17 August 2010

::Dapat Jugak Akhirnya::

Setelah berpusing mencarik tiket bas untuk pulang raya nanti, akhirnya dapat jugak dibeli tengahari semalam. Tuh la, padan muka aku...saper suruh cari tiket last minit. Kan dah tak pasal² semua tiket dah abis. Nasib baik la ader satu bas tuh pembelian tiket untuk Hari Raya dibuka pada 16/8/2010 bersamaan semalam. hihihi So, dapat la aku sekeping tiket untuk pulang beraya nanti.

Tak pasal² aku kena dengar leteran coz last minit baru nak carik tiket. Kakak aku lak dah dekat waktu berbuka semalam baru bagitau suruh aku balik ngan husband dia coz husband dia ader datang KL nanti. Ala...tiket sudah beli la kakak, membazir lak. Bukan murah ok, almost RM50. Hoh!! Mahalnya tiket sekarang kan? Tetiba lak rasa macam dah lama tak naik bas balik kampung. Last skali balik naik bas pada bulan Februari lepas. Wah.. Sudah lama tuh! Musti korang ingat aku dah tak balik kampung kan lepas tuh. Aku bukan tak balik kampung, tapi balik dengan kenderaan sendirik orang lain.

Hari neh ngan semalam sangat² mengantoks. *hekk..kau tuh hari² ngantoks* Penat hari minggu belum hilang lagi. Macam bz sangat jer bunyinya kan, padahal bukan keje pun hari minggu. Tapi penuh ngan aktiviti lain, sampai tak sempat nak ngadap game² aku. T__T *saya seorang yang sgt crazy bermain game* Kalau boleh, tak nak keluar kemana-mana sebab nak main game. Hahaha

Eh...kenapa pulak tetiba keluar cerita pasal game neh. Ok, sudah...sudah...aku kena berhenti menaip sekarang. Nanti segala cerita dalam gua aku keluarkan semua. lalalalla Tata......


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

0 kata-kata dari kam0o yang sweet/macho: