25 April 2011

::masuk tandas jangan la lupa nak kunci pintu::

pagi tadi selepas selesai membeli sarapan aku menuju ke tandas sebentar bagi membuat proses pembuangan sisa-sisa toksik yang ada didalam badan...oh ya, aku bukan masuk bersama makanan yang telah dibeli yer...aku simpan lah dulu makanan itu, takde selera nanti hoii nak makan bila dibawa masuk ke tandas...grrr.... nak dijadikan cerita seperti biasa la..aku akan menuju ke tandas yang pertama iaitu satu-satunya tanda cangkung yang ader..yang lain semua tandas duduk..aku malas sikit nak layan tandas duduk sebab kekadang tuh bersepah basah tempat duduk itu dengan air...kencing berdirikah???

haishh sudah macam melalut pulak cerita tandas ini...bukan nak cerita pasal kebersihan tandas pun...okeh sambung balik, pagi tadi aku masuk tandas terus menuju ke tandas nombor satu kan..tengok pintu tak tertutup rapat sah² la takde orang kan...kalau orang lain tengok pun macam itu jugak rasanya..aku pun terus tolak pintu dengan sopan...pastuh tetiba terdengar suara, ehh ader orang..orang didalam itu menjengukkan sikit kepalanya sesambil menahan pintu dari dibuka rakus oleh aku...aku pun ala² terkejut la..bukan lah ala² lagi tapi memanglah terkejut..hoiii akak cleaner rupanyer (sebab dia dah tunjukkan muka dia sikit kan itu yang aku tau akak cleaner)...

adoyaii aku tergamam dan terpaku sebentar terus tercakap opss sori...sebenarnya aku nak cakap lain kali kunci la pintu tuh ahkakkk oiii....nasib baik mata aku neh tak ternoda dan tak sempat berbuat dosa mengintai ahkak sedang membuat proses pembuangan besar atau kecik tidak dapat la dipastikan dicelah² pintu tandas itu...grrrrrr....saya sangat GERAM la dengan ahkakk tauu...saya pulak yang jadik malu, nasib baik takde orang...macam budak kecik jer ahkak neh tak kunci pintu...takut terkunci dari dalam ker ahkakk oiii...haishhhh...geramm lah aku...

okehh.. Tata!!

jangan lupa kunci pintu selepas masuk tandas okehh..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

20 April 2011

::tag from miss ieyza::

1.  Berikan sebanyak mungkin ciri2 pemberi tag ini yang anda tahu.
  • berjantina perempuan
  • berketinggian lebih kurang dalam 160cm barangkali
  • berat 50kg barangkali
  • boleh dikategorikan sebagai kurus jugaklah
  • lingkungan umur 20-an
  • berambut lurus dan panjang melepasi bahu
  • dari segi perwatakan..seorang yang agak manja
  • seorang setiausaha di jabatan kerajaan
  • kurang lebih begitu lah seba sedikit ciri² nya..dia mintak ciri² yer bukan sifat jadi itulah ciri² yang saya cuba kupaskan tentang pemberi tag ini... ^___^
2. Jika dalam bumi ini hanya boleh diduduki anda dan sahabat, siapa sahabat yg akan anda pilih???
  • haruslah sahabat saya yang ada diwaktu senang dan susah...terima kasih sahabat kerana menjadi sahabatku yang paling bermakna sepanjang perkenalan kita...banyak suka duka kita lalui bersama..tentang peristiwa eksiden itu...walaupun takut tapi bila diingatkan kembali kelakar pulak rasanya..dan terima kasih jugak kerana menjagaku disaat diri ini diserang demam yang agak teruk...rindunya saat 3 tahun kita berhempas pulas mengerah tenaga untuk berjaya dalam pelajaran masing²..dan kini masing² sudah berjaya walaupun diriku takdelah berjaya mana pun berbanding dengan kalian..tapi kita masih lagi tetap menjadi sahabat yang baik...dan tak lupa jugak sahabat saya di soalan nombor 6...terima kasih sahabatku.. saya nak letaklah gambar sahabat saya..^__^
*gambar 6 tahun yang lalu..hihihi*

3. Apakah makanan yang ‘least’  andai nak makan andai terpaksa?
  • rumput (?) 
4. Sms terakhir yang anda terima.
  • duk watpe tuh...
5. Iklan paling bes…….
  • iklan makan²...macma pizza, kepci, mekdi..kerana itu membuatkan saya akan cakap...ehh harus cuba makanan ini...kahkahkah..giler kuat makan sebab tuh badan makin gem0ks... ;p
6. Upload gambar anda dan sahabat anda paling chantek…
~sewaktu kami sama² menerima APC~
  • saya nak haplod gambar saya dan sahabat saya yang ini...kerana ada sebab² nya...begini ceritanya...saya mengenali beliau ketika kami sama² bekursus semasa lapor diri bagi jawatan sekarang...berkenalan seround dua..owhh dia pun orang terengganu...cukup seminggu bekursus kami diberikan surat penempatan pada hari terakhir kursus..yess!!saya dapat satu jabatan dengan orang yang saya kenal iaitu beliau...esoknya pergi lapor diri dekat jabatan tersebut dan sekali lagi..yess!! kami ditempatkan dibawah satu unit..lama kelamaan kami jadi makin rapat sehinggalah beliau minta untuk bertukar kerana penat untuk berulang alik ke terengganu memandangkan beliau menyambung pelajaran disana...tapi kami masih lagi berhubung sehingga sekarang walaupun beliau sudah meletakkan jawatan sebagai penjawat awam kerana memilih untuk menjadi pendidik di tempat beliau belajar dulu...dan beliau jugaklah bersusah-payah datang dari terengganu dan berletih-letih pulak menolong saya mencuci umah saya sekarang ini sebelum diduduki...panjangnyer cerita saya..saya nak cakap saya pilih gambar ini sebab dia selalu cakap saya cantik (sila muntah lah) dan dia selalu cakap dia tak cantik...tapi bagi saya semua orang ada kecantikan tersendiri...dan bagi saya dia adalah cantik dalam diri saya...terima kasih menjadi sahabat saya yang terbaik...
7. Hadiah paling murah pernah anda dapat
  • tak tahu sebab tak pernah pergi survey harga hadiah yang diterima...jadi tidak dapat dipastikan lah kemurahan hadiah tersebut...
8. Hadiah paling burok pernah anda dapat
  • tak pernah dapat hadiah burok sebab semua hadiah yang saya dapat baru dibeli jadi semuanya hadiah baru lah...tapi kalau orang tuh hadiahkan saya baju bundle barulah hadiah buruk sebab second hand kan...tapi setakat neh belum lagi dapat hadiah begitu....ngaaa~~
9. Komen paling bangang tentang anda
  • kenapa ko neh cantik sangat hah?? *kahkahkahkah...pengsanggggggggg* -nak bagi pelempang pong boley sebab saya reka cipta jer neh..lalalala..
10. 5 benda menarik tentang pasangan hidup anda
  • pasangan saya ada tali pinggang yang menarik
  • pasangan saya ada jam yang menarik
  • pasangan saya ada beg duit yang menarik
  • pasangan saya ada beg pinggang yang menarik
  • pasangan saya ada pakai baju dan seluar yang menarik
  • pemberi tag jangan marah saya jawab begini sebab kamu tanya benda menarik tentang pasangan saya..jadi saya jawab la benda yang menarik itu..kalau pemberi tag tanya perkara menarik tentang pasangan saya barulah saya nak jawab tentang sifat dia...agagagaga pemberi tag jangan pening yer... ^__^
11. Kenangan paling best bersama pasangan anda
  • semua kenangan bersama pasangan saya adalah best..jadi tak dapat nak diceritakan disini bagaimana bestnya kenangan itu...
12. Kenal spice girls? ‘match’kan mereka dgn sahabat baik anda…
  • kenal..mel b, mel c, posh spice, baby spice n ginger spice...saya suka lagu² dia...♫stop right now thank you very much..i need somebody with the human touch...hey you always on the run...gonna slow it down baby gonna have some fun...(nyanyi sambil menari-nari)♫..maaf lah pemberi tag ternyanyi pulaks...nak matchkan dengan sahabat saya...haishhh tak sesuai la...they all tuh semua seksi seksa tau...tapi kalau pemberi tag paksa jugak saya suruh matchkan..saya nak matchkan lah pemberi tag neh=ginger spice... boleh?? agagagaga
13. Adiah yang paling anda teringin utk miliki?
  • i-pad
  • laptop apple
  • laptop vaio
  • iphone 4
  • volkswagen kaler kuning
  • rumah bunggulo sebijik cukup
  • dan semua la gadget² yang termahal yang tak mampu saya beli
  • next besday saya boleh la hadiahkan salah satu dari senarai yang diberikan yer..
panjangnyer saya merapu kan...harap-haraplah saya dapat menang...penat saya memikirkan jawapan ini tau...sampai naik juling dah mata neh dan sampai dah muntah hijau....


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

15 April 2011

::yang pergi takkan kembali::

tadi baru jer bergelak ketawa dan bercerita tentang hal duniawi bersama rakan sekerja...dan selepas itu aku sibuk mengadap internet dan belog buruk neh...lelaki² muslim sudah mula memenuhi ruang opis menandakan mereka sudah pulang dari solat jumaat...baru jer siap satu entri aku konon² berkongsi sedikit petua untuk kelihatan sentiasa muda remaja...aku didatangi oleh salah seorang rakan sekerja yang kami gelarkan ustaz memaklumkan bahawa rakan sekerja kami telah kembali ke rahmatullah..aku sedikit terkejut walaupun tahu dia sudah berkeadaan nazak sejak beberapa bulan yang lalu...tapi aku tak pernah memikirkan yang dia akan pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya...

walaupun aku tidak berapa rapat dengan arwah tapi kami seringkali jugak bergurau-senda dan makan bersama-sama...bercerita tentang itu dan ini...arwah seorang yang sangat ceria dan baik budi pekerti..dia antara pekerja yang agak lama disini...pemergian dia membuatkan aku sedikit tergamam...menyedarkan aku betapa singkatnya hidup kita di dunia ini..dia meninggal di usia yang muda manakala anaknya masih lagi kecil...tak sempat untuk bermanja dengan ibu yang dikasihi...semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...aminnn...
AL-FATIHAH

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa

Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa



Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata



Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya



Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana



Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim



Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi



Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

terasa ingin menitik airmata saat menulis entri ini... T___T


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

::kalau nak sentiasa nampak awet muda::


hai semua!!

petang² jumaat neh macam biasa la..kat opis akan mulai rasa sunyi..almaklum ajer la...yang lelaki muslim pergi menunaikan kewajipan pada Yang Maha Esa...manakala yang perempuan pula? samada melayan mimpi disiang hari ataupun berkunjung ke jualan di sebelah opis aku neh (setiap hari jumaat ader jualan)...tapi rasanyer ramai yang berkunjung ke jualan itu...termasuk la aku sendiri..tapi aku bukan pergi shopping okehh..aku pergi mencari makanan la macam biasa kat cafe disitu...hurrmmm ramai jugak manusia² yang menyoppingkan diri mereka...aku?? dekat² hujung bulan neh mana ader gaji oii... *lambatnyer nak dapat gaji.. T____T *

ehh...melalut la pulak tentang jualan lah gaji lah...huhuhu disini nak kongsi artikel yang aku jumpa kat iluvislam neh...pada mereka² yang  ingin kelihatan awet muda sentiasa...bolehlah amalkan aper² yang patut yer...

  • Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
  • Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
  • Amalkan solat tahajud.
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif.
  • Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
Sumber : iluvislam.com



::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

14 April 2011

::BEN ASHAARI GEGAR LAGI::


nak join segmen gegar bersama enchek ben...
saper mau join sila klik banner tersebut yer..


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

13 April 2011

::bila nicki mula beronggeng bersama teman-teman::

hai semua..selamat petang!!

okeh..hari neh baru saya terkial-kial nak mengarang cerita yang berlaku pada hari ahad bersamaan 10 april 2011 bertempat di Berjaya Time Square...*berjayaanyer tempat itu..ngee~~* saya sangat sejuk sekarang jadi otak pun terasa beku nak memikirkan patah kata yang harus saya layangkan pada dada belog neh...haisshhh sila lah bantu saya untuk memulakan cerita ini... T____T

saya mulakan yer...pada pagi ahad itu saya bangun seawal 8 pagi..*awal la sangat kan* bangun dan siapkan dulu makanan untuk Mr.F saya...nanti kesian dia kelaparan..sudah la saya nak keluar beronggeng bersama teman²... kahkahkah saya pergi beronggeng setelah mendapat keizinan tau sebab dia malas nak ikut...apalah agaknyer aktiviti saya pada itu yer...okehh sebenarnyer saya pergi gathering sepaku..dah lama tak beronggeng bersama-sama teman² sepaku saya yang sporting itu... ^__^

sambung balik cerita tadi...dah siap² mandi saya pon suruh la Mr.F hantar saya ke ERL..kat sana dah janji mahu jumpa Liza merangkap teman opis saya juga merupakan ahli sepaku..first time dia nak join gath untuk kali neh setelah dia tengok saya berseronok-seronok tiap kali menjoinskan diri jika ader gath yang dianjurkan...dulu² saya dah ajak tau kawan² masa kita pergi piknik tapi dia segan...kali neh jer baru dia nak mencuba nasib dan nampaknyer berjaya lah kan? kihkihkih

bla si liza dah sampai kami pun menuju la ke KL Sentral dimana saya telah berjanji dengan dua lagi ahli sepaku untuk berjumpa kat sana..so kami akan bergerak bersama menuju ke Time Square nanti...janji nak jumpa kat KL Sentral pada pukul 10 - 10.30 pagi..saya sampai dalam kul 10 lebih² jugak rasanyer...*memang tak pernah nak tengok masa..haishh* sama sampai pulops dengan mak budak pertama walaupun belum pernah beranak lagi tapi saya sajer suka hati nak letak panggilan itu...atas sebab² tertentu ada seorang lagi yang kita boleh panggil dia mak budak kedua juga yang belum pernh beranak, seperti biasa sampai lambat...haishhh sudah sangat lah mengatasi kelambatan saya neh...cemana saya sampai awal dari kamu..kan kita harus sama² kena sampai lewat sepatutnya...tak nak tak nak..saya belum bersedia lagi nak hilangkan title 'ratu lambat' itu...kahkahkah *meroyan ker haper aku neh*

setelah bakal mak budak kedua itu sampai kami pun meneruskan ekspidisi perjalanan menuju ke monorel...beli tiket siap² untuk pergi dan balik..senang takde lah terkial-kial beratur bersesak nak membeli time nak balik nanti...naik monorel--yess!!! kali neh kami berjaya menduduki tempat duduk sebab banyak kosong pada waktu dan ketika itu...masa dolu² kena berdiri bersesak-sesak macam duk dalam tin ikan sardin cap ayam...sesampai jer kat Times Square tetiba terdengar la suara seseorang memanggil-manggil nama mak budak kedua itu...owhhh salah sorang lagi ahli sepaku yang lambat rupanyer..hepp orang kuat yang handle gath kali neh pong boleh lambat ker?? kena denda neh..lupa pulak nak denda dia ari tuh...kihkihkih

sampai² di pusat bowling (bukan pusat yang berada di badan kita tuh yer tuan² dan puan² sekalian...please..please..please...kamu jangan nakal...lalalalalla) dorang pun mula la menempah dan membayar untuk kami mulakan acara pertandingan yang sangat maha hebat...chetttt~~ acara baling membaling dan acara berposing sakan pun bermula dengan rancak sekali...hanya main satu game jer..tuh pun siap dalam pukul 2 lebih petang jugak...dah siap main semua² kami pun menuju ke food court untuk mengisi perut yang dah meminta untuk diisi...nasib la takde yang makan bola bowling kerana kelaparan sebab ader jugak terselit gambar candid ala² mahu makan bola gitu....kahkahkah ampunkan saya kerana telah ter'snap' gambar sedemikian rupa...ngee~~

bab makan neh la yang agak lecehnyer..dah la nak kena tukar kad dulu..nanti amik makanan bayar guna kad tersebut dan akan di 'suwep-suwep' macam kad kredit...nanti kalau masih ader baki kita kena refund balik duit tuh...hoii sangat la menyusahkan...sudah la makanan disitu agak kurang berkenan dihati...tapi redah ajer la sebab perut dah lapar lah...jadi main tibai aper yang ader...saya amik la nasik campur dengan pelbagai berlaukkan haiwan(ayam dan jugak sotong)...daun²(sayur-sayuran) yang ader tak memenuhi citarasa saya untuk saya mengambilnyer..dah siap mengaminkan doa lalu kami pun makan dengan penuh lahap sekali...*saya la tuh*

sesudah makan macam biasa sesi perbincangan bermula...dimulakan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu mak kepada mak² dan bapak² budak yang datang...*abis aku gunakan ganti nama mak ngan bapak budak untuk korang semua...kahkahkah aku punya suka lah... ;p* agendanyer adalah tempat untuk kami bersuka-ria lagi di lain hari dan lain masa dan lain tempat...planning nak bermalam la dalam 2 hari 1 malam...ala² family day gitu...InsyaAllah kalau tiada aral melintang saya akan join tau....

dah siap semuanyer dan setelah berpelok ciom beramai-ramai yang lelaki sila tengok jer la, kami pun bersurai mengikut haluan masing²...saya memanjangkan langkah kaki ker lowyat..ini kerana menemani si liza kerana dia tidak pernah sampai ke sana dan teringin nak pergi situ...nak pergi sendiri dia tak tahu jalan...kalau saya, saya redah ajer...hahahaha pusing² dekat lowyat sesambil si liza duk usha cd pc game...dia memang hantu  kak limah balik rumah..ehh bukan..bukann..bukan hantu kak limah tapi hantu game..tengok² semuanyer original yang berharga paling murah pung RM49.90..dia berkira-kira nak beli tapi setelah dihasut oleh saya jangan beli lagi nanti kita tengok dekat The Mines..kat sana pun banyak cd untuk pc game..hoii dia boleh tak tahu kat mines banyak jual cd game...grrr....tak tahu nak cakap aper...

setelah memenatkan kaki berpusing-pusing di lowyatt..saya ngan si liza memanjangkan kaki pulak ke the mines..dengan menaiki komuter kami berhenti di serdang dan mengambil bot untuk sampai ke the mines...wahhh first time tau saya naik bot pergi the mines..selama neh nak jugak naik tapi tak tahu bagaimana...hahaha jadi jakun sebentar...wahh feeling ala² berada di paris di saat dan ketika berada di dalam bot itu...hahaha takbulehbelah betul tau...then kami masing² menelefon bodyguard untuk menjemput kami kat the mines...dekat kul 9.30 malam baru la saya sampai umah...hadoiii sakitnyer kaki berjalan seharian....tapi memang sangat fun...
jum layan gambar pulak...

Tata!!


tetiba untuk entri ini ter'best' pulak menggunakan kata ganti nama diri = saya dan bukannya aku... ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

12 April 2011

::bagi mereka yang ingin mengempiskan perut::

haii semua!!

anda ader masalah perut muncit?
jangan biarkan ianya mengahntui anda!!
sila lah ikut petua dibawah...

wahh...macam pelik jer pulak tetiba jer nak berkongsi petua kat sini...harap² kamu semua janganlah pengsan wahai esarli budak jahat dan ieyza budak comot...aii tau u ols mesti geli² dengan tiba-tiba kan... *iyerkan ajer wahai kawanku sekalian* ;p

sebenarnya bukan aper pun...pagi tadi aku dapat emel from my friend yang berbunyi 
"macam mana yer nak kempiskan perut yang muncit disebabkan angin dalam badan yang terlalu  banyak?"
aku rasa kawan aku neh dah bertanya pada orang yang salah...kahkahkah tapi disebabkan aku seorang kawan yang baik aku pun layan ajer...nak tahu aper jawapan aku? okehh aku jawab la sila kentut banyak² supaya angin tuh keluar dengan laju..apakah?? hoii..sungguh kurang sopan uuuuu...hahaha aku takde lah sekejam itu nak bagi jawapan sedemikian rupa walaupon aku memang akan berperangai begitu juga..tapi disebabkan kawan aku neh siyes bertanya jadi aku berikan la jawapan sebegini...
"dari pengalaman yang telah mendewasakan aku..kena lah rajin buat sit up atau dalam bahasa melayunya kita panggil tekan tubi..memang la menjadi jika rutin itu dilakukan secara teratur..jangan masa tengah bersemangat jer nak buat korang rajin buat hari²..tapi tiada guna juga kalau ianya hanya mampu bertahan seminggu.. *aku la tuh* kena buat berterusan tanpa ada perasaan malas dalam diri tau..itu jer la yang aku bagitau dia"

aku pun dengan baik hati rajin la beramah mesra ngan pokcik gugel..pastuh terjumpa la dengan ini...
sila lah amalkan selalu...hehehe

Petua 1
cara mudah yang biasa dilakukan ialah dengan hanya mengambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. perah jus limau kasturi tersebut dan gaul bersama dengan kapur makan tadi. sapukan pada perut anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. InsyaAllah perut anda akan kempis jikan rajin mengamalkannya.

Petua 2
petua yang mudah dan kos yang murah. anda perlu mengambil llimau nippis yang telah dicampurkan dengan teh tanpa gula tiap-tiap hari kemudian diminum. amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. perua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

Petua 3
asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. embunkan semalaman. esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Petua 4
ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. semua bahan itu ditumbuk halus, kemudian masukkan air sebanyak setengah gelas. air tersebut ditapis dan diminum. amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
**cekur tuh aper ek...ader saper² tau?? ngee~~

Petua 5
ambil beberapa biji buah delima. kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.


ekceli guna losyen mustajab pati halia tuh pun okey jugak kan..kan..kan..ntah lah tak pasti pulak aku akan keberkesanannya...tak pon pakai ajer premium beautiful tuh...hehehe


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

11 April 2011

::hari monday yang kurang digemari::

it's MONDAY!!! tiap kali monday menjelma pasti akan terasa malas...bukan takat aku jer malah kebanyakan manusia² lain pon akan merasakan seperti apa yang aku rasa..kan..kan..kan...walaupon tak semua la yang begitu...terasa hari weekend tuh macam tak cukup jer untuk merehatkan diri setelah lima hari bekerja dengan tungkus lumus walau hakikatnyer kerja tak berapa nak datang menjelma dan mengacau keamanan hidup aku dalam dua tiga hari neh...hahaha dapat la jugak aku menghapdet belog neh...

pagi² isnin yang tak berapa nak ceria neh dapat pulak emel si baby cute yang agak funny...LOL

Everyone loves Guns and Roses 

I will slap you silly!!!

Born to Rock 

is that edible? 

On Second thought….. 

That’s right baby…..I still got it. 

Rice Cereal? I don’t need no more
stinkin’ rice cereal! 


OH! C-c-c-cold Wipes! Cold Wipes!  

I can’t believe this place 

Tonight you die in your sleep! 

yeah…. I just farted 

Tell me she did NOT just say that!!  

nyummyyyy!! 

segar cket mata menatap wajah² comey yang pelbagai aksi di pagi² isnin yang sangat biru ini... ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

10 April 2011

::suatu pagi yang indah di putrajaya::

Macam biasa pada pagi sabtu aku bersama teman² akan pergi swimming dekat Pullman jika masing² ader kelapangan yang sangatlah lapang…tapi one of my friend  (si E) tak dapat nak ikut sebab dia ader jemputan katanyer…maybe jemputan kahwin la kot…takkan jemputan ke majlis ABPH pulak kan…kalau jemputan tuh mesti aku nak rasa hairan sebab majlisnyer sudah berlalu pada ahad lepas…kahkahkah

Okeh…kebiasaannyer aku akan pergi dengan si E dimana dia akan menjemput aku then kami sama² gerak ke Pullman sebab umah kami dekat² jer…wahhh sekarang dah pandai nak pergi yang dekat berbumbung jer sebab takot kulit hitam…*macam lah kulit kau putih sangat kan wahai nicki…uwekkk* dan biasanyer kami akan berjumpa dengan si L disana sebab umah dia dekat jer ngan Pullman..umah kitaorang jer la yang sedikit jauh… T___T

Panjangnyer  mukaddimah cerita sebenanrnyer belom pong masuk lagik.. T___T beginilah terjadinyer cerita suatu pagi yang indah di putrajaya ini… titt…titt..titt..bunyi meset masuk on phone aku…tengok² si L sudah meset tanya udah gerak ke belom…alamakkk….aku baru sedar la, punya semalam tido lewat tengok KUM KUM..tuh pun ulang tayang sebab sebelom neh aku tak tengok pon…erkkk giler seramm..ngee~~

dah siap² aku pon turun ler nak menuju ke Pullman itu….dah dekat nak sampai tengah syok² kan drive sesambil menghirup udara yang segar…boleh pulak aku terlepas simpang nak masuk ke Pullman…watdahampehh laaaaa….arrgghhhhh kat depan dah takde u-turn…dah la tak berapa familiar dah jalan selepas itu…takut jugak tersesat ke cyberjaya terus la aku hilang arah tujuan nanti…

Okehh…bawak bertendang..bawak bertendang wahai nicki….kat depan ader simpang..arghhh simpang ke dengkil pulak…tengok signboard nak ke present 7-11 masuk simpang kiri…ke depan sikit lagi..aikkk itu simpang ke Kuala Lumpur dan KLIA…waaaaa aku dah nyaris² nak masuk ke kiri tapi terus tukar laluan meneruskan perjalanan sebab aku macam dah Nampak jalan menuju ke arah yang benar..nasib la kat kawasan tuh takde banyak kereta..kawasan sunyi, ader la jugak sedikit perasaan takot…huhuhu
 *sila abaikan lukisan buruk tangan parkison aku*

Aku pon terus jer ke depan..dalam ati berdetik…ehh macam pernah tersesat jer kat jalan neh dolu² kala…hahahaha owhh kat depan tuh jalan mati? Cuma ader lori jer keluar masuk..kereta sebijik pong takde…tapi kuatkan semangat jugak teruskan perjalanan dan zupppp buat u-turn dan akhirnyer aku Berjaya kembali kepangkuan jalan yang benar…fuhhh leganyer….ambik kau dekat kul 10 pagi baru sampai gara² tersesat di putrajaya….lalallala pada muka hakuu…. ;p

Tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

09 April 2011

::seperais besday celebration::

hajat dihati nak buat tajuk seperais besday party...tapi bukan buat parti sangat pon..just celebrate jer...tapi..tapi..tapi..ehhh bertapi-tapi lagik...huhuhu bukan sambut besday aku..besday aku lambat lagi nak tiba...nak kena tunggu sampai hujung baru lah kita sambut ramai-ramai my besday kan..kan..kan.. ;p

nak dijadikan cerita pagi semalam duk kecok² dah pasal besday timbalan pengarah aku...aku pun tak tahu la kenapa tiba² pulak nak sibuk pasal besday² timbalan pengarah neh..sebelum² neh takde pulak kan...lepas tuh takde aper² pun yang berlaku..just kecoh² macam tuh jer la..then buat la kerja macam biasa...al-maklum la ari jumaat neh macam malas pulak nak kerja...hihihihi

dah sampai waktu rehat macam biasa lah..tiap² minggu pergi menapak kat jualan yang ader dekat bangunan opis sebelah..kalau dulu jualan tuh hanya ader selepas gaji saje...tapi ntah macam mana pulak skang neh tiap² minggu ader...sajer la tuh nak menghabiskan duit orang² macam aku yang suka sangat dengan shoppinggg....hikhikhik

dah abes waktu rehat dalam pukul 3 petang macam tuh...semua dipanggil ke bilik mesyuarat...mmmmm aku dah agak mesti nak buat sambutan besday untuk timbalan pengarah kan..kan..kan...haaa betul la sebab dah nampak dua bijik kek kat atas meja..satu coklat kek (my favorit..hehehe) dan kek mangga....tapi kek jer la sebab tak buat preparation kan...just buat on da dot terus..tuh pon sebab ader salah sorang big boss yang sponsor...hehehe dapat la makan kek secret recipe dengan free...nyummyyy tummyyyy...sedapnyerr...

*gambar sumbangan pokcik gugel sebab malas nak tangkap*

lepas tuh bagi ucapan keterharuan serba sedikit dan bacaan doa...it's time to makannnnn....hihihihi 
macam tuh la ceritanyer serba sedikit tentang seperais besday celebration neh... ^__^

tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

08 April 2011

::GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN::

okehh nak join giveaway lagi la ari neh memandangkan tengah rajin nak menjoinskan diri..ngeh3x

*sila klik banner untuk join*

kena tag 3 orang...mau tag kamu:

tutup 9 April 2011...jom cepat² join yer.. ^__^


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

06 April 2011

::Segmen Review Blog Oleh Pembawa Wacana::


buat pertama kalinyer aku nak join segmen² sebegini rupa...hikhikhik
kalau korang nak join klik SINI


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

05 April 2011

::mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang::

chetttt....orang mengisi masa lapang tuh bila berada dirumah tanpa berbuat aper²...tapi aku?? mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang neh kat opis...kahkahkah mamtik la kalo boss tangkap aku tengah berseronok-seronok berbelog pada pagi neh..ala sekali sekala sajer takpe lah enchek boss...boleh la..boleh la...boleh la...ngee~~~ baru sajer selesai melepasi saat² genting dalam menjalankan tugas²ku sebagai pekerja buruh kasar..agagaga

okehh....dengan ini aku nak bagitau la aku dah siap menjoinskan diri dalam contest yang telah ditag oleh esarli budak baik...baiknyer budak esarli neh tag aku banyak² contest...dua jer punnn..tuh pun nak cakap banyak...ngee~~ sebenarnyer tiga tapi aku nak buat dua jer dulu...kehkehkeh mekasih yer tag aii..kalo u tak tag aii kompom la aii sangat malas nak menjoinskan diri ngan contest sebab asik menang tak dapat jer kan....ader jugak duk usha² contest yang menarik tapi selalu bertangguh-tangguh nak joins...last² contest pong sudah ditutup...hihihihi

hari neh disebabkan aku banyak masa jadi aku pong terus la ambil peluang yang ader menjoinskan diri...harap² dapatlah menang sebijik kete volkswagen yang comel itu salah satu darinyer...kalau menang kesemuanya pong aper salahnyer....kahkahkah

tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

::Misz h0neyz 1st Giveaway::

join contest lagik...kahkahkah kali neh contest dari mizz honey...
tarikh tutup : 25 mei 2011 neh...masih banyak masa untuk join yer...

nak tag kamu:


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

::1st GA "Saya Follower m@m@ t0meLL"::

okehh jom join contest 1st GA "Saya Follower m@m@ t0meLL"

kalo anda mau join klik sajer pada banner di atas itu...
nak kena tag 3 orang...hurmmmm...mau tag siapa yer...
saya tag kamu :-


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

::GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !::


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

04 April 2011

::kesibukan yang melanda sejak dua menjak neh::

wahhh...April dah masuk hari ke empat...baru terasa nak hapdet belog yang tak seberapa neh...kesibukan yang melanda diri dua tiga minggu neh membuatkan diri sangat malas nak menghapdet...tambah² lagi bila idea untuk menconteng arang ke dada belog neh agak berkurang..jadi sepilah ia tanpa sebarang cerita yang sensasi lagi hangat membara...huhuhuhu

lukisan buruk hasil kerja tanganku sendiri yang sedikit parkinson...hikhikhik

lebih kurang macam tuh sedikit sibuknyer aku dikala kerja yang bertimbun-timbun datang..tak cukup desktop dengan laptop lagi ditambahnyer...tapi kan mana tuannyer?? ngee~~ tuan punya diri invisible sebentar mencari ketenangan jiwa di mana² yang dirasakan tenang...*walhal ader dekat belakang sedang bergaduh dengan mesin fotostat yang selalu buat hal dikala orang nak cepat* huhuhuhu

sebenarnyer kan...kawanku ader banyak tag aku untuk join contest tapi masih lagi belum berkesempatan...mintak maap la yer esarli budak tak berapa nak baik...nanti saya join itu contest yer...setelah saya rasa semua selesai...neh pon saya curik2 masa jer nak hapdet diwaktu rehat sesambil tengah makan..sesambil lah saya hapdet belog ini...kesian dia saya biarkan dia tanpa berita...kehkehkeh

tata!!


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::