02 January 2008

Selamat Datang 2009….

Selamat tinggal 2008 n selamat datang 2009….seperti biasa bila munculnyer tahun baru, maka akan ader soalan “apakah azam tahun baru anda?”….setiap orang ader azam baru n ader gak yang masih mengekalkan azam yang tak tercapai bagi tahun sebelumnyer…..aku ader terbaca blog temanku….bila orang tanya aper azam dia sempena tahun baru, baru dia mula berpikir apa azamnyer n kuar la azam2 yang dia nak laksanakan untuk tahun baru…..aper pun azam temanku itu….aku harap dia hadapi tahun baru neh ngan penuh ceria dan gembira…. aku??azam aku untuk tahun neh…aku pun tak pasti aper azam aku tiap kali tahun baru menjelma….tapi yang pastinyer, aku berharap agar segala perancangan aku untuk tahun 2009 neh berjalan seperti yang dirancang….aper perancangan tuh?? Biar la aku simpan dulu…bila dah tercapai akan ku hebohkan di blog neh…hehehe lain² azam :

1. nak blajo diet…badan makin mengembang…tiap kali balik kampong pasti ader yang menegur aku makin berisi…huhuhu harap2 menjadi la…..hehehe

2. nak jadik rajin cket….bukan rajin aper pun…rajin ngemas bilik….bilik aku asik sepah jer…huhuhu neh hasil pertama aku ngemas…cube box neh….daripada rak 3 tingkat aku terlentangkan…jadik rak ader 3 ruang..lebih kurang la tuh….harap akan berterusan la kerajinan aku neh….ekekekeke



hasil pertama aku mengemas semula brg²ku kat rak neh...

3. aper lagik ek….ermmm satu lagik….nak dapat lesen….harap aku berjaya la ngan kelas memandu aku neh….ekekekeke

tuh jer la kot aper yang nak wat untuk tahun 2009….takmo dah aku pikir…wat penat otak jer…so, mai la sama² kita segarkan tahun baru neh ngan senyuman kerana ia boleh membawa kepada kegembiraan dan keceriaan dalam hidup….n satu lagik….senyuman tuh kan satu sedekah….senyum seindah suria yang membawa cahya…senyumanlah dari hati…dunia mu berseri….chewah ternyanyi laks….ekekeke


::Thanks For Reading. Feel Free To Drop Your Comment::

0 kata-kata dari kam0o yang sweet/macho: