itu...Sekarang terjadi kat aku pulak.. Nasib cacing tuh kecik jer.. Tapi tetap la aku menggelikan diri yer...huhuhu

Tengah taip entri ini pun boleh berdiri bulu roma aku..ngan bulu2 idong sekali mendirikan diri mereka..agagaga
Okeyy.. Tata!!

ehh...memang dalam sayur kobis ada cacing ker??


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

27 September 2010

::Cerita Kosong::

Tidak tahu apa yang hendak dicoretkan.. semakin hari semakin pantas idea melarikan diri.. hoh sesungguhnya sakit malas tuh yang menebal bukannya idea yang lari..wekkk.. ehh...tapi betul la apa yang aku cakap neh.. jadik sampai sini saja.. bai!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::