08 December 2012

Day 8 : A song to match your mood

Mempersembahkan lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Saloma....hihihihi Mood kawen-kawen gitu sebab hari nie ada kenduri kawen sedara encik suami....

Itu saja... tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

07 December 2012

Day 7 : Your dream wedding

Skip boleh tak?? Tak nak jawab soalan ini sebab dah kawennn.... Jadi dah takde lah dream dream wedding bagai nie... Tapi nanti tak besh pulak kan sebab tak menyahut cabaran untuk membuat ini tajuk....hewhewhew cabaran lah sangat kan... Kalau macam tu aku tak nak buat tentang dream wedding  lah.. Tapi tentang wedding aku yang tak berapa nak dream tu yang sudah lama berlalu itu... Lagipun masih belum lagi aku letak kat belog ini sebab kemalasan yang melampau katakan...huhuhuhu

Dah jadi kebiasaan lah kan setiap wanita mahukan majlis yang sempurna untuk hari bersejarah itu... Tapi biasa lah kan kalau semuanya mencari last minit jadinya yang glam-glam semua dah di tempah orang lah...dah la kawen time tarikh yang memang ramai manusia tengah mengkawenkan diri pada masa dan ketika itu...

Tema pilihan Aku : Hitam-Merah-Putih

Baju untuk akad nikah adalah dibeli iaitu baju kurung moden yang berwarna putih dah baju encik suami pula adalah ditempah.... Mekap lak dari mak andam terlampau butik pengantin yang aku amik pakej pelamin lah kan...berkejaran aku paginya sebab nak kena pergi mekap kat kedai...sudahnya aku amik mekap untuk sanding dengan orang lain...huhuhuhuu dan sesungguhnya sangatlah tidak aku berkenan dengan mekap akad nikah ku itu...dream yang tak kesampaian disitu....
Lepas dah selamat akad nikah
Baju merah plus hitam adalah menjadi pilihan tapi last minit katanya baju takde... masa mula-mula pergi kata ada dan bila aku balik pulak untuk fitting katanya takde pulak...dah ada yang amik katanya....hadoiii dah lah jauh...apa salahnya kalau mesej atau call bagitau kata takde kan..nie tak mesej apa pun...bila pergi jumpa kata butiknya barulah di beritahu....sudahlah baj encik suami pulak terkecik saiznya...dah pulak leher takleh nak butang...haiyaaaa....satu lagi dream yang tak kesampaian...ending tema warna baju adalah maroon dan grey...dua persalinan lah kiranya... Satu lagi adalah warna grey dan warna baju ku dengan encik suami sangatlah nampak perbezaannaya...huhuhuhu
Baju kaler maroon hokayyy...

Lihat perbezaannya....
Aku takde masalah dengan pelamin... Pelamin adalah aku suka... Seperti yang aku nakkan...
Pelamin bersama dayang cilik...
Kek pun adalah OK! Aku takde masalah dengan itu sebab aku tempah kek sekali harung dengan butik itu...
Kek tiga tingkat hokayyy...

Tema Pilihan En.Suami : Oren-Putih

Kenduri sebelah encik suami adalah semua aku suka...Mekap cantik! Pelamin simple - OK! Baju sangat puas hati dan OK! Baju lelaki sangat segak dan bergaya siap dengan aksesori lagi... Kiranya dream wedding kat sebelah lelaki lagi berjaya lah kan seperti yang aku dan encik suami nak...

Photographer adalah OK! Aku amik yang murah jer tapi kira ok lah dengan bajet yang ada... Cover di kedua-dua belah pihak...

Okehh...habis tentang dream wedding yang  tak berapa nak dream sangat lah... tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

06 December 2012

Day 6 : A photo of an animal you'd love to keep as a pet



Okeh... tak nak cerita banyak-banyak... Ini adalah haiwan peliharaan yang menjadi pilihan aku jika aku nak menyimpannya di rumahku syurgaku itu... (menyimpan?) hohohoho kenapa? Sebabnya semua haiwan-haiwan di atas adalah pernah di bela di rumah ibu bapa aku di kampung... walaupun bukan aku yang menjadi tuan empunya kan... tapi kira boleh la....

Okeh la... tata

***semua gambar diatas adalah ehsan pokcik gugel...


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

05 December 2012

Day 5 : A photo of yourself two years ago

Gambar ini adalah rupa diri aku pada dua tahun yang lepas....

baikk ponya posing....
Kenangan sungguh gambar ini...hokeyyy gambar ini di ambil sewaktu majlis anugerah perkhidmatan cemerlang...yer tuan-tuan dan puan-puan...aku dapat anugerah ini pada tahun tersebut....sangat gembira lah kan...setelah berpenat dan berlelah tapi aii takde asma tau u olss...hihihihi akhirnya berjaya jugaklah mendapatkannya...bohong lah kalau takde siapa pun yang teringin memilikinya....memang dah rezeki aku untuk tahun itu...

Tapi sedikit kecewalah kan...nak tau kecewa apa?? kecewa sebab masa ini aku telah menggemokkans diri..hoiii terus tak nampak cantiks u olss....hoii dah tau diri menggemoks tapi takde pulak usaha untuk mengkruskan diri yang semakin memontel ini...huahuahuahua sekarang aku sudah mula sayangkan lemak-lemak yang semakin berleluasa menguasai diri aku...owhhhh sadisss tauuu....

Okeh lahh....tata


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

04 December 2012

Day 4 : Your favourite photograph of your best friend

Banyak sebenarnya photo yang sangat..sangat....sangat...aku sukai...tapi aku nak letakkan photo ini...


you all sangat ohsemmm.....rindunya saat beronggeng bersama kamu wahai kesayangan semua....bilalah lagi mahu berjimba together-gether...sekarang masing-masing dah ada yang berkeluarga semestinya menjadikan sangat sukar lah untuk berjimba-jimba seperti jaman-jaman anak mendara kennnn.... hewhewhew...tapi sekarang boleh lah pergi berjimba-jimba ditepi pantai sambil bermain riang-ria seperti kanak-kanak riang bersama kelaurga kan...mesti lagi sangat happening dengan telatah anak-anak u ols dan i ols yang semakin membesar bagaikan johan...owhh bukan johan johera hokeyyy....ngeee~~~


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::