06 March 2012

::kembali memulakan tugas seperti biasa::

5/3/2012 aku kembali memulakan tugas harianku di pejabat..terasa malas nak memulakan kerja setelah cuti selama tiga bulan...sangat liat nak bangun pagi kerana mata masih mengantuk kerana bangun untuk menyusukan bayiku...keadaan sekarang sudah mula berubah...dulu  boleh la aku nak bermalas-malasan bangun untuk menyiapkan diri...tapi sekarang harus menggagahkan diri untuk bangun siapkan diri then siapkan baby untuk dihantar ke rumah pengasuh...

semalam jugak merupakan hari pertama si kecik ditinggalkan dengan pengasuhnya...beratnya hati nak tinggalkan anak walaupun hanya untuk beberapa jam...maklum lah, tiga bulan aku melayan karenahnya dari pagi sampai malam...tapi bila dah kembali bekerja hanya layan karenah dia pada belah petang ke malam jer la..rutin harianku jugak sudah bertambah sekarang...takde la banyak masa berehat seperti sebelumnya...walaupun penat tapi bila melihat si kecik ni hilang rasa penat itu...tambahan lagi sekarang si kecik sudah pandai menegur bila kita main ngan dia...
semalam masa ambil si kecik ni dekat rumah pengasuh...dia pandang jer aku tak berkelip..pengasuh cakap dia mengamuk jugak...dia tak nak botol...minum pun hisap main²..nak menyusu badan la tu..pengasuh ada tanya la jugak anak aku ni memang suka main² dulu ke dengan puting botol dia baru hisap...aku cakap la dia main² la sebab biasa menyusu badan jadi bila bagi botol dia tak nak la...aku bukan tak ajar dia minum dengan botol...tapi anak aku ni dia hanya akan minum botol bila dia dah tak nak menyusu badan...dah bosan kot menyusu badan itu yang dia nak botol lak...tapi kalau bagi macam tu jer memang dia tak nak minum melainkan bila dah lama sangat menunggu tapi tak dapat jugak menyusu badan baru dia hisap botol tu...sampai jer kat rumah terus merengek nak menyusu...hambik kau dia menyusu kaw² punyer...dah puas menyusu dalam sejam terus tido...kesian anak ibu..huhuhuhu


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::