20 September 2013

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!
I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…
And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!
They are selling for Hello Kitty products through online!
Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Hello Kitty Energy Necklace”
(Value: RM207 each).
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:
==> http://www.hellokittymalaysia.com
This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:
==> http://www.hellokittymalaysia.com
If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)

Join Lucky Draw Now


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

20 March 2013

Pengalaman - Kereta Terkunci

Pagi-pagi macam biasa aku turun nak pergi hantar anak dulu ke rumah perngasuh sebelum bergerak ke tempat kerja... Nak dijadikan cerita pagi tadi turun agak awal la sikit dari biasa... Letak anak dalam car seat dia... kunci macam biasa aku letak kat dashboard dan handbag aku letak kat bawah seat dulu sementara... Al-kisahnya ada kereta nak lalu dan aku pun tutupkan sedikit pintu untuk memberi laluan pada kereta tersebut sebab aku parking kat tepi kan....Nak bukak balik pintu boleh pulak papppp!!! Pintu terlepas!!! Haishhhh....terus zapppp.... darah naik ke muka berdebar-debar bagai nak luruh jantung....anak aku kat dalam macam mana nie??? huhuhuhu dah masa tu masih lagi di awal pagi orang pun tak ramai mana... 

Kemuadian ada la pasangan suami isteri "A" lalu aku pun mintak la tolong....Abang tu tak pandai pulak nak bukak...Dia pun panggil orang yang duduk kat atas motor di blok sebelah blok rumah aku...Orang tu pun tak dapat jugak membantu sebab tak pandai...Disuruhnya aku telefon bomba...Masalahnya telefon aku pun kat dalam kereta... Nak bagi pinjam telefon dia pun tak bawak telefon....Then ada pulak pasangan "B" lain datang kebetulan dia nak pergi kerja (aku parking depan tempat parking motor...jadinya semua la penunggah motor yang tolong)..Abang tu boleh buat tapi tak ada bahan yang membolehkan dia membukak pintu tu...dia cuba pakai kunci motor dia pun tak dapat...

Kemudian ada lagi yang datang bantu tetap tak dapat jugak nak tolong bukak...Disebabkan nak hantar anak ke sekolah dan nak pergi kerja so, tak dapat la nak tolong lama-lama kan...Abang (Pasangan B) nie yang sangat berusaha membantu... Siap telefon kawan dia tanya nak bukak pintu tu macam mana... Dan isteri dia siap suruh abang tu cakap kat kawan dia suruh datang sebab ada baby kat dalam kereta...tapi orang tu nak kena hantar anak ke sekolah...yer lah kan pagi-pagi semua orang tengah sibuk kan...Last sekali aku mintak telefonkan bomba jer la sebab kesian kat dorang dah lambat nanti nak pergi kerja...isteri dia yang tolong telefonkan...Punya la lama bercakap dengan operatornya sementara menunggu sambungan ke bomba...nak telefon direct nombor bomba putrajaya tak tahu pulak...nombor ada dekat telefon tapi telefon pun dalam kereta macam mana kan...

Tengah aku duk bercakap dengan operator bomba tu ada la seorang lagi abang motor datang tolong...try jugak guna kunci motor dia...tak tau la macam mana masa tu dia buat sebab aku tengah bercakap kat telefon ... Sedang elok jer talian bomba dapat disambungkan tup bonet kereta berjaya dibukak....Abang (Pasangan B) tu masuk ikut belakang dan bukak kunci belakang...Aku pun cakap la kat encik bomba tu yang kereta baru saja berjaya dibukak atas bantuan orang ramai...sorry la pihak  bomba bukan buat panggilan palsu tau...memang sangat-sangat cemas sebab takut anak aku lemas kat dalam tu...huhuhuhu

Terima kasih banyak-banyak la kat Pasangan B sebab banyak sangat membantu dari awal hingga ke akhir... Juga kepada yang lain-lain yang membantu...aku faham pagi-pagi nie orang semua sibuk dengan urusan masing-masing jadi tak boleh mengharapkan mereka sepenuhnya... Atas bantuan yang diberikan pun aku sangat-sangat berterima kasih kerana cuba jugak membantu tapi tak dapat jugak diselesaikan...

Peringatan untuk aku dan jugak yang lain supaya lebih berhati-hati lagi selepas ini terutamanya mereka yang menggunakan kereta "autolock"....

Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

13 March 2013

Baby's Food - Bihun Sup




Setiap hari mesti pening kepala nak masak apa la untuk si hero tecik aku tu untuk makan petang/malam...huhuhu biasanya akan bagi makan roti, pancake, bubur nasi atau makanan-makanan lain yang boleh ditelan untuk si hero aku yang baru ada gigi tiga batang...hikhikhik satu tahun tiga bulan baru tumbuh gigi tiga batang...gigi yang masih lagi fresh tau....hahahahaa

Bukan takat makanan anak jer buat aku pening...maskaan untuk si bapaknyer jugak perlu disediakan...untuk aku sendiri kalau rasa lapar baru aku masak lebih...kalau tak aku hanya makan roti atau biskut jer...tengok pada tahap kelaparan perut lah.....kalau kelaparan yang maksimum haruslah memasak dengan berlebihan sedikit... kalau kelaparan itu pada tahap yang minimum cukuplah air milo dengan roti ajer...hewhewhew dietkah??? teng..teng..teng...

Semalam duk tengok-tengok group penyediaan makanan untuk baby nie, ada lah terjumpa yang buat bihun sup nie...katanya 8 bulan ke atas dah boleh bagi makan bihun...so, aku tak ikut resepi tu pun...just masak sama macam bubur jugak lah...cuma tumis sikit bawang then buat la sup biasa jer...letak ayam dengan carrot...bihun tu aku kacau-kacau bagi dia hancur sikit sebab anak aku kan belum mepunyai gigi yang cukup untuk mengunyah...sampai sekarang masih lagi makan bubur nasi....cuma dah tak blend macam dulu-dulu la...nasi ada jugak bagi tapi sangat...sangat...sangat...lah jarang...sebab nanti poo..poo dia keras....huhuhuhu ajar makan sikit-sikit jer dulu...

Okeh lah itu saja nak membebel... Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

06 February 2013

Baby Set Giveway bernilai RM260.60

Okeh...hari nie jenjalan buat lawatan belog terjumpa pulak giveaway yang menarik... Dan tetiba pulak terasa ehh nak join lah...kot-kot rezeki kan mana lah tau... Tuah ayam nampak di kaki... Tuah aku terpilih la untuk jadi pemenang...hewhewhew

Giveaway by UMAIRAHARIS

Menarik kan hadiah yang ditawarkan...hehehe semoga aku bertuah lah untuk tahun 2013 nie...ehehehehe

Ini nak letak sekali gambar my hero kesayangan...
Ini lah kesayanganku yang sorang nie..
Nama : Fatih Najwan Hadif
Umur : 1 Tahun 1 Bulan
Jantina : Lelaki

Okeh itu saja...dan semua syarat telah diikuti... Tata...


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

29 January 2013

Intro ~ Baju-Baju Comel Untuk Baby

Okeh...intro jer dulu... Sebenarnya dah lama buat kecil-kecilan nie sejak dua tiga empat menjak ada baby sendiri kan...jadi teruslah berminat untuk jualan barangan baby nie... mula start buat pertengahan tahun lepas tapi sekadar gitu-gitu jer...sebab masa tak berapa nak mengizinkan... jadi customer pun yang gitu-gitu jer lah kan...hewhewhew Nie baru start nak war-warkan dekat belog... tapi kalau nak laju haruslah dekat FB kan... nanti-nantilah dulu dekat FB tuh..sebab memang ada buat FB khas untuk meniaga nie tapi belum nak launch bebetul lagi...ecececece so nak intro lah dekat belog nie dulu...kalau ada...ada lah...kalau takde..rezeki masing-masing kan...

ADIDAS 10 BLUE JUMPER
RM35
SAIZ: 6-12M / 12-18M / 18-24M
KOREAN STYLE BOY SET
RM40
SAIZ: 100 (3Y) / 110 (4Y) / 120 (5Y) / 130 (6Y) / 140 (Y)
BOY 2 PCS SET GREY LONG JEANS
RM56
SAIZ: 80 / 90 / 100

KOREAN STYLE BOY STRIPE SET
AVAILABLE IN TWO COLORS : GREEN / BROWN
RM37
SAIZ: 100 / 110 / 120 / 130 / 140
SAMGAMI EMBRODARY BOY JUMPER
AVAILABLE IN TWO COLOR : WHITE / NAVY BLUE
RM42
SAIZ: 80 / 90 / 95

KOREAN AUTUMN LONG SLEEVED
SHIRT+LEGGING+HAIRBAND
RM40
SAIZ: 100 / 110 / 120 / 130 / 140
FLOWER SHORT SLEEVE JUMPER
WITHOUT HEADBAND
RM35
SAIZ: 80 / 90 / 100
BLACK & WHITE STRIPE ROMPER
RM37
SAIZ: 80 / 90 / 95
 
SAMGAMI SUMMER RED BLOUSE + SHORT PANT
RM47
SAIZ : 80 / 90 / 100 / 110 / 120

Berminat boleh emel saya di nickindajungle@gmail.com okeh...


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

25 January 2013

Futsal

gambar ini adalah di cilok dari pokcik gugel...

Hari rabu lepas ada dapat emel daripada Kelab Bahagian opis aku,,,ada dianjurkan kejohanan futsal untuk kakitangan bahagian sahaja... mungkin untuk mencari pemain bagi wakil bahagian untuk kejohanan futsal antara bahagian pulak kot...pada anggapa aku la sebab belum pernah dibuat kejohanan futsal kalau  main dalam bahagian sahaja...yang ada pun bowling jer la... emmmm aku agak gementar jugak sebab memang berhajat untuk aktif kembali bersukan setelah dua tahun aku stop terus hokayyy...no jogging no training between two years tuh...hoihhh sangat lah kan mencabar stamina diri aku nie nanti... dah la sekarang nie badan bagaikan dipam-pam...dah nak jadi tong gas dah nie...hewhewhew

Memang aku ada bercakap-cakap dengan kawan-kawan aku nie pasal nak main futsal semua bagai...tup..tup... pagi nie datang kerja ada la seorang Hamba Allah datang pada aku dan bagitahu suruh aku handle pasukan futsal untuk wanita bagi seksyen aku...okehh...setakat cari orang kan senang jer pun walaupun agak payah untuk memujuk kawan-kawan untuk main nie...hahahha tapi aku dah lali dengan itu semua...memang dari dulu sampai sekarang akan aku dengar jawapan yang sama... "ala...saya tak pandai la main...saya dah lama la tak bersukan.." dan macam-macam lagi lah yang akan keluar dari mulut mereka...aku just...okayyy...takpe nanti kalau nak main sila bagi nama kat saya yer...hewhewhew

Tadi pergilah aku menanya mereka-mereka ini untuk pasuka futsal wanita bagi bahagian bahagian aku nie...dan seperti yang kau jangka jawapan mereka itu...hahahaha tapi dapat jugak aku kumpul tujuh orang...ala main cukup syarat jer...nanti nak masuk dalam SKT hujung tahun nie kan...hikhikhik aku pun bukanlah pandai sangat pun nak sepak bola bagai nie...tapi hentam jer lah labu...memang dah minat kot sejak kali pertama terjebak dengan sukan futsal dari tahun 2008 dulu...then 2011 terus stop dampai lah sekarang baru nak bermula balik...semoga stamina aku masih lagi mampu untuk berlari bagai...hahahaha haruslah semput nie...tapi buat-buat jer la tak semput...hihihihi

Rasanya ini saja yang mampu untuk dicoretkan...Tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

03 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Harap tak terlambat la nak wish happy new year kepada semua umat manusia kat muka bumi ini... Okeh mood malas sudah kembali dan 30 days blog challenge adalah tidak dapt disiapkan...huhuhuhu ini adalah kerana penulis belog yang sedang mengalami kemalasan berganda ini sedang bercuti di Perak pada masa masa dan ketika itu... hewhewhew bukan lama pun perginya tapi entah lah dengan kelam kabut kerja di hujung tahun membuatkan mood untuk berbelog terus hilang dengan kesibukan kerja... Jadi sampai hari ke-24 jer challenge yang mampu aku siapkan...huhuhu

pic from gugel


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

24 December 2012

Day 24 - A photo of something that means a lot to you

Banyak gambar yang memberi seribu makna dalam hidup aku... Suka duka kehidupan semuanya ada dalam gambar yang menceritakan seribu kisah...

 
Rindu nak bersukan seperti dulu-dulu kala masa sebelum melangkah ke alam perkahwinan... bukan disebabkan aku dah kahwin jadi tak boleh nak main dah suka semua bagai... tapi masa ada sukan tu aku dah pun berisi... jadi stop dulu sementara sampai lah sekarang.. my baby pun dah 0ne year...huhuhu 

 Disaat sah bergelar seorang isteri...huhuhu dah ada tanggungjawab sebagai seorang isteri dah....macam tak percaya pulaks....hihihihihi

 
Alhamdulillah aku dikurniakan zuriat yang comel lagi hensem pada awal perkahwinan... rezeki datang cepat syukur sangat-sangat walaupun tak sempat nak ber madu bulan bagai... ehh...ayat apakah?? tengok bulan kat langit jer lah sambil makan madu boleh?? ngeee~~~
 
Kawan-Kawan alam maya aku..yang aku kenal dekat forum sepaku suatu ketika dulu..tak sangka jadi serapat ini... still sampai sekarang dan sampai bila-bila...kenal dari bujang sampai lah dah kahwin dah beranak-pinak...masih lagi berhubung rapat dan saling kunjung-mengujungi melawat anak-anak yang baru dilahirkan ke muka bumi Allah ini...semoga akan sentiasa kekal persahabatan ini..

Tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

23 December 2012

Day 23 - 15 facts about you

Nak describe pasal diri sendiri sangatlah macam bajet hot...ehh tak lah kot...lebih macam masuk bakul angkat sendiri lah jugak... tapi aku masuk lif nak suruh orang yang tolong tekan..boleh?? hewhewhew

Okeh... mari kita mulakan dengan 15 perkara itu...

  1. Aku seorang perempuan
  2. Aku seorang perempuan yang cantik...lalalala
  3. Aku seorang yang sudah berkahwin
  4. Aku seorang yang sudah mempunyai seorang hero yang hensem
  5. Aku seorang kakitangan kerajaan
  6. Aku seorang yang sayangkan keluarga aku
  7. Aku seorang yang kelakar..maybe!
  8. Aku seorang yang suka makan...
  9. Aku seorang yang sudah menggemoks
  10. Aku seorang yang malas..hewhewhew
  11. Aku seorang yang tak suka nak masak tapi kena masak
  12. Aku seorang yang tinggi
  13. Aku seorang yang sukakan benda comel-comel
  14. Aku seorang yang bawak kereta manual
  15. Aku Adalah AKU

Okeh itu sajalah yang aku dapat mengarut... aku hentam jer lah apa yang berkaitan dengan aku tuh yer...
Tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

22 December 2012

Day 22 - A letter to someone who has hurt you recently

Macam tak nak lah jawab soalan yang macam ini...sebabnya memang takde lah... setakat emel-emel tu ada la...tapi takde la feeling semacam sampai macam dalam drama tuh...huhuhu jadi kesimpulannya.....





TAK ADA


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

21 December 2012

Day 21 - A photo of something that makes you happy


Mesti pelik kan kenapa gambar di atas yang boleh membuatkan aku happy...hahahaha dengan meja kerja yang bersepah..macam lah orang lain tak sibuk...hohoho kerja yang 'sangat' digemari di hujung tahun dimana orang sedang bergembira cuti sehingga tahun baru....huhuhu

Nak tau tak kenapa?? Kalau tak nak tahu pun tak apa..aku nak bagitau jugak... kesibukan kerja dihujung tahun memang tidak dapat di elak lagi lah oleh aku selagi alu membuat kerja-kerja ini... aku hsppy bila semua kerja-kerja ini selesai hokeyy...

Itu saja..hahahaha tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

20 December 2012

Day 20 - The meaning behind your blog name

http://sunflowerindajungle.blogspot.com

Nama sunflower adalah disebabkan aku sangat menyukai bunga sakura...ehhh... bukan..bukan...sakura... tapi bunga sunflower lah... kalau sakura mestilah nama dia sakuraindajungle kan...ngee~~ apa lah yang aku merepek nie...
cantik kan?? berseri-seri gitu...macam aku lah...

"Indajungle" pulak adalah suka-suka hati aku lah nak letak apa kat belakang nama itu...saja rasa macam unik jer sunflower di dalam hutan... ada ker?? sebab tak ada lah aku letakkan begitu... barulah jadi unik gitu...hewhewhew
takde kan sunflower kat dalam hutan tu?? ngee~~

Okeh lah itu saja penerangan aku... tata

semua gambar adalah ehsan pokcik gugel


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

19 December 2012

Day 19 - Another picture of yourself

Ini adalah gambar aku pada 35 tahun akan datang... okehh jangan gelak... tetap menten cunnn kauu... hahahaha

Cantik kan?? Okehhh sila jangan menggelak dekat nenek di atas itu ok..nanti dia akan menangis tak berlagu...hewhewhew

Aku jumpa apps dalam henpong aku ini menjadikan diri aku mentuakan diri...


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

18 December 2012

Day 18 - Something you crave a lot

saya sangat sukakan gadjet hokeyy... kalau boleh setiap bulan nak bertukar henpong baru....tapi nak buat macam mana sebab saya tidak mengkaya kan..jadi pakailah apa yang ada...hohoho

Dulu kini dan selamanya tetap menggilakan laptop vaio ini...huhuhu sampai sekarang masih belum mendapat...walaupun si acer hitamku sudah nazak..tak tau lah dah arwah ke belum sebab tak antar masuk wad ICU lagi sejak dia nazak nie...kalau ikutkan sekarang memang dia koma...huhuhuhu aku hampir mendapat laptop ini pada harijadi tahun yang sudah lepas...bila encik suami mentanya nak ker laptop tu? kalau nak jom kita pergi beli... hoii bagaikan orang yang mengantuk di sorongkan bantal...tapi aku tak amik bantal tu dan tidur...aku tolak tepi ada la si bantal itu...sebabnya aku nie berpikir masa tu aku dah menunggu hari jer untuk melahirkan hero hensem aku tu...nanti nak pakai banyak duit lagi...jadi aku batalkan niat aku tu...aku kata tidak mengapalah...nanti ada duit kita beli la lain kali...tapi tak tahu lah model ini masih ada lagi ke tidak...sampai sekarang aku masih mengimpikan kamu wahai si pinky vaio....

Satu lagi pun laptop jugak... tapi Macbook Air... hanya berangan jer lah untuk memiliki sebabnya memang tak mampu lah haiii... kalau ada duit pun akan disimpan untuk kegunaan masa hadapan...tapi kalau ada yang nak hadiahkan sangatlah dialu-alukan...hihihihi

Okeh itu saja...henpong tidak termasuk yer sejak dua tiga empat menjak mendapat cik putih gabak itu untuk besday ini tahun...ngee~~~~ tahun depan harus berfikir nak ngepow apa pulak untuk besday....hewhewhew...
 
Tata

Gambar adalah semua ehsan pokcik gugel


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

17 December 2012

Day 17 - A photo of you and your family

Me with my lovely family...

Gambar ini masa aku kahwin...
Yang nie masa kenduri sebelah lelaki...
Okeh.. Semua adik beradik aku dan mak ayah aku dan anak buah aku ada..
Yang tak adanya adalah kakak sulung aku sebab dia tengah pening....
Pening kepala sebab duduk kat orang kompang..
hewhewhew...sian kat kakak....


Okeh...inilah kakak aku yang cantik tu...
Yang pakai baju MALAYSIA lagi kauu...
Semangat gitu...tapi bukan masa gi tengok bola pun..

Okeh...itu sajalah..
Tata...



::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

16 December 2012

Day 16 - Your celebrity crush

Siapa?
My Celebrity Crush?
Siapa? Siapa? Siapa?


Siapakah dia? hewhewhew...
Jawapan dia TAK ADA la....

Memang tak ada pun....
Setakat suka-suka gitu-gitu jer...
Tak ada like crazy la...
huhuhuhu..

Tata...

Gambar pokcik gugel hokey...


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

15 December 2012

Day 15 - Something you don't leave the house without

Semestinya adalah....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Kunci Rumah....

Yer tuan-tuan dan puan-puan...ianya adalah kunci rumah... kalau mentiada kunci rumah macam mana lah nak mengeluarkan diri dari gate rumahku syurgaku itu kan.... betul tak? betul tak? betul tak? ehehehehe


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

14 December 2012

Day 14 - A TV show you're currently addicted to

Kalau ikutkan banyak lah yang aku suka tengok... cuma masa jer sempat dengan tidak nak mentengoknya....huhuhu

Antara yang menarik menjadi pilihan mata aku untuk mentengok tanpa gagal....hamboiii kemain lagi kau tanpa gagal gitu...hikhikhik

Maharaja Lawak Mega 2012

Betul Bohong?

Merlin
Okeh...Betul Bohong dan Merlin adalah bertembung waktu siarannya... kesimpulannya yang menjadi pilihan adalah Merlin sebab ditayang di TV3 tiada ulangan rasanya kot... Kalau Betul Bohong ada ulangan pada keesokkan harinya...hihihihi


Itu jer lah kot buat masa sekarang yang memang betul-betul menjadi keminatan aku...huhuhu keminatan?? Tata

Gambar semua adalah dari ehsan pokcik gugel


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

13 December 2012

Day13 - Your favourite musician and why?

gambar from pokcik gugel
 
Aku tak ada favourite musician.. hanya suka dengar lagu yang memang telinga aku boleh terima.. tak kira lah genre muzik apa pun...selagi gegendang telinga aku boleh terima makanya aku suka lah... Jadi jangan tanya kenapa? why? Sebab memanga tak ada. Titik. Noktah. Full Stop.

Tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

12 December 2012

Day 12 - A photograph of the town you live in

Ini adalah kampung halaman aku... Dilahirkan dan dibesarkan ditempat  ini...


Ini pula adalah tempat  aku tinggal sekarang... Mencari rezeki di tempat orang....


 Semua gambar adalah di ambil dari pokcik gugel..

Sekian... tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::